Anak Sulung Dah Besar Sekalipun, Dia Tetap Rindu Nak Dibelai & Peluk!

Share

Entah la sejak bila kita jadi cepat termarah anak. Terutama pada anak yang sulung.
Benar, dia anak yang paling tua antara adik-adiknya. Tapi, dia juga anak yang paling awal dan paling lama ada bersama dengan kita.

Menurut Influencer Parenting, Mohd Fhais Salim, anak sulung sebenarnya banyak mengajar kita erti hidup sebenar. Daripada zero, kita boleh menjadi ibu bapa yang hebat.

Dia la yang pertama buat kita menitikkan air mata kegembiraan.

Dia la yang pertama memberi makna besar dalam rumahtangga kita.

Dia la yang pertama hadir mengukir senyuman pada kita.

Dia la yang pertama memberi kita rasa teruja menjadi mak ayah.

Dia juga yang paling banyak mendidik kita tentang kesabaran.

Dia juga yang paling banyak mematangkan emosi & minda kita.

Dia juga yang paling banyak mengajar kita erti syukur & redha sebenar.

Dia juga yang paling banyak menerima kelemahan & kekurangan diri kita.
Hmm..

Saya yakin, masa ni kita semua pasti berazam untuk menjadi mak ayah terbaik.. sebab saya pun begini dulu.

Masa cepat berlalu.. Walau ada anak sulung kita yang dah besar. Tetapi..

Dia tak pernah lupa memori memori indah saat dia kecil bersama kita ini.

Ketika semua perhatian kita hanya tumpu kepada dia seorang.

Ketika semua kasih sayang kita di curah hanya kepada dia seorang.

Ketika semua hidup kita hanya fokus untuk dia.

Masa tu hidupnya pasti penuh dengan kasih sayang & kelembutan, mesti..
Itu dulu, sekarang lain..

Kadang-kadang anak sulung jadi degil, bukan sebab dia dah berubah jahat.

Kadang-kadang anak sulung kuat marah adik-adiknya, bukan sebab dia cemburu.

Kadang-kadang anak sulung jadi keanak-anakan sedikit bukan sebab dia nak ngada-ngada.
Tapi sebenarnya dia RINDU…..

Rindu di cintai & di sayangi seperti yang dia pernah rasai dahulu…. Sesungguhnya.. tiada perasaan yang lebih pedih melainkan rasa “tidak di sayangi lagi” oleh orang yang pernah sayang dia.

Anak sulung sebesar mana pun dia, tetap di hatinya masih “anak kecil” kedua orang tuanya.

Dia la yang paling dekat & paling masak dengan segala kelemahan & kekurangan kita dahulu.

Anak sulung berhak dapat didikan terbaik kerana sesungguhnya banyak kegagalan yang wajar kita tebus semula sebelum terlambat.

Kredit: Mohd Fhais Salim

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Published by
Wan Amy