“Anak Sulung Mula Tanya Ibunya. Sebelum Ini Nad Ada Mengadu Sakit-Sakit..” – Bapa

Share

Bapa kepada pelakon Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, memaklumkan kedua-dua cucunya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun, berada dalam keadaan baik.

Menurut Zainal, anak pertama Nad ada bertanya mengenai keadaan ibunya memandangkan dia turut berada di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN [“Anak-Anak Okay Cuma Yem Nampak Mak Dia Naik Ambulans” Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Sebelum Dikejarkan Ke Hospital]

“Yem dan Som memang rapat dengan saya. Yang kecil mungkin masih belum faham, cuma yang sulung ada bertanya mengenai apa yang berlaku kepada ibunya.

“Sebagai datuk saya mengharapkan agar mereka faham,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal turut merakamkan ucapan terima kasih dan terharunya apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat Nad.

“Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik. Malah saya dapat tahu ada juga kawan-kawannya yang mengadakan ses bacaan Yasin. Alhamdulillah,” katanya.

Nad pernah mengadu sakit

Terdahulu pada Isnin, proses menguruskan Nad ke hospital dilakukan Zainal sejurus mendapati keadaan anaknya itu semakin serius.

“Pada petang kejadian, saya yang mengambilnya dari rumah dan bawanya ke hospital.

“Sebelum ini dia ada mengadu sakit-sakit cuma perkara itu tidak diberitahu secara serius. Bagi Nad mungkin ia boleh baik apabila makan ubat.

“Dia tidak pernah mengalami sakit yang teruk. Cuma sebelum ini dia disahkan positif Covid-19 tapi tidaklah seteruk keadaan sekarang,” ujarnya.

Nad, 32, terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah dan doktor pakar tengah cuba untuk beri rawatan terbaik padanya walaupun  belum dapat kenal pasti punca pendarahan tesebut berlaku.

Kredit: Media Hiburan

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

Published by
Wan Amy