Anak Suka Pancake Tapi Tak Makan Sayur, Gabungkan Sekali Je, Tak Sedar Anak Makan Sampai Habis!

Share

Sayur dalam kudapan itu biasa, namun sayur dalam pancake sememangnya cukup unik. Sayur yang dikisar dalam adunan pancake sememangnya satu trik buat anak yang tidak makan sayur.

Resipi perkongsian Puan Irna Syafiqah ini nampak sedap. Lagi-lagi dengan gabungan lobak merah dan kurma yang manis rasanya. Anak pun tak sedar terdapat lobak di dalamnya. Nampak mudah saja nak membuatnya. Jom cuba!

Halluu selamat pagi semuanya. Dah breakfast ke tu? Okay, haritu masa buat pancake tak sempat nak up cara cara kan. So harini saya share.

Bahan bahan:
Carrot
Prunes
Telur
Tepung gandum
Full cream milk

Mudah sangat mommies! Jom kita mula. Cara cara ada di setiap gambar ye. 

Kalau ikut resepi asalnya, guna carrot & kurma. Tapi sebab kurma takda, saya pakai je prunes.

Cara saya, memang saya akan steam dulu carrot & prunes.

Asingkan kuning telur. Asingkan putih telur & pukul sampai berbuih buih ye.

Dulu Afrina pakai organic flour. Dah habis, dah nak setahun pun, pakai je tepung Faiza. Letakkan 2 sudu tepung gandum.

Gaulkan tepung gandum tadi dengan kuning telur.

Saya guna susu dutch lady. Tak kisah apa brand pun asalkan FULL CREAM. Ni hasil tepung & kuning telur tadi. Dah sebati masukkan susu full cream sikit demi sedikit. Jangan cair sangat, agak agak ye mommy.


Ok, carrot & prune yang dah steam tadi saya terus blend.

Kemudian masukkan dalam adunan tepung tadi. Masukkan sekali putih telur yang dah dipukul tadi. Kacau sebati.

Pancake in the making …

Walaupun berlubang lubang macam bulan, selesai 3 ketul Afrina telan. Hihik!

Published by
SRM