Anak Susah Makan Nasi. Buat Bebola Nasi Dan Isi Ayam Pasti Membuka Selera Si Manja

Share

Anak susah makan nasi memang membuatkan ibu pening nak memujuk. Bila disuap anak keluarkan semula. Jika dibiarkan makan sendiri memang tak masuk ke mulut tapi yang penuhnya di lantai.

Kadang tu asal nampak nasi, cepat-cepat di tolak ke tepi. Ok siapa ada anak yang macam ni? Sebenarnya nak marah, geram pun tak semestinya berjaya pujuk anak. Cuma ibu cubalah berkreativiti sekali-sekala.

Apa kata ibu cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Fatin Izzati untuk menu anaknya. Mana tahu anak suka kan.

Asal nampak nasi, tolak tepi ? Siapa ada anak macam ni. Ahmad lah tu salah sorang nya. Dia sangat “Mee Type” punya orang. Kalau mee, bukan main laju lagi makan.

Jadi harini saya buat trick sikit dengan olah nasi menjadi “NUGGET RICE BALL WITH LOVE”. Alhamdulillah penerimaan baik oleh Ahmad.

Resepi ini TANPA garam ya.

Chicken Rice Nugget :
1 piring nasi
Isi ayam (ikut selera, lagi banyak lagi ummmph
1/2 batang carrot
1 biji kentang
Tambahan : boleh letak daun sup atau jenis sayur lain ikut kegemaran

Untuk Goreng :
Telur
Nestum
Tepung Gandum

Cara-cara :
1. Kisar isi ayam sampai lumat, sambil tu kita rebus kentang dan carrot.


2. Bila dah empuk kentang dan carrot, boleh lenyek dulu atau kisarkan sekali dengan isi ayam dan nasi.


3. Bila dah jadi doh, boleh bentukkan mengikut kesukaan. Tapi saya tak ada acuan, jadi saya buat bulat ajerrr.

4. Kemudian kalau nak dijadikan stock boleh kukus dulu dan simpan dalam freezer.
5. Atau golekkan atas telur kemudian nestum dan tepung.
6. Seterusnya goreng, dan boleh dimakan terus panas-panas.

Rasa dia bila dimakan panas-panas, cicah pulak dengan sos kimball (untuk parentnya sahaja ya). Melompat ! Bukan Ahmad je berselera, abuya dia pun tumpang sekaki.

Ahmad sekarang umur 1 tahun 2 bulan. Resepi ni sesuai untuk anak yang dah ada gigi.

Sumber: Fatin Izzati

 

Published by
Wan Amy