Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Pa&Ma kini berada di dalam aplikasi   
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Anak Sukar Membaca Rupanya Ada Masalah Nak Fokus. Perkongsian Ini Sangat Bagus

Anak Sukar Membaca Rupanya Ada Masalah Nak Fokus. Perkongsian Ini Sangat Bagus

Rupanya ada anak yang sukar membaca sebenarnya ada masalah nak fokus. Apabila suruh duduk untuk membaca, ada sahaja alasannya mahu ke tempat lain. Permasalah anak yang mempunyai masalah fokus ini perlu diberi perhatian supaya apabila anak tidak ketinggalan dalam pelajaran di tadika. Jadi seawal usianya ibu bapa boleh mulai mendidik anak untuk fokus melakukan sesuatu.

Perkongsian Puan Ezzaty Suffian sungguh bermanfaat apabila info yang diperolehi setelah menyertai bengkel sebelum ini, memberikan kita panduan bagaimana nak tahu tahap fokus anak mengikut umur.

Hari-hari ajar anak bercakap, nampak macam takde perubahan. Tiap kali ajar anak membaca, nampak anak macam susah nak ikut. Bila nak tolong anak siapkan kerja sekolah, banyak pula main dia. Tak nak serius.

Lama-lama ibu ayah mula lah rasa frust. Hangin je kat hati bila anak susah nak bagi kerjasama. Okay, sebelum kita rasa nak marah atau naik angin kat anak, cuba kita check dulu satu benda yang paling penting sangat ni.

Macam mana dengan tahap FOKUS anak kita sebenarnya?

Berapa lama dia boleh duduk dengan kita buat aktiviti sama-sama? 5 minit? 10 minit? Atau sebenarnya setakat 60 saat je tu?

Mostly anak kita bukan tak pandai, bukan lambat pick up, bukan lemah dalam perkembangan.

Tapi sebenarnya mungkin dia ada masalah susah nak fokus.

Budak kalau susah fokus, otak dia ada macam-macam agenda, perhatian dia mudah distract. Ini yang jadi punca kenapa anak tak dapat-dapat apa yang kita ajar.

zaty dapat info ni waktu pergi bengkel Puan Aishah Kassim dulu. Dalam page dia pun, kalau rajin scroll, memang dia ada cerita tentang masalah fokus anak ni.

Ada 3 cara macam mana kita nak detect kata anak ada masalah susah fokus ke tak.

Pertama : Sitting Attention

Berapa lama anak boleh duduk dan bagi tumpuan pada apa yang kita ajar atau buat aktiviti bersama dengan kita.

Kalau perasan, anak yang duduk depan tv atau gadget boleh duduk diam lama sangat kan. Itu pun namanya sitting attention juga.

Tapi tak boleh dikira sebagai attention yang kita nak. Sebabnya attention jenis ini adalah yang tak berkualiti dan tak bermanfaat untuk anak kerana tiada komunikasi 2 hala.

IKLAN

Sitting attention yang kita nak ialah bila anak boleh duduk lama bersama dengan kita dan wujud interaksi antara kita dengan dia. Dia boleh fokus apa yang kita cakap, apa yang kita ajar, bermain bersama dengan kita dan boleh siapkan tugas yang kita bagi sepanjang waktu yang dah tetapkan.

Setiap umur anak ada tempoh sitting attention dia sendiri.

Cara pengiraannya:

Umur anak x 3 minit hingga 5 minit.

Contohnya fayyadh :

umur 2.5 tahun × 3 minit = 7.5 minit (minimum)

Hingga

Umur 2.5 tahun x 5 minit = 12.5 minit (maksimum)

Untuk permulaan kita nak terap fokus anak, kita kena cuba buatkan anak fokus dengan kita sekurang-kurangnya selama 7.5 minit tu.

Kena ada latihan setiap hari yang akan bantu anak untuk fokus secara perlahan-lahan. Pada permulaan mungkin 1 minit sahaja. Lama-lama akan dapat 7.5 minit tu.

IKLAN

Dengan syarat, latihan dan aktiviti yang perlukan fokus anak perlu dibuat setiap hari.

Anak Sukar Membaca Rupanya Ada Masalah Nak Fokus. Perkongsian Ini Sangat Bagus

Kedua : Join Attention

Join attention maknanya boleh tak anak-anak KONGSI tumpuan yang sama dengan kita.

Contoh :

1) bila kita jalan kat luar dengan anak. Kita tunjuk ayam pada dia. Adakah dia boleh toleh dan tengok pada apa yang kita tunjuk tu.

2) Bila baca buku bersama anak dan kita tunjuk gambar dalam buku tu. Adakah dia pun akan tengok sama pada apa yang kita tunjukkan?

Penting join attention ni pada anak sebab bila kita nak ajar something, kita perlukan perhatian dia untuk tengok apa yang kita tunjuk atau arahkan.

No point kita berpeluh-peluh ajar itu ini pada dia, tapi ke lain mata dia tengok. So info yang kita bagi tu tak boleh sampai ke otak dia.

Anak Sukar Membaca Rupanya Ada Masalah Nak Fokus. Perkongsian Ini Sangat Bagus

IKLAN

Ketiga : Channel Attention

Yang ni pula adalah satu skill yang buatkan anak dapat tangkap atau respons pada sesuatu rangsangan lain walaupun mata dia tak pandang pun pada rangsangan tersebut.

Contoh :

1) Anak tengah main lego dan kita panggil nama dia. So, dia boleh bagi respons dengan menyahut panggilan kita walau mata tu tak tengok pada kita.

2) Anak tengah tengok buku lepastu kita minta dia ambilkan tuala. Tanpa melihat kita, dia boleh bangun dan ambilkan tuala tu bagi pada kita.

Channel attention ni penting untuk anak sedar dan aware tentang keadaan atau rangsangan di sekeliling dia, apa yang berlaku di sekeliling dia.

Jadinya bila anak sibuk mewarna contohnya. Dan kita nak ajar tentang perkataan baru pada dia waktu yang sama tu juga, dia boleh ikut sekali atau fokus dengan rangsangan yang kita bagi.

Walau tangan sibuk mewarna, mulut pun boleh ikut sebut dan faham pada apa yang kita ajar.

So, zaty harap dengan perkongsian pagi ni, dapat bantu ibu ayah untuk atasi masalah anak yang kurang atau susah fokus.

First thing first, untuk latih anak jadi lebih fokus, ibu ayah perlu cuba jauhkan anak dari tv dan gadget selama mana yang boleh. Sebab thing in the box macam ni pun sebenarnya jadi punca utama kenapa anak ada masalah fokus.

Anak Sukar Membaca Rupanya Ada Masalah Nak Fokus. Perkongsian Ini Sangat Bagus

Semoga menjadi panduan berguna untuk kita mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran. Setiap anak-anak itu mempunyai tahap perkembangannya mengikut usianya. Jadi jika anak-anak lambat dalam pembelajarannya, ibu ayah perlu tekun untuk mendidik anak dengan cara yang betul supaya anak tidak menganggap aspek pendidikan adalah sesuatu yang membosankan.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI