Doa seorang ibu adalah kekuatan buat anaknya. Apa sekalipun yang berlaku, setiap ibu pasti harapkan yang terbaik dan nak lihat si anak membesar dengan sihat. Walaupun diberi ujian, siapa kita untuk menolak takdir Allah.
Seperti perkongsian seorang ibu yang dianugerahkan anak syurga, ujian ini menambahkan lagi kasih sayangnya buat Khadejah. Melihatkan Khadejah yang dilahirkan dengan masalah hidrocephalus dan hanya mampu terbaring, semua itu tak buatkan ibu ini terus bersedih.
Khadejah pandai mengengsot dah..tadi ibu tinggal pergi bancuh susu sat..letak dia elok ja atas bantal..dia melurut bawah dah..siap ibu datang dekat dia babai ibu dengan kaki dia..angkat-angkat kaki.
Lama dah dia dok bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dah pernah tersembam muka dua kali dah kat mozek..letak atas tilam tak tau macam mana telangkup kepala atas lantai. MasyaAllah rasa terketar satu badan.
Hari itu letak atas katil pergi kemas barang niaga. Masuk bilik tengok kaki dah terjuntai dah dua-dua. Dia menggeliat badan dia itu yang beralih tempat. MasyaAllah anak ibu..kuat dia❤️
Ibu bahagia sangat walaupon ada perubahan sekecil-kecil perubahan pun dari Khadejah. Papa dia selalu usik dia buat-buat menangis. Lepas tu dia pun ikut sekali menangis.
Dengar suara ibu terus bergerak badan dia. Dia tahu tu ibu..menangis panggil mak..mak..bunyi dah sikit sekarang ni.. masyaAllah.
Khadejah baby hidrocephalus, ada masalah air dalam kepala. Keseluruhan dalam kepala dia hanya lebihan air. Kandungan otak terlalu sikit. Dia memang less respond. Sebab itu kadang-kadang bila dia tahu takut bunyi bising hujan, dia menangis takut.
Lagi satu dia takut gelap. Kami tidur memang buka lampu sebab Khadejah tak boleh tidur dalam gelap. Dia cam suara ibu..semua ni buat kami suami isteri excited sangat-sangat, happy sangat. Maksudnya Khadejah faham..faham persekitaran.. MasyaAllah ❤️
Sampai hari ini ibu masih yakin yang Khadejah akan sihat, Khadejah boleh jalan, boleh cakap dan boleh makan. Boleh lari laju-laju macam ibu dulu. Ibu olahragawati dulu. Kuat lari, anak ibu mesti boleh. Ibu yakin nanti akan datang bidang perubatan kita akan lebih canggih dan Aanak ibu akan sihat..Ibu yakin..
Kredit: FB Cikyah Van Der Woodsen
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)