Setiap kali berbuka puasa, air manis seperti coklat sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak kita. Pun begitu, mak ayah harus pastikan jenis coklat yang baik untuk anak.
Jenis coklat macam mana? Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Elakkan sama sekali coklat yang diproses!
Cari minuman coklat yang kurang proses untuk anak-anak minum, supaya anak dapat khasiat dari koko yang sebenar.
Mood anak akan lebih baik, anak akan mudah nak fokus belajar, bila kita bagi anak minum air coklat yang asli, dan bukan yang tinggi proses.
Kalau kita dapat buat sendiri di rumah, guna serbuk koko asli, atau nama betulnya serbuk kakao, itu pilihan yang lebih baik insyaAllah.
Koko yang asli, bijinya dipanggang pada suhu rendah untuk hasilkan serbuk. Berbanding koko yang tinggi proses, suhu lebih tinggi digunakan. Khasiat dah makin kurang kat sini.
Koko yang asli, tak lalui proses alkalinisasi. Proses untuk tinggikan pH koko supaya lebih beralkali, gelapkan warna dan kuatkan rasa koko. Proses macam ni untuk serbuk koko yang selalu kita jumpa di pasaran.
Makin banyak khasiat yang kurang pada serbuk koko yang biasa, berbanding yang asli. Saya buat air coklat untuk keluarga minum, guna 5 bahan yang ada di rumah.
Air coklat versi yang ini takde susu pun. Gula pun takde kadang tu. Jadi sangatlah sesuai untuk sesiapa saja yang ada masalah kesihatan, walaupun pesakit kencing manis yang kena kawal gula.
1. 1 sudu besar serbuk koko asli/kakao
2. 1 sudu besar minyak kelapa dara
3. 1 sudu besar minyak sapi (atau butter)
4. 2 Stevia (atau 2 sudu besar gula kelapa)
5. Air
Masuk semua bahan, dan blend je dalam blender.
Satu lagi versi yang ada susu. Guna 3 bahan.
1. 1 sudu besar serbuk koko asli/kakao
2. 250 ml susu (atau santan dan jenis plant based milk lain)
3. 2 sudu besar gula kelapa
Kacau je semua sampai sebati. Atau boleh campur dengan sedikit air panas untuk larutkan serbuk koko asli dan gula. Anak-anak lah paling seronok kalau dapat minum macam ni tau. Sedap sangat.
Korang kena cuba tau kalau korang dan anak-anak sukaaaaa sangat minum air coklat.
Menarik: Cair Hati Dah Pandai Sebut Mommy, Comel Sebut Penuh, Fazura Teruja Anak Dah Pandai Sebut Mommy
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!