Anak sulung ni biasanya jadi anak untuk kita jadikan harapan terutamanya jika ada adik-adik. Biasanya kita tak menang tangan nak uruskan semua, jadi dia lah yang banyak membantu kita. Kadang-kadang tak perlu disuruh pun, dia sendiri tahu tanggung jawabnya dan sibuk bertanya kalau ada apa-apa yang boleh dia bantu.
Bukanlah bermaksud kita tak sayangkan anak-anak yang lain, tetapi dari anak sulunglah banyak perkara yang kita pelajari. Salah satunya bagaimana cara memikul tanggung jawab menjadi ibu ayah. Anak sulung biasanya suka bercerita dan berkongsi dengan ibu ayah serta adik-adiknya.
Pada awalnya ketika kita mendukung mereka buat kali pertama, air mata jatuh (tak kiralah si ibu ataupun ayah), kerana mereka merubah status kita dan menjadi satu amanah terbesar untuk dijaga sebaiknya. Sebab itulah, anak sulung menjadi kesayangan.
Kita tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak, tetapi si sulung biasanya mempunyai aura yang lebih sikit berbanding adiknya yang lain.
Ketika mereka mendapat adik, mungkin terbit rasa terpinggir atau ibu ayahnya sudah tidak peduli akan dirinya lagi. Ibu ayah tidak perlu risau kerana rasa itu hanya sementara jika anda juga melibatkan si abang atau kakak sulung untuk sama-sama menguruskan adik-adiknya. Seperti mana ibu dan ayah sayangkan anak, begitu jugalah anak sulung akan mencintai adik-adiknya yang lain.
KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang pernuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Ads
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
Anak sulung mungkin tegas atau kuat membebel berbanding anak yang lain (biasanya anak perempuan). Anak lelaki sulung pula biasanya lebih cool dan bersahaja. Walaupun begitu, jangan sesekali diusik adik-adiknya. Menjadi anak sulung mengajar mereka untuk sentiasa menjaga dan melindungi adik-adik.
Perkara pertama yang kita ajarkan kepada anak sulung sebaik sahaja mereka mendapat adik biasanya untuk sayangkan adik. Kena jaga adik. Itulah yang menjadi pegangan mereka dan membuatkan mereka menjaga adik-adik pada setiap masa.
Ads
Sekiranya mereka bersekolah atau ditinggalkan di rumah pengasuh yang sama, pasti abang atau kakak sulung akan menjadi ‘tukang report‘. Itu menunjukkan mereka mengambil berat tentang adiknya dan sentiasa memerhatikan mereka ketika ibu ayah tiada bersama.
Sesungguhnya anak sulung ini adalah anugerah paling indah pertama buat ibu ayah. Anak sulung mempunyai hati yang sensitif tetapi sangat mementingkan kebajikan keluarganya. Mempunyai anak sulung perempuan atau lelaki mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sesungguhnya anak sulunglah yang menjadi penawar suka duka ibu dan ayah.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Duit raya yang dikumpulkan anak ketika beraya ini apa kata mak ayah laburkan mengikut cara baru. Bukan menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan dengan mengumpul emas.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @zilazakaria yang berkongsi cara menyimpan dana untuk pendidikan anak-anak ini memang superb.
Hanya kumpulkan sahaja emas bar 1gm atau lebih dan jadikan simpanan sebanyak 100gm untuk masa depan anak. Superb!
Tip simpan 100gm emas untuk dana pendidikan anak-anak.
Sangat beruntung anak anak yang mulakan simpanan emas di usia masih muda.
* Buka akaun emas
* Simpan 1g sebulan
* 8 tahun 4 bulan cukup 100gm
* 100gm = RM28,000 (nilai hari ini)
8 tahun akan datang nilai emas akan lebih berganda.
Jadi wanita tak semudah yang kita fikir. Mentang-mentang memori wanita ni besar kita ingat dia boleh ingat semua perkara. Cemerkap mereka bukan sengaja di buat tau, ia tak sengaja dan tak boleh di bendung.
Sebelum baca perkongsian Tuan Aiman Amri, terapis psikologi, saya selalu rasa cemerkap isteri sangat menjengkelkan. Paip air lupa tutup, bag lupa zip, pintu kereta tak tutup, dan perkara remeh temeh yang lain.
Pernah juga sekali tercakap CUAI!
Menyesal pulak cakap macam tu. Bila di fikir-fikir balik kata-kata tuan aiman, sebenarnya saya lah punca isteri jadi cuai.
Dia jadi macam tu sebab saya biarkan dia fikir segala tugas di rumah seorang diri. Saya biarkan beban mengurus anak-anak daripada makan, susu, pakaian sehingga anak tidur di bahu dia seorang.
Saya buat silap sebab tak bantu meringankan beban fikiran dia !
Bila isteri minta pendapat saya abaikan, isteri tanya saya jawab asal boleh,
“Abg hari ni nak makan apa?”, Saya mesti jawab ikut syglah nak makan apa.
“Abg, nanti sekolah rania ada buat jamuan makan, kita nak bagi sumbangan apa?”, Saya jawab senang je, syg bagi je apa-apa.
Akibat dari jawapan acuh tak acuh ini, 200 juta sel corpus callosum iaitu tisu yang menyambungkan otak kiri dan kanan isteri menjadi semakin ligat bergerak laju dari kiri ke kanan.
Selagi tak makan selagi itu otak dia ligat berfikir. Nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.
Cuba sebut laju-laju guna mulut, macam tu lah yang berlaku di otak mereka, tapi 10 kali ganda lebih laju. Mesti memenatkan !
Bila dah penat faham-faham je lah. Mudah terlupa, mudah buat silap. Tak produktif dan sangat perlukan rehat.
Sebab itu kalau kita perasan, isteri kat rumah kalau nak berehat mereka mesti tidur. Sedangkan kita orang lelaki tengok tv pun dah cukup memadai untuk berehat. Isteri kita tak boleh, selagi minda tak ditidurkan selagi itu mereka tak berehat.
Uish.. memang penat kalau dapat otak macam wanita ni.
Tuan tuan, Lepas ni kalau nampak isteri kelam kabut atau cemerkap tu jangan terus marah atau merungut, bawa bertenang.
Kita memang nampak silap mereka tu macam remeh sangat tapi sebenarnya dalam fikiran mereka ada berpuluh perkara serius yang mereka fikir serentak.
Anak 2 hari tak berak, tidur malam meragam, perut kembung. Itu semua isteri yang fikir.
Percayalah setiap kali kita balik rumah tengok keadaan semua terkawal dan tenang itu ada 1001 cerita yang kita tak tahu.
Jadi kalau nak hidup kekal tenang dan tenteram kurangkan komplen hal-hal remeh ni. Bantu lagi bagus.
Selepas menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI), sebanyak 3 kali bermula November tahun lalu, pelakon dan pengacara, Yana Samsudin masih tidak berputus harap untuk mendapat zuriat keduanya.
Isteri kepada Fadzil Zahari ini mengakui rawatan kesuburan yang dilakukannya ini antara salah satu ikhtiar untuk mendapaykan cahaya mata dalam tempoh terdekat.
Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum ada rezeki untuk memberi adik kepada anaknya, Aisy Mateen walaupun belum menginjak usia dua tahun.
Menurut Yana yang kini berusia 34 tahun, dia dan suami mahu empat orang anak sebelum umur 40 tahun.
Kita sedia maklum bahawa bila kita mengandung pada usia yang lewat, banyak komplikasi yang datang,” katanya.
Bagaimanapun, Yana juga turut mengakui selepas dia mendedahkan rawatan kesuburan yang dilakukannya untuk mendapat zuriat kedua, ada juga netizen mengecam dengan melabelkan dia terburu-buru walaupun anak masih kecil.
Walaupun ada kecaman, saya ambil semuanya sebagai positif dan ada juga peminat turut mendoakan yang terbaik. Mana tau antara doa yang diberikan itu, akan ada dimakbulkan.
Yana juga turut menjelaskan ada sebab dia mahukan anak dalam tempoh yang terdekat kerana dia pernah membaca satu artikel psikologi tentang pembesaran anak-anak dalam satu fasa yang sama.
“Saya pernah baca satu artikel di mana anak-anak berusia empat tahun ke bawah mempunyai perkembangan fasa yang sama. Di mana kalau kita tak cukup tidur pun, ia hanya berlaku sehingga mereka berusia empat tahun.
“Sebab itu kalau boleh jarak usia anak kedua dengan Mateen tidak jauh berbeza.
“Kita sebagai wanita bekerjaya kena rancang semua itu. Sebenarnya anak-anak yang lahir rapat ini lagi senang nak jaga,” jelasnya.
Sumber: Sinar Harian & ig Yana Samsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.