Bila anak yang masih dibangku suka sekolah sudah mula pandai melawan, ibu bapa bukan sahaja jadi hilang sabar tetapi juga sedih. Anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang akhirnya mula bercakap menyakitkan hati selain menunjukkan perlakuan yang menguji kesabaran.
Tidak dapat dinafikan bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah dan cabaran bakal ditempuh. Antara yang sering dihadapi oleh ibu bapa ialah anak yang masih bersekolah suka melawan Ikuti penjelasannya berikut.
JIKA ANAK YANG BERSEKOLAH RENDAH SUKA MELAWAN
1- Anak yang suka melawan ni satu kerana personalitinya. Namun jika dari kecil anak dididik dengan memberi penerangan apa pun personalitinya tidak menjadi masalah.
2- Pendapatnya tidak diberi perhatian. Maka dia akan melawan kerana mahukan pendapatnya didengar.
3- Ada kemarahan yang tersimpan yang tidak dikendalikan dengan baik. Kemarahan disebabkan bila dapat adik, dia asyik kena marah atau buat itu dan ini. Kena mengalah dan sebagainya.
1- PERLAHAN-LAHAN rapatkan kembali diri dengan anak. Dia masih kecil, maka dia masih mahu dijaga, dibelai dan dimanjakan. Maka boleh melakukan perkara begini berpada-pada dahulu dan test and measure tengok tindakbalasnya.
3-Berakhlak mulialah dengan anak-anak bila bercakap. Bercakap dengan suara yang baik dan ambil masa menerangkan.
4- Bila anak melawan, cuba tanya dengan baik dan dalam nada ingin tahu apa yang anak mahu sebenarnya.
5- Anda juga jangan melawan cakap ibu bapa atau bercerita buruk mengenai seseorang. Sebab anak akan mengikut.
Usahalah, anak tidak dilahirkan untuk menjadi degil dan melawan cakap ibu bapa. Cara dia dibesarkan itu mencorakkan sikapnya yang sedemikian. Maka ambil masa untuk membetulkan. Semoga dipermudahkan.
Sumber: Ibu Rose – Unleash Your Child’s Greatness.