Ada beberapa perkara rawak yang suka dilakukan oleh anak membuat anda kurang senang seperti memanjat dan membuka dan tutup pintu peti sejuk. Tapi tahukah anda ia memberikan faedah kepada perkembangan mereka!

Menurut Aisyah Rozalli, Juruterapi Cara Kerja,GymCademy ada diantara ibu bapa kerap mengeluh bila anak suka menerokai dan membuat sesuatu di luar kebiasaan. Alasannya kerana bimbang keselamatan anak.

Tapi anda perlu tahu, segala aktiviti yang dilakukan anak itu ada faedah dan sudut positifnya. Anak anda sebenarnya tidak nakal! Dia sedang melatih dan menajamkan beberapa skil yang bermanfaat untuk perkembangan diri. Apa yang perlu dilakukan ialah pantau dan elakkan bahaya.

#1 MEMANJAT

Perbuatan memanjat di dalam rumah mahu pun di taman permainan sebenarnya memberikan faedah kepada anak. Perbuatan yang paling disukai ialah memanjat bahagian gril pintu, ia mungkin berbahaya tetapi ada kesan positifnya kepada perkembangan otot dan pergerakannya.

IKLAN

Anak Suka Memanjat & Buka Peti Ais? Mungkin Ada Faedahnya Kata OT ini

Anak Suka Memanjat & Buka Peti Ais? Mungkin Ada Faedahnya Kata OT ini

Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti memanjat ialah;

IKLAN
  • Kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Koordinasi mata tangan.
  • Kekuatan otot tangan yang bakal membantu perkembangan motor halus.
  • Stimulasi sensori pergerakan yang melibatkan verstibular dan propioseptif.
  • Kawalan keseimbangan tubuh.
  • Menguatkan otot kaki.
  • Mengukuhkan kekuatan otot utama(core muscles) yang penting untuk si kecil duduk lama di tadika kelak.
  • Anak akan belajar kesedaran penjagaan keselamatan diri.
  • Kesedaran kepada tubuh dan anggota.

#2 MEMBUKA DAN TUTUP PINTU PETI SEJUK

Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga sungguh berminat untuk membuka pintu peti sejuk dengan kerap. Malah ada ibu bapa yang terpaksa menggunakan pengunci khas untuk mengelakkan peti ais dibuka oleh si manja terlalu kerap!

Si kecil mungkin tertarik dengan elemen kejutan yang ada di dalamnya atau mungkin kerana terpesona dengan ciri magnetik pintu peti ais yang boleh tertutup dengan mudah.

IKLAN

Anak Suka Memanjat & Buka Peti Ais? Mungkin Ada Faedahnya Kata OT ini

Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti membuka dan tutup pintu peti sejuk ialah;

  • Koordinasi mata tangan.
  • Asas sains iaitu rasa sejuk di dalam peti sejuk dan suhu bilik di luar.
  • Penemuan iaitu keadaan dalam peti sejuk gelap apabila mula-mula dibuka dan lampu menyala menyebabkan keadaan cerah dan terang.
  • Mengukuhkan kekuatan otot utama(core muscles).

Walau apa pun, pemantauan dari ibu bapa amat penting untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Sumber: Aisyah Rozalli & Majalah Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI