Bukan semua anak-anak kita suka makan nasi. Ada juga anak-anak yang suka makan roti berbanding nasi. Makan roti kosong pun dah cukup sedap pada anak kita. Bagi mama yang mempunyai anak yang terlebih suka makan roti, apa kata kali ini mama tak payah beli. Kita cuba buat sendiri roti.

Roti Silang yang dikongsikan oleh Z-n Ucuk di facebooknya menerusi Happy Baby Food Malaysia ini nampak mudah kerana tidak menggunakan bahan yang banyak. Hanya tiga bahan sahaja. Uli doh seperti biasa dan kemudian silangkan atau buatlah ikut bentuk kesukaan anak-anak kita. Jom!

Anak Suka Sangat Makan Roti, Roti Silang 3 Bahan Ni Mama Wajib Cuba, Senang!

IKLAN

Hari ni try buat Roti Silang, untuk makan petang Nia. Mudah dan senang sebab guna tiga bahan saja.

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil minyak masak @ unsalted butter

IKLAN

Anak Suka Sangat Makan Roti, Roti Silang 3 Bahan Ni Mama Wajib Cuba, Senang!Campurkan semua sekali bahan. Tambahkan air sikit. Uli adunan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan. Biarkan sekejap dalam 15 minit.

IKLAN

Anak Suka Sangat Makan Roti, Roti Silang 3 Bahan Ni Mama Wajib Cuba, Senang!Lepas 15 minit bolehlah start menyilang atau buatlah apa-apa bentuk yang anak-anak suka.

Anak Suka Sangat Makan Roti, Roti Silang 3 Bahan Ni Mama Wajib Cuba, Senang!Dah siap, goreng. Hiasan tu just tabur susu tepung full cream je.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI