Anak sulung selalunya menggalas tanggungjawab yang besar. Ini kerana mereka merupakan anak yang pertama di dalam keluarga. Namun, ibu bapa kadang-kadang terlepas pandang pengorbanan anak sulung ini.
Jadi, ambil masa fikirkan apa yang mereka sudah lakukan untuk anda dan keluarga dan ucaplah sekurang-kurangnya ‘terima kasih’ atas bantuan dan pengorbanan mereka itu.
Begitu juga contoh pada adik-adik, anak sulung akan jadi ikutan pada adik dibawahnya tak kiralah buat apa sekalipun.
Seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka boleh dijadikan panduan untuk membesarkan anak-anak.
Apa Rania (kakak) buat Aisy (adik) mesti nak tiru. Walaupun ada terdetik dalam hati takut aisy jadi pondan sebab pengaruh kakak tapi sebenarnya ini berita baik.
Aisy boleh belajar hormati kakak. Jika sekarang aisy boleh hormat kakak insyaallah bila dah besar nanti dia tahu hormat wanita.
Kakak role model pada adik !
Masa rania lahir dia memang tak ada pengaruh lain selain mak ayah. Jadi role model rania hanya ada mak dan ayah.
Ads
Tapi berbeza dengan aisy. Bukan sahaja mak dan ayah, malah rania juga jadi role model. Bahkan rania sebenarnya role model no-1 aisy.
Buktinya bila,
Adik lebih mudah dengar cakap kakak.
Adik lebih suka bermain dengan kakak.
Adik lebih cepat tiru apa kakak buat.
Adik lebih girang nampak kakak.
Ads
Semuanya lebih baik bila dengan kakak.
Tak tahu nak terangkan tapi mungkin kerana jarak umur yang dekat atau sama-sama masih ada otak kebudak budakan maka keserasian mereka lebih terserlah.
Jadi nak tak nak saya terpaksa didik aisy rizqi dengan cara mendidik annur rania.
Bila nampak aisy menendang rania saya ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh bagi aisy tendang rania.
Bila nampak aisy berebut mainan dengan rania saya akan ambil aisy dan pesan pada rania, tak boleh berebut kena main sama-sama.
Ads
Bila nampak aisy main mekap rania saya akan pesan pada rania, adik boy tak boleh main mekap.
Begitulah. Nak pesan pada aisy bukan dia faham jadi saya pesan pada rania.
Supaya rania sendiri boleh cakap pada adik dia pesan yang sama bila perkara yang sama berlaku lagi.
Didik kakak sebaiknya, maka adik pun akan terdidik sekali. Mudah mudahan.
Kadang kita lupa. Anak sulung sebenarnya ada pengaruh yang sangat besar pada adik-adik. Yang akan menjaga bonding adik beradik ialah anak sulung, bukan mak ayah.
Jadi kalau nak bonding anak-anak kita kuat dan tak berpecah didik la anak sulung supaya sayang kat adik adik dia.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais
Siapa anak sulung dia mesti faham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak. Anak buat silap bukan bermakna kita hanya berdiam diri sahaja tetapi perlu ada cara untuk membuatkan mereka sedar apa kesalahan yang dilakukan.
Begitu juga dengan cara Datuk Fazley Yaakob mendidik anaknya. Chef selebriti berusia 40 tahun ini turut mengenakan hukuman setimpal sekiranya anak-anaknya melanggar peraturan.
“Saya didedahkan dengan dua perkara oleh parents iaitu kasih sayang yang sentiasa dibentuk dan juga disiplin yang disarankan setiap waktu.
“Jadi, untuk anak-anak, bila masa untuk dibelai manja, saya akan layan, tapi kalau time rotan, saya rotan betul,” katanya.
Begitu pun, pelantun lagu Asmara ini berkata, hukuman yang dikenakan masih di tahap berpada-pada.
“Cuma, bila saya rotan, saya ada batas, saya hanya pakai hanger plastik dan tali pinggang kecil.
“Dan… saya hanya akan pukul di tapak tangan kiri dan kalau perlu, saya akan pukul dia punya bambam (punggung), tapi itu pun tak kuat. Biasanya, saya lebih guna suara (tinggi).
“Tapi, saya memang bersikap adil dengan anak-anak. Kalau abang kena rotan, adik kena tengok. Kena jadi saksi supaya mereka tak repeat benda sama. Kadang-kadang, semua pun kena rotan,” katanya sambil tertawa.
Bagaimanapun, juara Masterchef Celebriti Malaysia ini enggan bersikap terlalu garang lantaran bimbang anak-anaknya akan menyimpan perasaan takut dan dendam.
“Saya tak nak benda itu berlaku. Saya sendiri walaupun ayah saya garang gila tapi saya tak pernah berdendam dengan dia.
“Prinsip saya dengan anak-anak, kalau saya rotan tak sampai dua minit. Saya hanya bagi dua minit untuk saya peluk dan cium. Saya takkan biar lama-lama. Begitu juga isteri.
“Biasanya, kalau saya marah anak-anak, isteri yang akan peluk mereka, begitu juga sebaliknya. Selama ini, memang itulah prinsip yang kita kekalkan,” katanya.
Lebih membanggakan, katanya, hukuman yang dipraktikkannya itu dilihat berjaya meninggalkan kesan positif.
“Alhamdulillah, pada saya ia berjaya kerana guru-guru mereka melihat anak-anak saya sebagai unik.
“Malah, mereka (guru) juga memuji tingkah laku anak-anak saya yang saling menjaga di antara satu sama lain ketika di sekolah,” katanya.
Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada 2007.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah (Payish), 10, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, Ahmad Firudz Shah (Piyush), 7, dan Alayna Selma, tujuh bulan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada tak mak-mak yang kena struggle nak bagi anak makan ubat jenis cecair/sirap? Bila dah masuk 2 tahun makin susah nak bagi sebab anak dah pandai mengelak.
Walaupun dah masuk elok-elok dalam mulut, tak sampai seminit terkeluar semua ubat. Masa ni geram dan nak marah semua ada. Apa kata cuba tip Puan Yatie Eimra elak anak muntahkan ubat semula.
Fydh ni sejak umur 7 hari lagi, setiap hari kena makan ubat sebab dia ada masalah congenital hypothyroidism. Dapat tau pun sebab kena tahan kat wad masa dia kena jaundis tinggi. Ubatnya jenis pil, so kena hancur & larutkan dalam air.
Masa anak bawah setahun, tak jadi masalah nak bagi makan ubat. Tapi bila dah masuk umur setahun lebih, dia dah pandai ludahkan balik ubat² dia.. Time demam tak payah cakaplah.. memang mencabar sangat nak bagi ubat. Kadang² bila banyak sangat menangis, Fydh akan muntah lak lepas makan ubat tu.
Masuk umur 2 tahun jer, dia dah pandai nak larikan diri bila nak makan ubat. Tengok ubat jer menangis macam histeria? Bayangkan setiap kali nak bagi anak makan ubat, saya kena ‘kunci’ tangan & kaki anak gunakan kaki saya (baringkan anak & tinggikan kepala atas sebelah peha & silangkan kaki sebelah lagi supaya tangan & kaki anak tak boleh meronta). Sebijik macam gaya orang wrestling tu haa.. Hahah ?
Tapi bila anak masuk 3 tahun, saya gunakan taktik baru lak.. Anak umur 3 tahun ni, banyak nak belajar buat kerja sendiri.. Jadinya saya libatkan dia sendiri masa nak sediakan ubat. Dari start goncang botol ubat, sedut ubat guna syringe (dengan bantuan), picit ubat gunakan syringe dalam mulut (dengan bantuan) & simpan ubat. Mula² dulu dia buat semua tu sambil menangis² sebab ‘terpaksa-rela’.. Yelah, tak rela makan ubat, tapi terpaksa sebab nak main/sediakan ubat sendiri? Kononnya lepas makan ubat, nanti dapat reward – boleh tolong basuhkan set syringe & cawan dia kat sinki dapur (rewardlah sangat?) Dak Fydh ni seronoklah sebab dapat main air kat sinki. Umminyer memang pejam sebelah mata jela tengok dapur & baju anak basah kuyup main air? Takpelah, janji anak makan ubat?
Sebenarnya saya tak sangka gak, dengan teknik ni.. Alhamdulillah, sampai sekarang ni Fydh dah boleh makan ubat & tak menangis macam dulu walaupun makan ubat yang dia tak suka/jenis yang berbau kuat.. Walaupun kekadang dia nak mengelak, tapi dia tetap akan picit syringe sendiri masa makan ubat tu?
Tip Ketika Berikan Anak Ubat (Jenis cecair/sirap)
Banyak antara tip ni diberikan oleh mak saya. Almaklum ler, anak² dia kebanyakkannya jenis susah makan ubat masa kecik.
Jika gunakan syringe (picagari), pastikan picit ubat pada bahagian dalam pipi
?Ni bertujuan supaya ubat tak terus sampai ke tekak – salah satu punca anak tersedak & termuntah.
Jika gunakan syringe (picagari), picit ubat secara perlahan & sikit² (berhenti beberapa kali)
?Kalau anak jenis yang suka ludahkan balik ubat, memang kena buat macam ni. Sebab bila terus picit banyak², membazir je kalau anak tak sempat telan/ludahkan balik ubat. Tahan sikit dagunya kalau anak cuba ludahkan.
Tekan & urut pada bahagian ulu hati elakkan muntah
?Dulu saya selalu tengok mak saya tekan & urut menghala ke bawah pada ulu hati setiap kali lepas bagi adik² makan ubat. Masa tu tak tahu apa fungsinya. Sekarang ni baru tau, rupa²nya point pada ulu hati tu adalah point refleksologi (diafragma)? Bila berlaku kontraksi pada diafragma ni, akan memudahkan perut keluarkan segala isinya/muntah. Tekan beberapa saat & urut ke bawah untuk elak muntah & juga masalah pernafasan.
Hilangkan Fokus/Bercerita Tentang Perkara Lain Supaya Berhenti Menangis
?Kalau anak anda pemuntah tegar cam dak Fydh ni dulu.. ? Lepas bagi makan ubat, wajib hilangkan fokus/ganggu konsentrasi anak & bercerita tentang perkara lain (cerita je apape tentang watak kartun fav ke, dll) supaya anak leka & berhenti menangis. Sebab lebih lama anak menangis & fokus pada rasa mual dia, lagi mudahlah anak akan muntah. Masa tu, kalau saya tak berjaya ganggu konsentrasi/terlambat memang konfirm muntah ler.. ?
Berikan Ubat Yang Paling Anak Tak Suka Dahulu
?Ok, tip ni hanya valid bagi anak yang jenis suka muntahkan ubat. Saya lebih suka berikan anak ubat dimulai dengan ubat yang paling anak tak suka dulu. Sebabnya, ubat yang paling anak tak suka ni lah selalunya jadi punca anak muntah.. Sebabkan 1 je ubat yang anak paling tak suka & muntah, dah terpaksa ulang balik bagi semua ubat (jika muntah kurang 20 min lepas makan ubat).. Kalau anak terus muntah lepas makan ubat yang paling tak sedap, sekurang²nya mak² hanya perlu ulang 1 ubat je.. ?
Selangkan Masa Pemberian Ubat
?Kalau mak² tetap risau gak anak akan muntahkan semula ubat cecair, boleh juga jarakkan sikit masa pemberian ubat seterusnya (sekurang²nya 20 minit) supaya tak perlu repeat ubat yang dah diberi sebelumnya.. Jika anak muntah selepas makan ubat yang ke-2, hanya ubat kedua je yang perlu diulang. Tapi kalau buat cara ni, pastikan BUAT REMINDER ubat yang dah beri & belum. Jangan lupa sudah ler! ?
Sediakan Air/Kudapan Ringan Untuk Hilangkan Rasa Ubat
?Kalau dah anak takut makan ubat, macam² taktik la mak² terpaksa guna kan..? Hehee.. Lepas berikan ubat tu pastikan anak minum air/sediakan kudapan ringan untuk hilangkan sisa² rasa ubat dalam mulut. Ala, korang mengandung dulu pun, bila rasa loya² pun dok carik kudap² gak pun kan nak hilangkan rasa loya tu.. Bagi can la kat anak tu.. ?
P/s: Gunakan syringe berbeza untuk ubat yang berlainan, jangan dicelup syringe yang dah guna dalam ubat lain untuk elak ubat cepat rosak.
Amalkan baca surah Syu’ara ayat 80 & tiup pada anak masa bagi makan ubat. Niatkan moga Allah sembuhkan penyakit anak?
Melayari kehidupan berumah tangga selama 7 tahun, kemesraan Siti Sarah dan Shuib sentiasa menjadi perhatian peminatnya di Instagram dan ada juga menjadikan mereka pasangan contoh.
Sempena ulang tahun kelahiran Sarah, Shuib memberi ucapan yang cukup bermakna buat cinta hatinya.
Selamat Hari Lahir kesayangan dunia akhirat Insyaallah. Semoga Allah kurniakan ibu segala rahmat dan kebaikan dunia dan akhirat.
Semoga Allah merahmati kita hingga ke Jannah…Istiqamah dalam cinta, kasih dan sayang. Love U
Malah menerusi status Sarah tiga hari lalu, dia juga turut berdoa agar Allah mengizinkan cinta mereka kekal selamanya sehingga ke syurga selain mengucapkan selamat hari jadi kepada Shuib.
“Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga. Happy brithday suami,” tulisnya.
Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Menerusi status sama, Sarah juga turut berdoa agar Shuib diberi umur yang panjang dan rezeki yang murah agar dapat memberi lebih manfaat dan berbakti kepada orang lain.
Penyanyi yang popular dengan lagu Semakin itu turut berdoa agar rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu itu sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.
“Moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manfaat hidupnya untuk sekalian alam, dimurahkan rezekinya supaya lebih banyak amal yang dapat dilakukan.
“Lebih berjaya, aman rumah tangga, moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia… Amin amin amin ya robbal alamin.
Sarah juga turut mengucapkan penghargaan kepada ibu mertuanya, Salamiah Jalani kerana telah melahirkan Shuib dan menjadi teman hidupnya.
“Terima kasih Allah mencipta suami ku… Terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku… Terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.
Sumber: ig Siti Sarah & Shuib
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!