Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan meraih Anugerah Pengetua.
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.
“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Akhirnya selepas berusia dua bulan, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose tampil berkongsi wajah anak sulung mereka, Hawra Uqaira yang cukup comel.
Terbaru, Uqasha turut memuat naik video gelagat Uqaira yang kini sudah pandai berinteraksi ketika diagah ibu dan ayahnya. Memang comel.
Tambah Uqasha lagi menerusi kapsyennya, anak kesayangannya itu kini suka berjaga di waktu malam dan ini sudah semestinya satu cabaran buat mereka.
“Anak oh anak pukul 1 pagi ajak ibu borak.
“Haa sekarang mata luas malam-malam ni, so pukul berapa nak sleep ni baby? Anak korea jepun cina ni?,” tulisnya di kapsyen.
Si comel Hawra kelihatan cukup comel dengan matanya yang buntang ketika diagah oleh ibunya.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya begitu teruja melihat si comel Uqaira yang kini semakin membesar dan sihat.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.
“Awak keluar dulu”. Itulah ungkapan terakhir isteri yang maut dalam kereta terbakar dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, malam tadi.
Redzuan Jamil, 28, berkata, beliau ditarik keluar orang ramai daripada cermin kereta bahagian penumpang belakang, cuba menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, 28.
“Cubaan saya memecahkan cermin depan kereta dan memecahkan pintu penumpang depan tidak berjaya dan isteri tersepit di tempat duduk depan.
“Ketika itulah tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.
“Saya tidak merasa bahang panas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dulu,” katanya.
Sementara itu, bapa wanita maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi, hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat video tular kemalangan ngeri itu.
Tak sanggup tengok video kemalangan
Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang kelihatan sugul berkata, beliau tidak sanggup melihat video berkenaan sehingga habis apatah lagi mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.
“Hati saya luluh dan menggigil apabila dimaklumkan Azi (Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28) maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar.
“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.
“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri, Saliah Hood, 56, amat terjejas kerana rapat dengan anak.
“Bagaimanapun, perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya sebak ketika ditemui.
Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.
Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.
Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.
Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.
Hilang penghibur keluarga
Sementara itu, Kamalul Arifin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.
Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.
“Saya pernah nak membayar semula ubat yang sentiasa dibelikannya, namun Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain,” katanya.
Berdoa ketika berada di Mekah untuk dapat anak
Tambah Kamalul lagi, dia, isteri, Azi dan suaminya baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.
“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.
Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.
“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka pada 12 Julai lalu, pasangan doktor, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Yunos kini sempat mengabadikan kenangan wajah si comel baby Sheikh Muhammad yang genap sebulan.
Genap sebulan usianya, wajah comel baby Sheikh Muhammad diabadikan dalam dalam satu sesi fotografi.
Menerusi Instagram, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri memuat naik video ketika sesi fotografi itu.
Uniknya, pasangan ini memilih tema Arab untuk wajah comel Sheikh Muhammad.
“Pak Arab theme. Salam Muhammad. Just for memories. Daddy loves you.
“Best time for newborn photoshoot is at 2 weeks old,” tulis Dr Sheikh menerusi kapsyennya.
Gaya comel baby Sheikh Muhammad yang sedang lena ketika digayakan menarik perhatian ramai.
Tambah comel dengan aksesosi dan lengkap berserban. Comel sungguh.
Dah perkenalkan flash card dan tummy time
Dalam pada itu, meninjau perkongsian Dr Halina, baby Sheikh Muhammad kini sudah mula diperkenalkan dengan flash card dan tummy time.
“Umur sebulan hari ini.
“Muhammad perlahan-lahan akan keluar dari usia baru lahir ini. Sekarang dah kurang berkerut dan tidur bising sekarang. Im so gonna miss that.
“Dia lebih berjaga-jaga, lagi mudah nak main dengannya. Kami juga dah mula perkenalkan flash card dan tummy time.
“Masih menyusu setiap 3 jam. Saya belum lagi perkenalkan dia kepada botol, mungkin itu untuk pelajaran bulan depan.
“Buat masa ini, saya menikmati setiap detik bersamanya,” katanya berkongsi.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...