Pelakon, Puteri Sarah, 34, meluahkan rasa bahagia tatkala menyambut hari ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Syaikhul Islam di Instagram.
Isteri kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, berharap agar segala impian anaknya itu termakbul.
“Baby, dua tahun lalu saya melahirkan kamu. Bila tengok sekarang ini ibu rasa bangga dengan apa yang telah Syaikhul pelajari.
“Cara Syaikhul bermain, eksplorasi, dan gelak tawa… sangat istimewa. Syaikhul dah bagi ibu dan ayah a lifestime happiness,” coretnya di IG.
Untuk rekod, pasangan selebriti itu selamat mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2014.
Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, dan Sumayyah.
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berjangkit Melalui Ibu, Bayi Disahkan Positif Koronavirus Selepas 30 Jam Dilahirkan
Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus hanya 30 jam selepas dia dilahirkan, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa wabak itu boleh berjangkit ketika bayi di dalam rahim.
Difahamkan bayi tersebut adalah mangsa termuda yang direkodkan dijangkiti virus maut yang telah meragut hampir 500 nyawa sejak virus itu ditemui tahun lalu.
Menurut laporan penyiar CCTV, dua bayi telah dijangkiti wabak Wuhan dengan mangsa paling muda hanya berusia 30 jam.
“Ibu bayi baru lahir itu adalah pesakit yang disahkan dijangkiti koronavirus. Buat masa ini, tanda vital bayi stabil,” katanya.
Doktor kanan di jabatan neonatal di Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Dr. Zeng Lingkong berkata, kes itu adalah isyarat bahawa semua harus prihatin mengenai kemungkinan laluan penyebaran baharu koronavirus.
“Wanita hamil perlu menjauhi pesakit yang dijangkiti,” katanya.
Difahamkan, Hospital Kanak-Kanak Wuhan telah mengasingkan kawasan untuk merawat wanita hamil dengan mereka yang disyaki. – Agensi
Sumber: Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Bekalan Akhirat Saya.” Pemain Kedah Yang Juga Bapa 2 Anak Buka Kelas Mengaji Percuma
“Semua yang saya lakukan ini adalah sebagai ‘bekalan’ saya di akhirat nanti,” kata pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof, 30 yang menjadikan rumahnya di Tongkang Yard, Alor Setar sebagai tempat untuk mempelajari al-Quran secara percuma.
Menurut bapa kepada dua anak ini, tiada apa yang diharapkan selain berkongsi rezeki yang diperoleh ke jalan yang diredhai Allah. Bukan glamour yang dikejar tetapi cukuplah cara ini dapat membuatkan pahala terus mengalir.
Azmeer yang berkongsi hasratnya melalui akaun Facebook (FB) miliknya, mengajak golongan lelaki berusia bawah 40 tahun yang mahu belajar mengaji bersama.
Lebih 100 orang berminat
Menurutnya, sejak menaikkan status di FB baru-baru ini, dia menerima mesej daripada lebih 100 orang yang berminat untuk turut sama mengaji.
“Saya memang sudah lama menyimpan niat ini dan syukur apabila keluarga memberi sokongan.
“Saya akui pada zaman ini untuk membaca satu muka surat al-Quran sehari memang sukar dilakukan termasuk saya juga.
“Jadi, saya terpanggil untuk memulakannya dan mempelawa orang ramai ke rumah saya yang mana buat masa ini ada seorang ustaz mengajar,” katanya ketika dihubungi.
Turut sediakan barang keperluan untuk yang memerlukan
Selain golongan lelaki, Azmeer turut mendapat permintaan daripada wanita.
“Ada juga ustazah yang menghubungi saya dan bersedia untuk mengajar. Saya akan usahakan supaya lebih ramai dapat mengaji.
“Setakat ini, purata yang datang ke rumah setiap hari (bermula 9 hingga 11 pagi) untuk mengaji antara 15 ke 20 orang dan saya juga akan menambah tenaga pengajar (ustaz) jika perlu.
“Insya-Allah, selepas selesai kelas mengaji ini, saya bercadang menyediakan barang keperluan asas seperti beras, gula dan sebagainya di rumah saya ini yang terbuka untuk mereka memerlukan secara percuma,” katanya.
Buang persepsi negatif
Menurutnya, dia mahu membuktikan persepsi kebanyakan orang terhadap pemain bola sepak yang selalunya dipandang serong adalah salah.
“Selalunya, orang beranggapan pemain bola sepak ini tak baik, ‘kaki perempuan’ dan banyak lagi anggapan negatif, namun dengan usaha ini saya harap dapat membuka mata semua.
“Paling penting tujuan utama saya adalah untuk bekalan di kemudian hari kerana pada usia sekarang saya miliki semuanya, Allah beri saya rezeki dan kesenangan.
“Saya selalu menganggap kesenangan ini adalah ujian Allah untuk saya dan apa yang perlu saya buat untuk membalas semula rezeki yang Allah bagi,” katanya.
Semalam, dilaporkan Azmeer memuat naik status menjadikan rumahnya sebagai lokasi belajar mengaji dan dia menawarkan kepada sesiapa yang berminat boleh menghubunginya.
Sumber: Metro & Ig Azmeer Yusof
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Tersalah Aliff! Dua Aliff Ini Sayang & Setia Pada Isteri Dan Anak-Anak Mereka
Gara-gara viralnya gambar pelakon yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz yang ‘kantoi’ kali ketiga bersama wanita lain di media sosial semalam, ramai netizen mula mencari gerangan Aliff. Namun masih ada lagi yang tersilap ‘Aliff’ dan mula melakukan serangan/kecaman di media sosial Aliff Satar dan Juga Aliff Syukri.
Setiap kali Aliff Aziz terkantoi dan viral media sosial, yang menjadi mangsa serangan di instagram pastinya Aliff Satar dan juga Dato Aliff Syukri kerana kedua-dua ini juga merupakan selebriti yang terkenal.
Alif Satar dan Aliff Syukri memang terkenal dengan sikap “Family Man” mereka, kemana sahaja pasti bersama isteri dan di setiap posting Instagram mereka pasti menghargai isteri dan anak-anak. Boleh dikatakan anak dan isteri pasti ada 24jam bersama-sama.
Akibat terkena tempias perbuatan curang Aliff Aziz dengan isterinya Bella Astilah, Alif Satar & Aliff Syukri memuatnaik gambar posting seolah muak dengan sindiran Netizen dan berharap agar tidak ada lagi yang keliru.
DI INSTAGRAM DATO ALIFF SYUKRI
korang tau beza tak org ye?? tolong jgn salah komen kat page org lain
disebb ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua.. jom saya ajar ini perbezaan sya dan aliff aziz… cuba tengok gambar betol2 kan berbeza hidung,gigi, mata smuaa …. saya buat video kerana penat dengan cacian dan makian natizen setiap kali posting saya… hmm doakan baik2 utk beliau… .
tag kawan korang yg selalu confius
Rata-rata Netizen memenuhi ruangan komen di instagram Dato Aliff Syukri. Mereka terhibur dengan video yang dimuatnaik di instagram Aliff Syukri.
Dato Memang Win
Kerana Seorang Aliff
Dah 4 Musim Kena Kecam
DI INSTAGRAM ALIF SATAR
Mungkin sudah penat menjelaskan kekeliruan, Alif Satar hanya mampu memuatnaik sekeping gambar yang memberi seribu makna.
Tabah je Bro
2 Alif viral minggu ini
Samalah kita mat
“Saya kuat kerana adanya wanita hebat ini” walaupun Dato Aliff Syukri seorang jutawan namun dia tetap setia bersama anak-anak dan isteri.
Alif Satar tidak pernah lekang mengucapkan “I love You” di setiap gambar bersama isteri
Dato Aliff Syukri juga meminta agar semua mendoakan yang baik-baik untuk Aliff Aziz. Apa pun kita doakan yang terbaik di bulan yang baik agar ada pengakhiran yang baik-baik buat Bella Astilah dan juga Aliff Aziz.
Sumber: Aliff Syukri, Alif Satar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI