Sebagai Ibu bapa, kadang-kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk. Sakit ke dia? Lapar ke? Doktor Taufiq Razif terangkan kenapa anak suka mengamuk. Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk.
Patutlah Solahuddin Ni Suka Mengamuk!
Serius saya dulu pun tertekan juga bila si Solahuddin ni dah mula mengamuk. Ragamnya mengalahkan perempuan tengah kena Pre-Menstrual Syndrome ( PMS )
Bermacam teknik menenangkan anak saya pakai. Semua tak jalan! Anak saya reject mentah-mentah je semua tu.
Rupanya ada satu benda ni saya lupa nak buat!
Saya lupa nak penuhi KEPERLUAN ASAS FISIOLOGI anak saya!
– Makan
-Minum
-Sentuhan sayang
-Kesihatan fizikal dan emosi
-Tidur
Ni semua antara keperluan fisiologi paling asas dan penting anak saya tu. Bila periksa punya periksa…
Tepuk dahi saya! Rupanya anak saya ni TAK CUKUP TIDUR JE RUPANYA. Bila keperluan fisiologi paling asas ni tak dipenuhi, buat la teknik apa pun, memang takkan jalan.
Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?
Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.
Semua Mak Ayah Kena Tahu Berapa Jam Si Comel Kena Tidur Dalam Sehari
Ni jadualnya berdasarkan National Sleep Foundation:
# 0 – 3 bulan
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam
# 4 – 11 bulan
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam
# 1- 2 tahun
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam
# 3 – 5 tahun
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam
# 6 – 13 tahun
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam
Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 – 60 minit pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita. Nak tidur anak kita lebih lena dan berkualiti? Jauhkan skrin smartphone dan gadjet sejauh jauhnya daripada pandangan si comel kita ye.
p/s : Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye. InsyaAllah akan sangat berguna untuk rujukan. Kongsi jugak info dan ilmu ni pada pasangan kita. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni dikongsi pada pasangan masing-masing.
Sumber: Dr. Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umur Anak 2 Tahun Memang Suka Tantrum. Jangan Marah Dulu, Kena Sabar Dan Pujuk Si Kecil
Sukar nak faham perangai anak umur 2 tahun terutama bila mereka tantrum. Tapi ayah terutamanya jangan cepat marah sebaliknya kena sabar dan pujuk si kecil.
“Kenapa tak dengar cakap papa ni. Kan papa suruh diam. Jangan nangis lagi. Degil ya!” marah si ayah pada anaknya berusia 2 tahun yang buat perangai lepas tu sengaja menangis kuat-kuat.
Mesti ramai ayah yang bersikap begini kan? Menggunakan kuasa veto seorang ayah untuk mengawal si anak yang baru berusia tak lebih 3 tahun daripada berbuat nakal. Kekerapan si kecil buat perangai dan kuat mengamuk, benar-benar menguji kesabaran ayah. Tapi puas dimarah dan dipukul, anak tetap tak makan saman. Betulkah cara didikan tersebut?
Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.
Ibu katakan kepadanya, “Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa di mana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti”
Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; “sampai bila fasa ni Ibu?” Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik.
Jangan cepat melabel anak itu dengan label yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, ‘budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!
“Tak boleh marah ke Ibu?” tanyanya lagi…” marah berpatutanlah jika perlu sangat api perlu faham anak pada usia ini belum faham pun.
Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him, jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia ini akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh.
It is just a phase so chill a little bit.
“Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu.” sambungnya lagi. Jawapan Ibu, “siapa kata?”
“Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc. Itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum. Emak ayah dulu pun tahu dan ramai di antara mereka sangat sabar. Mereka sering berkata…ala budak…kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar. Itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak. Nak pilih contoh yang mana?” tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.
Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu. Kata-kata akhir seorang tu… “Eh, banyak kena tahu ni….besar tanggung-jawab ni.” Nanti Ibu cerita lagi boleh?” Ibu mengangguk bersyukur.
Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para ayah yang sentiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.
Faham fasa anak kecil
Pada usia dua tahun atau lebih atau kurang sikit, merupakan masa yang paling mencabar ibu bapa. Seperti yang Ibu selalu katakan sebelum ini. Jika bijak ibu bapa kendalikan perangai anak-anak kecil itu semasa ini, InsyaAllah, akan lebih mudah menguruskan mereka bila sudah remaja nanti.
Tantrum yang sering ditunjukkan anak-anak kecil masa ini adalah cetusan-cetusan perasaan, rasa tidak selesa atau tak puas hati. Kadang-kadang tu, hanya sebab tak pandai makan dengan sudu pun dah boleh menyebabkan mereka mengamuk.
Kenapa?
Sebab pada usia ini dia nak buat macam orang dewasa tapi motor skil belum mahir. Itulah yang menyebabkan dia kecewa. Malah dia ingat dia dah dewasa pun.
Relaks, jangan cepat nak melenting bila dia jatuhkan sudu ke, apa ke. Kita pun jatuhkan sudu dan buat macam tak pandai makan dengan sudu juga…pasti dia terheran and tantrum terhenti.
Pada usia ini anak-anak hanya ada Attention dia belum ada Intention (niat).
Pada usia ini anak-anak tidak ada niat buat sesuatu kerana sesuatu. Contohnya, dia tidak menangis sebab nak beri ayah-mama pening! Dia tiada niat begitu pun!
Bila kita faham akan perkara ini, maka untuk menghalang anak-anak dari terus mengamuk kerana hendakkan barang atau nak menghalang anak dari pergi ke tempat yang bahaya. Wujudkan sesuatu yang akan menarik perhatiannya dengan LEBIH lagi.
Mengapa tak elok kita marah terlebih pada mereka bila mereka show tantrum?
Sebab anak-anak kecil ni memang tak faham lagi dan bila kita marah terlebih, yang akan jadi adalah mereka menjadi lebih degil atau takut macam kura-kura masukkan kepalanya. Oleh itu bila dia dah usia besar sikit, maka kedegilan yang ketara akan menjadi-jadi atau penakut dan tak confident yang teruk akan melanda anak itu. Penat nak tarik dia nak belajar ke, nak buat apa-apa ke.
Jangan risau bila kita layan dengan baik anak itu tetap tantrum. Bila dia nak menangis dan tantrum, kita beri dia peluang asal jangan membahayakan diri. Kita boleh duduk dekat dengannya, atau bawa dia ke tempat lain dan basahkan mukanya sambil sebut “Ayah faham sayang letih…ni ayah dukung and peluk!”
Wahai ayah-ayah semua, gentlemen dan amazingnya anda jika anda bersabar begini. You show a higher level of leadership dan anak itu akan belajar akhlakmu.
Orang akan kata kita manjakan anak. Itu orang yang tak faham mengenai perkembangan kanak-kanak! Kita tak perlu ikut kata-kata mereka. Bayangkan anak tu baru 2 tahun, kecil tu, dah nak ditengking dan dipukul bagai hanya kerana dia menangis kerana letih atau kecewa toys kena rampas ke. Sepatutnya, kita bimbing dia macamana nak kendalikan frustration dia dan bukan kita pulak yang frustrated dengan anak kita yang comel tu.
Ibu mendoakan agar sayang semua akan bertambah bijak dan sabar mendidik anak-anak.
Sumber: iburose.com
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susahnya Anak Nak Minum Air Masak? Cuba Dulu Cara Ini. Mana Tahu Berjaya!
Bila bab minum air masak je, mulalah anak-anak nak mengelat, baru minum seteguk dua dah tergeleng-geleng tak nak.
Siapa yang mengalami masalah anak camni? Rasanya isu susah minum air masak di kalangan anak-anak terutamanya kanak-kanak yang sedang aktif ni memang dah selalu sangat jadi dan tak pelik, majoriti ibu bapa mesti berhadapan dengan situasi sama.
Jadi ibu bapa kena jadi lebih kreatif untuk tarik perhatian anak-anak kecil minum air masak. Kanak-kanak ni bila mereka telah tertarik, secara perlahan-lahan hati mereka akan terpaut dan terpanggil, ibu bapa kena fikir bagaimana nak menarik minat anak-anak supaya anak mudah minum air masak tanpa paksaan.
Beli cawan yang menarik
Bawa anak ke pusat membeli-belah, pasar raya atau mana-mana kedai yang menjual perkakasan bayi dan kanak-kanak, berikan anak-anak kebebasan untuk pilih cawan istimewa mereka
Bila dah beli tu, letakkan syarat pada anak cawan itu hanyalah boleh digunakan untuk meminum AIR MASAK SAHAJA!!. Selain dari air masak… Tak boleh!! Jadi sentiasa letakkan cawan tersebut di tempat yang boleh dicapai oleh anak-anak kecil supaya bila mereka mahu, mereka boleh ambil cawan tu sendiri.
Cipta permainan
Jadikan aktiviti minum air masak tu sebagai satu permainan.
Biasalah kan hati anak-anak nak kena tambat juga. Kena pandai atur strategi. Boleh cipta satu permainan dan bermain bersama anak-anak kecil yang melibatkan air masak.
Permainan ringkas pun tak apa. Semata-mata nak galakkan anak-anak minum air masak ni. Contoh, lumba minum air masak ke? Siapa habis dulu? Anak ke? Emak ke? Ayah ke? Ataupun jika minum segelas air masak, boleh dapat satu bintang. Sampai cukup 10 bintang, upah anak-anak berjalan-jalan ke? Pergi ke kedai ke? Atau masak masakan kegemaran mereka ke? Ikut kreativiti masing-masing. Hurmmm…
Gunakan Silly Straw
Straw dengan pelbagai pusingan dan warna. Masa kecil-kecil dulu Zie mudah tertarik kalau straw itu bengkok sana, bengkok sini dan berwarna. Unik dan cantikkan bentuknya. Jadi tak mustahil, anak-anak kecil zaman sekarang pun sama. Seolah-olah ada rasa keterujaan bila air tu berpusing-pusing mengikut bentuk straw. Ha ha ha…umpan tu. Cubalah..Mana tau menjadi…
Role model
Nak anak minum air masak, mak-mak, ayah-ayah kenalah jadi “role model” juga. Tunjukkan pada anak-anak betapa kita sukakan air masak. Janganlah kita asyik sibuk suruh anak minum air masak, kita pula yang bantai minum air manis atau bergas setiap masa kan? Nanti anak tengok, anak akan bertanyakan.. “Lead by example” gittew…
Macam tulah serba sedikit yang dapat Zie kongsikan. Boleh cuba tip ni. Kalau tak cuba tak taukan berhasil ke tak. Mana tau menjadi dan ibu semua juga yang gembira tengok anak minum air masak sendiri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Anak Pandai. Tengah Marah, Panggil Bodoh. Keluar Dari Mulut Ibu, Jadi Doa!
Anak-anak yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak dilahirkan terus bijak. Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri serta keinginan anak untuk belajar. Perhatikan potensi dan tahap kemampuan anak anda dan beri sokongan kepada mereka.
Tidak perlu terlalu ‘keras’ dan memaksa mereka untuk belajar perkara yang kurang mereka suka. Paling penting, jangan terhadkan proses pembelajaran mereka dengan hanya satu persekitaran sahaja. Pa&Ma senaraikan beberapa strategi untuk memotivasikan anak anda belajar.
Wujudkan Atmosfera Membaca
Tidak penting untuk terus mahu anak-anak lancar membaca. Pertamanya, wujudkan rasa minat terlebih dahulu. Anak yang sukakan buku akan suka belajar. Membaca bukan sahaja membantu anak untuk memperluaskan kosa kata mereka tetapi membantu otak mereka memproses teknik berkomunikasi. untuk mewujudkan suasana membaca, bukan mereka yang dipaksa untuk membuka buku. Anda sebagai ibu atau bapalah yang digalakkan membaca kepada anak-anak.
Artikel Menarik: [Kanak-Kanak Sekarang Lebih Banyak Guna Gajet Untuk Bermain. Itu Bukan Proses Yang Betul]
Sebelum masuk tidur, bacalah buku cerita kegemaran anak anda. Anak akan berminat untuk membaca sendiri jika sering didedahkan dengan bahan bacaan. Satu lagi cara lain adalah dengan memperuntukkan sedikit masa untuk membaca bersama-sama.
20 minit sudah cukup, galakkan anak untuk membaca sambil perkenalkan perkataan-perkataan baru kepada mereka. Wujudkan satu tempat khas seperti perpustakaan mini untuk menarik inat anak-anak dengan buku.
Biarkan Anak Yang ‘Memandu’
Beri masa untuk anak anak menguasai proses pembelajaran. Jika anda mahu mereka belajar menulis, beri kebebasan kepada anak untuk memilih topik yang dia mahu. Jika anak-anak anda cenderung untuk bermain ketika belajar usahlah disekat.
Berikan sokongan sepenuhnya. Sebagai contoh, anda mahu belajar menulis tetapi suka jika belajar menggunakan lukisan. Galakkan mereka untuk teruskan cara begitu selagi ia menampakkan hasil. Jangan paksa mereka belajar mengikut cara kita dahulu.
Fokus Kepada Minat Anak
Sekiranya anda mahu anak belajar, beri kebebasan kepada mereka untuk meneroka apa yang diminatinya. Seandainya anak anda sukakan dinosaur, carikan buku cerita menarik tentangnya. Kemudian cabar anak anda untuk mengenalpasti beberapa jenis dinosaur dan mengapa dia membuat pilihan itu.
Kongsi Semangat Belajar Bersama Anak
Untuk memberi anak semangat ketika belajar, anda harus merasakan perkara yang sama. Tunjukkan semangat dan sokongan yang menunjukkan anda benar-benar suka belajar. Pilih beberapa subjek dan kenalkan dengan anak anda. Kenali minatnya dan beri perhatian kepada subjek yang dia sukai.
Salah satu cara untuk memberitahu bahawa anda suka belajar, anda boleh bawa mereka melawat ke sekolah atau universiti anda dahulu. Beritahu mengapa anda memilih untuk bersekolah di situ dan beri galakan kepada mereka untuk belajar.
Artikel Menarik: [Jangan Paksa, Malam Je ‘Pukau’ Anak Masuk Bilik Dengan Rutin Rahsia Ni. Tahu-Tahu Tidur]
Perhatikan Apa Yang Anak Belajar, Bukan Pencapaiannya
Apabila anak pulang dari sekolah, jangan paksa dia untuk belajar. Anda sebaliknya minta anak untuk beri tunjuk ajar kepada anda. Anak yang bijak akan sentiasa beritahu apa yang dipelajarinya di sekolah. Minta mereka untuk mengajar anda dan berikan kata pujian. Pujian dan kata semangat akan membuatkan mereka lebih seronok untuk ke sekolah dan belajar lebih banyak.
Sesekali berikan mereka ganjaran untuk menghargai usaha mereka untuk belajar. Ganjaran tidak perlu besar tetapi diberi secara kerap untuk memberitahu anak-anak bahawa anda menghargai semangat mereka untuk belajar.
Lihat ‘Kekuatan’ Anak
Memberi fokus penuh kepada kekuatan anak anda dapat mewujudkan emosi yang sihat dan perkembangan akademiknya juga akan meningkat. Memberi perhatian kepada kelebihan mereka juga akan memberi motivasi kepada anak anda untuk terus belajar.
Paling penting, hargai pencapaian anak anda. Ada sesetengah anak mungkin kurang berminat dengan proses pembelajaran secara terus, tetapi lebih gemar cara belajar sambil bermain. Kenali potensi dan keinginan anak-anak anda. Jangan paksa proses pembelajaran anak-anak kerana ia hanya akan merencatkan minat mereka untuk terus belajar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI