Waktu tidur memainkan peranan penting bagi perkembangan otak kanak-kanak. Tidur yang cukup akan memastikan otak dan tubuh kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik.
Bahkan, kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi utama kanak-kanak bersekolah. Namun yang menjadi kekangannya, ada segelintir kanak-kanak sukar untuk tidur awal.
Kadang-kadang jam 10 malam masih seronok bermain dan menonton televisyen. Puas disuruh tidur awal, tetap tak mahu hingga mengamuk pula. Lama-kelamaan ibu bapa pun terpaksa mengikut rentak anak dan ini yang menyebabkan anak tak dapat tidur yang mencukupi.
Bagi memastikan ibu bapa menghadapi cabaran ini, sebenarnya ada teknik yang boleh membantu anak “padam” dan bersedia secara mental untuk tidur. Teknik Grounding/Earthing dikatakan sangat sesuai untuk anak yang sukar tidur awal.
ANAK SUSAH TIDUR MALAM BUAT TEKNIK GROUNDING/EARTHING
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok @hazirah.zaini dengan mendapat lebih dari 200 ribu tontonan, dia berkongsikan tips untuk ibu bapa pastikan anak-anak dapat tidur sebelum jam 10 malam.
@hazirah.zainiBila orang pandang pelik kenapa berkaki ayam kat public 😅 tp tak ramai tahu bagus dr segi sains ##KnowWithZira ##LearnOnTiktok ##TiktokGuru♬ Terlukis Indah – Rizky Febian & Ziva Magnolya
Teknik yang dikongsikan ini adalah yang paling mudah berikutan ramai ibu bapa bertanya bagaimana cara untuk pastikan anak tidur awal hingga memaksa juga ibu bapa berjaga sehingga tak dapat rehat yang cukup.
Antaranya dengan menggunakan teknik grounding atau earthing iaitu membiasakan anak memijak tanah. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membiasakan anak-anak tak pakai kasut ketika berada di taman permainan. Inilah yang diguna pakai dalam teknik Earthing ini apabila membiasakan anak-anak memijak rumput/ alam.
2. Buat dalam 30 minit setiap hari. Dapat turunkan hormon stress iaitu cortisol dalam badan. Jadi, anak mudah tidur pada waktu malam sebab paras hormon dah turun.
3. Bawa anak keluar pada waktu pagi iaitu sebelum 9 pagi, sebab boleh hasilkan melatonin (hormon tidur) semasa kulit terdedah kepada UV dari cahaya matahari pagi.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga digalakkan untuk menggunakan cara ini apabila susah tidur malam. Beliau juga menambah jika ibu bapa risaukan anak-anak tidak memakai kasut dan kotor, anda boleh bawa ke kawasan rumput yang bersih dan lebih baik jika ada halaman rumah sendiri.
Bagi anda yang mempunyai anak-anak masalah ekzema juga amatlah digalakkan untuk buat teknik grounding/ earthing ini bagi melepaskan hormon cortisol gara-gara terperangkap di dalam rumah. Hal ini kerana, anak-anak yang terperap di dalam rumah akan menunjukkan petanda stres dan ini cara untuk caj semula badan.
Jadi bagi yang ada peluang, bawalah anak mendekati alam kerana ini salah satu terapi yang terbaik buat anak-anak kita yang sedang membesar berbanding diberikan gajet untuk duduk diam.
Kredit: Tiktok @hazirah.zaini
Mama jom rileks jap, klik link ni!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)