Tiada yang lebih menyentuh hati seorang wanita bergelar ibu bila terpaksa melihat anak-anak yang menjadi penyeri hidup menderita penyakit kronik. Itulah yang berlaku kepada Puan Khalilah Ahmad.
Mempunyai dua orang anak yang mana keduanya menghidap penyakit kronik pada usia muda membuatkan wanita ini tidak betah untuk melihat sahaja anak-anak yang masih kecil menderita.
Berat dugaan yang perlu dilalui oleh ibu ini, apatah lagi anak keduanya Abdul Raziq Eshan Abdul Razlan Shah yang menghidap penyakit Acute Lymphobiastio Leukemia (ALL) memerlukan kos ubat dan rawatan yang tinggi sehingga mencecah RM134,000.
Menurut Puan Khalilah, anaknya Eshan menghidap leukemia sejak umurnya dua tahun. Anak pertamanya pula yang berusia 11 tahun menghidap penyakit diabetic sejak usianya 8 tahun.
Justeru dia dan keluarga memohon bantuan dan sumbangan orang ramai bagi menampung kos perubatan anaknya Eshan menerusi satu coretan yang dikirimkan ke kotak pesanan sebuah portal.
“Assalamualaikum tuan/puan & semua yang membaca coretan ini. Saya Khalilah dengan rendah diri ingin memohon bantuan sumbangan tuan/puan untuk menampung kos perubatan anak saya, Abdul Raziq Eshan bin Abdul Razlan Shah (8 1/2 tahun) yang mengidapi penyakit Acute Lymphobiastio Leukemia (ALL) dan kini sedang menjalani rawatan kimo kali ke 3 di HKL.
“Saya hanya ada 2 orang anak. Yang sulung, kakak, berusia 11 tahun mengidap penyakit Diabetic sejak umur 8 tahun dan bergantung kepada suntikan insulin setiap hari dan anak kedua (Abdul Raziq Eshan), menghadapi luekemia semenjak umur 2 tahun.
“Anak saya, Eshan, perlu menjalani sesi chemotherapy setelah relapse kali ke-3 pada Mei lepas. Pada 20hb Jun 2020, pihak HKL menyatakan kos ubat Blinatumomab sebanyak RM134, 400 diperlukan bagi rawatan anak saya.
“Oleh itu, kami sekeluarga bersungguh-sungguh mengumpulkan sumbangan bagi menampung kos ubatan tersebut memandangkan keadaan Adik Eshan yang memerlukan rawatan segera utk proses transplant dalam masa terdekat.
“Insuran hanya menampung rawatan dan bantuan lain telah “exhausted” kerana kakak dan Adik Eshan telah menderita sakit sekian lama dan kerap berulang alik ke hospital. Segala sumbangan saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan tuan/puan.
Sumbangan boleh dibuat kepada akaun seperti berikut:-
NAMA: KHALILAH BINTI AHMAD
BANK: MAYBANK NO AKAUN: 101011319499
NO. TEL: 019-7722291
ABDUL RAZLAN SHAH BIN ABDUL RAHMAN
MAYBANK: 501011987289
Bagi yang ingin membuat sumbangan, bolehlah menyalurkan kepada no akaun di atas. Semoga dengan bantuan semua dapat meringankan beban keluarga ini. Didoakan juga agar segala urusan dan rawatan kedua anak Puan Khalilah dipermudahkan, Amin.
Sumber: Siakap Keli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI