Anak saya berumur tiga bulan. Dia menyusu susu ibu dan susu formula. Dia sukar untuk membuang air besar. Hanya dua hari sekali. Setiap kali hendak buang air besar, dia akan menangis kesakitan. Adakah ia disebabkan oleh susu formula yang saya berikan kepadanya?

Anak Sukar Membuang Air Besar, Adakah Disebabkan Oleh Percampuran Susu Ibu & Susu Formula?

Persoalan timbul adakah disebakan bayi tidak sesuai dengan susu formula yang diberikan? Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui adakah boleh susu ibu dan susu formula bercampur.

IKLAN

Percampuran susu ibu dengan susu formula boleh menyebabkan perubahan kepada sistem penghadaman bayi.

Susah untuk mengatakan susu formula adalah penyebabnya. Ia mungkin juga disebabkan penyediaan sukatan yang tidak mengikut ketetapan. Lalu, mempengaruhi pencernaan usus bayi.

Mungkin dengan cara penyusuan yang betul, anda dapat memberi susu ibu sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula. Anak anda masih kecil, untuk mendapatkan penyusuan ibu sepenuhnya adalah tidak mustahil.

IKLAN

Setiap hospital pasti ada kumpulan sokongan susu ibu. Anda boleh mendapatkan nasihat mereka, bagaimana caranya untuk menambahkan susu ibu. Mereka boleh dipanggil untuk mendapatkan nasihat pada bila-bila masa.

IKLAN

Salah satu cara yang dapat dinasihatkan di sini ialah memastikan setiap payu dara dikosongkan selepas penyusuan sama ada dengan pam manual atau elektrik. 

Anda juga perlu meminum air yang mencukupi mengikut keperluan iaitu antara dua hingga tiga liter air sehari. Pemakanan yang mengikut gizi makanan yang betul juga adalah penting.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI