Entah la sejak bila kita jadi cepat termarah anak. Terutama pada anak yang sulung.
Benar, dia anak yang paling tua antara adik-adiknya. Tapi, dia juga anak yang paling awal dan paling lama ada bersama dengan kita.
Menurut Influencer Parenting, Mohd Fhais Salim, anak sulung sebenarnya banyak mengajar kita erti hidup sebenar. Daripada zero, kita boleh menjadi ibu bapa yang hebat.
Dia la yang pertama buat kita menitikkan air mata kegembiraan.
Dia la yang pertama memberi makna besar dalam rumahtangga kita.
Dia la yang pertama hadir mengukir senyuman pada kita.
Dia la yang pertama memberi kita rasa teruja menjadi mak ayah.
Dia juga yang paling banyak mendidik kita tentang kesabaran.
Dia juga yang paling banyak mematangkan emosi & minda kita.
Dia juga yang paling banyak mengajar kita erti syukur & redha sebenar.
Ads
Dia juga yang paling banyak menerima kelemahan & kekurangan diri kita.
Hmm..
Saya yakin, masa ni kita semua pasti berazam untuk menjadi mak ayah terbaik.. sebab saya pun begini dulu.
Masa cepat berlalu.. Walau ada anak sulung kita yang dah besar. Tetapi..
Dia tak pernah lupa memori memori indah saat dia kecil bersama kita ini.
Ketika semua perhatian kita hanya tumpu kepada dia seorang.
Ketika semua kasih sayang kita di curah hanya kepada dia seorang.
Ketika semua hidup kita hanya fokus untuk dia.
Ads
Masa tu hidupnya pasti penuh dengan kasih sayang & kelembutan, mesti..
Itu dulu, sekarang lain..
Kadang-kadang anak sulung jadi degil, bukan sebab dia dah berubah jahat.
Kadang-kadang anak sulung kuat marah adik-adiknya, bukan sebab dia cemburu.
Kadang-kadang anak sulung jadi keanak-anakan sedikit bukan sebab dia nak ngada-ngada.
Tapi sebenarnya dia RINDU…..
Rindu di cintai & di sayangi seperti yang dia pernah rasai dahulu…. Sesungguhnya.. tiada perasaan yang lebih pedih melainkan rasa “tidak di sayangi lagi” oleh orang yang pernah sayang dia.
Ads
Anak sulung sebesar mana pun dia, tetap di hatinya masih “anak kecil” kedua orang tuanya.
Dia la yang paling dekat & paling masak dengan segala kelemahan & kekurangan kita dahulu.
Anak sulung berhak dapat didikan terbaik kerana sesungguhnya banyak kegagalan yang wajar kita tebus semula sebelum terlambat.
Bila dah bergelar ibu, kalau suara tak macam petir tak sah kan? Hanya ibu-ibu sahaja yang faham kenapa ibu perlu bertukar menjadi garang. Bukan mudah nak menjaga dan mengawal keadaan anak-anak di rumah.
Menjadi ibu yang garang tak salah cuma, itu perkara normal bagi ibu-ibu yang terpaksa menguruskan anak-anak sendiri namun janganlah berlebihan dalam memarahi anak-anak. Semuanya ada kaitan dengan perkembangan anak-anak dan juga emosi mereka yang sedang membesar.
Janganlah terlampau garang wahai ibu
Walaupun kadangkala anak kita suka buat perangai pelik yang menyakitkan hati
– makan bersepah – gunting baju sendiri – gunting rambut adik – conteng dinding rumah – dan pelbagai lagi perangai
Itu belum lagi perangai dirinya sendiri yang suka
– merengek tak berhenti – nak itu nak ini – mengamuk setiap hari – sensitif sangat dengan usikan adik beradik sendiri
Cuma janganlah terlampau garang wahai ibu. Anak kita itu masih dalam proses membesar lagi
– mereka belum mampu kawal emosi – mereka belum tahu cara berkomunikasi – mereka belum matang fikirkan solusi – mereka belum mampu kawal diri sendiri
Ibu semua kena ingat. Anak anak takkan ingat semua yang kita ajari mereka tetapi mereka akan sangat ingat perasaan mereka ketika bersama kita saat kita membesarkan mereka
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa harapkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak dah semakin besar, harapan ini akan bertukar kepada apa yang kita mahu anak buat pula sebagai bukti mereka dapat balas jasa kita.
Semua niat ini dah ada seawal ibu bapa dapat tahu ada bayi yang menghuni rahim ibu. Betul kan? Tapi sejauh mana tindakan kita untuk memastikan hasrat dan impian ini terlaksana.
Pendapat yang dikongsikan oleh Saleha Idris ini cukup mudah dan boleh diamalkan seawal anak dalam kandungan lagi hinggalah mereka besar.
Rahsia Al-Fatihah yang sentiasa meniti di bibir ibu ayah akan menjadi kekuatan dalam diri anak-anak kita. Insyaallah!
“Sebelum kita ibu bapa ni terima sedekah Al-Fatihah daripada anak kita. Kitalah sebagai mak hadiahkan Alfatihah dulu pada anak kita.”
Begitulah ungkapan seorang ibu hebat yang dikenali.
Membuat diri ini sebagai mak terfikir.
Kita selalu berharap anak kita buat baik kepada Kita. Kita harap apabila kita hantar anak tahfiz. Kita akan masuk syurga. Kita harap apabila anak kita besar dia akan teruskan bisnes kita. Kita harap apabila kita hantar anak tuisyen cari duit anak kita akan dapat straight A. Kita harap anak kita besar akan bagi duit pada kita.
Tetapi ibu hebat ini ‘Kita’. Harapan perlu bermula dengan kebergantungan kepada Allah dan usaha yang ikhlas.
Tidak mengharapkan apa-apa. Tapi ada visi misi yang ditanam buat anak anak.
Ketika berbual. Saya bertanyakan kunci menjadi kunci ibu mithali. Katanya sedekahlah Alfatihah buat anak kita setiap hari. Doakan kejayaan dan diri mereka. Selepas Al-Fatihah doa buat mereka.
Manakan kita berharap tetapi kita tidak pernah memberi apa kita ada.
Bergelar seorang bapa di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Alif, kehadiran anak dianggap pembawa rezeki buatnya dan isteri.
Berkongsi mengenai cabaran dalam membesarkan anak-anak, Alif mengakui ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun tetap menjadi momen indah buat dirinya dan kisah ini dikongsi dalam Anugerah BEST PAPA MILLENIAL 2022.
“Ada dugaan dan cabaran. Alhamdulillah sekarang bapa kepada 3 orang anak.”
“Setiap anak ada karakter sendiri, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Dan Alif bangga jadi ayah kepada anak perempuan. Tak pernah ada rasa kasih sayang yang berbeza-beza setiap anak, kena adil. Alif percaya kita kena lead by example. Kalau diaorang nak bermanja, layan.”
Tambah Alif lagi, sebagai bapa kepada 3 cahaya mata dia menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam mendidik anak-anak.
“Cara Rasulullah layan kanak-kanak, dengan kelembutan. Jadi Alif cuba buat benda yang sama.. anak datang tepuk-tepuk muka kita, panjat kita masa solat, tapi Alif tak pernah rasa marah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak jadi kita layan sebaiknya.”
“Waktu Alif di rumah, bila ada masa terluang, Alif akan curi masa (Waktu main key point) contoh waktu anak sebelum tidur, selepas tidur atau hantar anak ke sekolah Alif akan ambik masa tu, pikul tanggungjawab supaya anak sentiasa rasa kehadiran ayah mereka.”
Pemenang Anugerah Best Papa Millenial 2022 ini turut berkongsi tip untuk tidak ‘stress’ dalam menguruskan keluarga tercinta kerana baginya ibu bapa perlu pandai menguruskan emosi sebelum menguruskan anak-anak.
“Antara saya dan isteri, Shadila of course kami bahagi-bahagi tugas. Daddy time, mommy time (Me time) perlu jugak dan sangat penting sebab kita pengendali kapal. Kena tahu masa untuk jaga anak-anak dan jaga diri sendiri, diri kita as parents. Kena sentiasa ada masa untuk diri sendiri barulah rasa lancar dan best je. Hantar anak-anak rumah atuk nenek dia, mama papa pergilah dating”
Siapa sangka dari seorang yang biasa-biasa kini dirinya antara selebriti dan pengacara pilihan ramai. Nak tahu perkongsian lebih tentang bagaimana Alif sebagai seorang papa dan suami melaksanakan tanggungjawabnya pada keluarga dalam kesibukannya bekerja, saksikan video di bawah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.