Anak suka ugut. Nak dibiarkan atau anak pujuk. Dilema ini sering berlaku pada ibu bapa walaupun anak masih di usia kecil.

Sebagai contoh “Kalau mama tak sayang saya, kalau mama tak beli mainan, saya lari keluar biar kereta tu langgar saya.” Ini antara situasi yang biasa dan pernah berlaku pada anak seawal usia 5 tahun.

Sama ada nak dibiarkan atau nak pujuk? Di sinilah peranan setiap ibu bapa untuk membentuk kelakuan anak supaya tidak menjadi tabiat sehingga terbawa-bawa apabila dah besar.

Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose berkata, ibu bapa harus sedar kita adalah pemimpin untuk anak. Peranan ibu bapa sangat penting untuk menerangkan perbuatan itu salah. Kalau dah rasa anak lebih had kena jelaskan betul-betul pada anak.

Bagaimanapun, pada masa yang sama cuba selidik dulu diri sendiri. Adakah kita pun terbiasa mengugut anak. Jika Ya mungkin anak belajar dari perbuatan kita sebelum ni tapi tak perasan.

Contohnya, “kalau malas belajar, mama pukul kamu!”

IKLAN

Sekiranya kita tak pernah amalkan konsep mengugut ini, boleh jadi anak belajar dari orang lain dan sebagai ibu ayah kena cepat bertindak dengan menerangkan kepada anak bahawa perbuatan itu salah dan tak patut ulang lagi selepas ini. Dalam hal ini kena bertegas.

Persoalannya apa yang patut ibu ayah buat untuk pastikan anak tidak menjadikan ugutan senjata untuknya mendapatkan sesuatu yang dia mahu. 4 perkara ini sangat penting

  • Janji pada diri sendiri untuk menghentikan tabiat mengugut anak.
  • Janji dengan anak untuk sama-sama tak mengulanginya lagi.
  • Jangan biarkan dipengaruhi orang yang amalkan ugut.
  • Tegas secara loving menjelaskan itu bukan cara yang elok untuk dapat apa yang dimahukan.

Di sini pentingnya komunikasi berkesan dengan anak dan anda layak untuk menjadi ibu bapa sempurna mendidik amanah yang sangat besar dalam hidup anda.

 

 

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI