Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan, Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa!

Share

“Hmm sedapnya susu hari ni, tak pernah rasa pula sebelum ni. Nak lagi lah!” Suara hati bayi yang menyusu susu ibu. Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak.

Begitulah anak yang minum susu ibu. Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu, bukan saja memiliki nutrisi terbaik untuk bayi namun memberi kepelbagaian rasa terhadap susu ibu walaupun si bayi belum pun memulakan makanan pertamanya.

Sekiranya pemberian makanan tambahan kepada bayi di mulakan dengan baik dan betul, bayi yang menyusui tidak mudah menjadi “picky eater” kerana mereka sudah pun mendapat “rasa” makanan tersebut melalui proses penyusuan pada tempoh 0-6 bulan tersebut.

Ramai yang kerap bertanya, makanan apa yang buat anak angin?

“Angin” yang dimaksudkan di sini adalah gas yang terbentuk di dalam usus bayi akibat dari mungkin pencernaan yang kurang baik.

Contohnya:
Ibu minum dan makanan dari produk tenusu seperti keju dan susu dalam kuantiti sedang atau banyak. Cheese cake 2 keping, strawberry milk shake ditambah pula dengan pengambilan susu kerana di momokkan dapat meningkatkan produksi susu.

Susu ibu mungkin akan naik secara tiba-tiba kerana pengaruh oksitosin dari rasa gembira dapat makan cheese cake 2 keping kegemaran sambil dapat “me time”.

Produk tenusu memilik kandungan laktose yang tinggi. Susu ibu juga ada laktose. Mungkin pada malam itu kandungan laktose lebih tinggi sedikit dari biasanya. Bayi menyusu dengan sangat rakus kerana sedapnya cheese cake tadi.

Apabila bayi sedang mencerna susu ibu tersebut, susu itu memiliki kandungan laktosa yang lebih tinggi sehingga ia memerlukan masa yang lebih lama untuk di hadam.

Tempoh masa yang lebih lama di dalam usus bayi itu melalui proses fermentasi oleh mikrororganisma di dalan usus terhadap laktosa di dalam usus dan menghasilkan lebih banyak gas. Gas hasil dari fermentasi. Yah, itulah anginnya yang buat anak kembung itu.

Bayi yang mengalami isu reflux dan lactose intolarance selalunya dinasihati ibunya untuk mengurangkan pengambilan makanan dari asas tenusu.

Begitu juga dengan cili. Cili mengandungi capsaisin yang boleh menyebabkan cirit sekiranya di ambil dalam kuantiti yang banyak.

Maka bersederhanalah dalam memilih makanan dan makan. Sebaik apa pun makanan itu, sekiranya di ambil dalam kuantiti yang banyak, akan membawa kemudaratan.


Angin tidak dipindahkan dari dalam payudara ke dalam susu. Kalau ada angin betul-betul, ibu tersebut sudah mengalami “trombosis” (ketulan darah) di sana sini akibat dari angin yang berlegar-legar di dalam tubuh.

Jadi makan apa pun besederhanalah ya. Bukan sahaja anak kembung nanti, kita pun boleh cirit kalau makan banyak sangat.

Kredit: Dr Nurhaya Yacob
Hari ni susu you all rasa apa tu..

Nak tahu lanjut mengenai e-WORKSHOP ni layari http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy