Kalau anak kita suka melawan, suka marah tanpa sebab, kurang ceria, moody dan suka merengek maknanya ada yang tak kena. Ibu bapa kena check semula masa kita dengan anak.
Ini kerana anak yang selalu buat perangai mereka sebenarnya nak perhatian je. Maksudnya mereka dahagakan pelukan kita sebagai ibu bapanya. Setakat beli mainan dan biar anak main seorang bukan penyelesaiannya jika kita asyik dengan telefon bimbit atau sibuk kerja.
Jadi apa penyelesaian boleh dilakukan? Berikut perkongsian dari Dr Taufiq Razif yang sangat bermanfaat.
Bila saya sibuk je Maryam Soolihah dan Solahuddin mesti buat perangai.
“Ahhh! Abi sibuk sebab nak nafkahkan korang. Bukan saja saja buat sibuk! ”
Ni la dialog dalaman saya bila saya cuba nafi dan pujuk diri sendiri bila tengah kesibukan melampau padahal nak tak nak saya kena terima bahawa ada fitrah anak-anak yang perlu saya jaga.
Kadang-kadang anak saya yang tengah asyik berlari berkejaran tiba-tiba je datang ke tepi saya seperti nak minta sesuatu tapi disebabkan ‘bajet sibuk’ saya buat-buat tak faham dan teruskan dengan kerja dan kesibukan saya.
Padahal tu la waktu “cuddle time” anak saya! Masa tu akaun emosi anak saya tengah kering. Mereka sebenarnya berhenti bermain sejenak tu bermaksud…
” Ayah..peluklah saya ayah “
” Mak.. Ciumlah saya emak “
” Mama.. Saya rasa tak sedap hati ni. Peluk la saya sekejap mama “
” Papa.. Topup la akaun emosi saya ni Papa.. Peluklah saya Papa..”
Tapi apa respon kita selama ni?
– Kita teruskan bermain dengan smartphone kita
– Kita buat tak tahu dengan rayuan anak kita
– Kita bertegas dengan kesibukan kita
– Kita larut dengan pencarian nafkah kita
Maka lahirlah anak-anak yang kosong emosinya, kurang empatinya, pemarah dan suka melawan.
Tolong..Selamatkan anak kita. PELUKLAH MEREKA SEKERAPNYA.
Sumber: Taufiq Razif