Anak Susah Makan Sayur Boleh Buatkan Spinach Omelette Rolls, Memang Superb Sedap!

Share

Ramai ibu bapa yang mengadu anak tak suka makan sayur. Mama kena lebih kreatif dalam menyediakan hidangan untuk anak-anak supaya lengkap nutrisinya. Apa kata mama sediakan spinach omelette rolls.

*SPINACH OMELETTE ROLLS*

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil serbuk ayam
  • 1/2 sudu kecil serbuk jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk labu
  • Sayur bayam
  • Minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

  • Satukan telur, serbuk ayam, serbuk jagung dan serbuk labu dalam mangkuk. Pukul adunan telur hingga sebati.
  • Panaskan non-stick pan. Masukkan sedikit minyak. Tuang adunan telur.
  • Susunkan sayur bayam atas adunan telur. Gulungkan telur. Masak hingga keperangan.
  • Sedia dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi sebagai sumber protein.

Kredit: adwaNomnom azkitchen

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)


Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Published by
NuFa