Satu kebanggaan pastinya buat mak ayah bila mana melihat perkembangan anak istimewa mereka yang semakin hari semakin baik perkembangannya.
Video yang dimuat naik oleh doktor selebriti Dr Say Shazril yang mempunyai seorang anak autisme mengundang hiba orang ramai.
Mana tidaknya, melalui video yang dikongsikan olehnya, Dr Say dilihat bergenang air mata dan sebak sebaik anak istimewanya, Ace berjaya menyebut namanya dan isteri dengan baik.
Akui Dr Say menerusi videonya, dia dan isteri tidak pernah mengajar anak kesayangannya itu untuk menyebut namanya apatah lagi namanya yang agak sukar untuk disebut.
Namun tanpa disangka Ace berjaya menyebut kedua nama ibu dan ayahnya dengan pantas ketika ditanya oleh gurunya.
“Terduduk saya dan wife bila dia sebut nama kami tadi sebab kami tak pernah ajar dia nama penuh kami.
“Selalu kami gelarkan diri kami daddy & mommy ja so bila dia sebut Sazril & Azura, auto berjurai kami peeps.
“Thank u Allah, thank u school, thank u everyone yang sentiasa mendoakan kemajuan Ace,” tulisnya di kapsyen.
Bapa kepada dua cahaya mata lelaki ini nyata sebak dan menitiskan airmata sebaik mendengar jawapan dari Ace. Satu perkembangan yang baik buat anak kecil ini.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Dr Say di Instagramnya turut sama tersentuh hati dengan perkongsian video Dr Say malah turut berbangga dengan pencapaian Ace yang kini semakin baik. Tahniah Ace!
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pahala Solat Mungkin Tak Sempurna, Asbab Sabar Mendidik Anak Tiket Kita Ke Syurga
Alam keibubapaan adalah alam ibadah. Di alam itu, kita teruji dengan pelbagai cara dalam mendidik seorang manusia.
Dari pagi sehinggalah muncul pagi esoknya. Semuanya adalah ibadah, jika diniat kerana Allah.
Jangan kecewa. Jangan sedih. Jika tak mampu bertilawah sebanyak dulu, tak mampu solat sunat sekerap dulu, tak mampu melakukan ibadah seorang diri selama dulu.
Sedarlah, alam ibadah kita sudah menjadi berbeza sejak kita menerima kehadiran anak.
Dan alam keibubapaan terselit jutaan ganjaran kita hadapinya dengan iman dan sabar.
Apatah lagi sekiranya kita dianugerah anak yang istimewa. Maha hebat ujiannya.
Anak akan jadi ibadah kita dan ladang pahala kita. Cara yang paling banyak kita nak dapat ganjaran ketika jadi ibu bapa adalah BERSABAR DENGAN TELATAH ANAK.
Ya, ibu bapa pasti tahu kehidupan bersama anak. Terlalu banyak saat di mana memerlukan kesabaran dan kelapangan hati.
Sabar bila tak cukup tidur.
Sabar bila menyantuni anak istimewa.
Sabar bila sakit badan menyusu.
Sabar bila kita meredah letih penat setelah pulang bekerja untuk melayan anak.
Sabar bila kita kena utamakan keperluan anak dulu lebih dari kita sendiri.
Sabar bila berulang membersihkan kotoran dan sepahan yang dilakukan oleh anak kecil.
Sabar bila nak hadapi anak merengek, meragam dan menangis.
Sabar bila kurang masa untuk bersendiri.
Sabar bila melayan permintaan anak kecil.
Sabar bila anak berkepit di kala kita nak melakukan sesuatu.
Sabar bila kita tak boleh nak rehat walaupun kita tak sihat.
Sabar bila marah mahu menyelubungi perasaan.
Sabar bila rasa nak tinggikan suara atau gunakan kekerasan.
Dan banyak lagi.
Yakinlah.
Semuanya tiada sia-sia.
Semuanya ibadah.
Niat kerana Allah, dan ikhlaskan hati.
Kita tak tahu, mungkin dengan asbab kita sabar berkorban berjaga malam lah ,kita dimasukkan ke syurga.
Mungkin asbab kita sabar menahan letih bekerja demi melayan dan bermain dengan anaklah, kita dialukan ke syurga.
Sebab mungkin pahala solat kita tak sempurna, pahala puasa kita, pahala sedekah kita tak lengkap.
Rupanya Pahala SABAR lah yang bawa kita ke syurga. MasyaAllah.
Firman Allah dalam Quran.
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”. Surah Az Zumar, ayat 10
Tengok, Allah beri kita pahala kalau kita sabar, Allah ganjarkan sampai tak terkira. Betapa besarnya.
Jadi, jom ibu bapa mohonlah keluasan kesabaran serta kasih sayang untuk kita menuai pahala dari alam keibubapaan kita yang hanya akan berakhir bila kita dah ditarik nyawa.
Berdoalah kepada Allah untuk menjadi ibu bapa yang soleh sebelum kita meminta anak yang soleh.
Lagi untung, bila kita dah mati, ladang pahala masih berbunga dan berbuah lebat untuk kita disebabkan doa anak-anak kita yang soleh yang tidak melupakan ibu bapanya yang telah tiada.
Anak soleh saham kubur dan akhirat kita. MasyaAllah. Ya Allah, jadikanlah kami ibu bapa yang bertaqwa agar kami dikurniakan anak-anak yang bertaqwa. Amin.
Sumber: Wan Nur Syakira
Ibu yang berusaha untuk ikhlas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Maut Selepas Memasukkan Wayar Pengecas Telefon Dalam Mulut. Padah Ditinggalkan Ibu Di Ruang Tamu
Seorang bayi meninggal dunia selepas dilapor memasukkan wayar pengecas telefon pintar yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya.
Dalam kejadian di Jahangirabad, India itu, bayi itu dipercayai ditinggal sendirian oleh ibunya di ruang tamu kediaman datuknya sebaik saja tiba di rumah tersebut.
Menurut laporan berita thesun.co.uk, ibu bayi itu terlupa menutup suis pengecas telefon pintar miliknya.
Susulan kejadian, bayi itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Setibanya di hospital, bayi malang itu disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas jantina dan usia bayi tersebut.
Sumber: Astro Awani
Kejadian seperti ini pernah belaku di Amerika Syarikat. Sila ambil iktibar!
Pada 28 september 2017, satu kejadian buruk telah menimpa seorang bayi perempuan berusia 19 bulan di Amerika. Bibir bayi tersebut telah melecur teruk di bahagian kiri gara-gara mengigit wayar caj telefon yang masih terpasang.
Bukan melecur sahaja, malah banyak lagi bahaya lain yang berpunca dari arus elektrik pengecas telefon ini.
Antaranya:
- Boleh menjadi punca kebakaran
- Terkena renjatan elektrik tinggi
- Melecur & Terbakar Kulit
- Peranti boleh meletup
- Boleh bawa maut
- Ya boleh bawa maut, dah banyak kes maut yang melibatkan pengecas telefon ini.
Ramai orang salah anggap, mereka sangka voltan rendah seperti 5-12 Volt dari pengecas telefon tidak mungkin bawa maut, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.
0.5 Ampere arus elektrik jika mengalir pada jantung dah boleh membawa maut. 10 kali ganda lebih rendah dari arus yang keluar dari pengecas telefon.
Ibarat jika anak kita mengigit wayar pengecas telefon yang sedang terpasang risiko maut adalah 10 kali ganda lebih tinggi.
Tolonglah beringat mak ayah sekalian..
- Jauhkan segala soket, wayar atau sebarang perkakasan yang ada arus elektrik daripada boleh di capai oleh anak kecil.
- Simpan atau sorok soket pengecas telefon daripada di lihat oleh anak-anak semasa mengunakannya.
- Pastikan suis soket sudah di tutup selepas digunakan. Sebaiknya lepas guna cabut wayar pengecas tersebut dan simpan dalam laci.
- Gunakan pengecas yang tulen kerana yang tulen kurang berisiko untuk rosak dan ada kebocoran arus elektrik.
- Jangan cas telefon semasa mahu tidur atau ditinggalkan. Di khuatiri terlebih cas dan boleh sebabkan kerosakan pada soket dan telefon.
- Powerbank pun sama, jangan biar anak jilat atau gigit walaupun kuasa dah tinggal 0 peratus kerana masih ada sedikit arus elektrik. Mungkin lebih 0.5 ampere yang tertinggal.
- Jika anak dah besar boleh ajar tips bahaya dan keselamatan menggunakan perkakasan elektrik di rumah. Tetapi dengan pantauan orang tua.
- Elektrik jangan buat main-main. Hanya 1-2 saat sahaja dah boleh membawa maut jika terkena. Terlalu pantas kesan elektrik ni.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jealous Tengok Kau Ada Anak-Anak, Tapi Aku Masih Berdua” Ada Atau Tak Ada Anak Ujiannya Tetap Ada, Be Positive!
Suami isteri mana yang berkahwin tidak mahukan zuriat sendiri. Soalnya bukan tidak mahu, cuma masih belum dikurniakan rezeki dari Allah. Masanya mungkin belum tiba. Satu hal yang mama papa kena tahu, dikurniakan rezeki anak bukan pelengkap kehidupan. Dugaan tetap ada, sama seperti pasangan yang belum dikurniakan anak.
Perkongsian hebat daripada ayah penyayang, Dr Syahr Musafir ini memang deep. Mama dan papa kena buka mata. Bersyukur bila Allah kurniakan kita rezeki untuk punya anak. Jaga amanah Allah yang satu ini. Bagi yang masih belum dikurniakan anak, sabar kerana pasti akan tiba masanya. Enjoy your life..
“Tolong doakan aku, aku jealous tengok kau ada anak-anak, padahal kita kahwin sama bulan sama tahun, tapi aku masih berdua, kau dah berenam. Jealous wey, in a positive way la. Bukan jealous yang sihir tu.. Hahah,” ungkap rakan baik saya.
Memang benar kami kahwin beza haribulan saja. Dia kahwin 6 hari lebih awal daripada saya, kini berdua dengan isteri tercinta belum dikurniai cahaya mata manakala saya mempunyai 4 orang anak.
Saya sensitif bab ni, dan biasanya saya tak jawab apa-apa pun bab ni selain ayat cliche “InsyaAllah, aku doakan.” Tetapi entah kenapa, dengan dia ini saya mahu sembang panjang.
Sembang panjang ye, bukan sembang kencang dan bukan sembang kencing ?
“Tak ada sebab kau nak jealous aku. Kau tahu aku jealous dengan kau kan…” jawab saya, selamba.
“Jealous amende kau kat aku. Aku bukan ada apa pun,” jawabnya, lebih selamba.
“Dengar ni, aku bagi 3 sebab aku jealous dengan kau;
Pertama, orang yang suka travelling macam kau ni memang Allah beri peluang travel dengan isteri lama-lama dan banyak-banyak sikit. Sesuailah perancangan Allah, Dia bagi kau pergi situ sini ikut kemahuan kau terlebih dulu.
Kau tengok aku, mana ada pergi travel banyak. Sikit-sikit je, tu pun atas faktor kerjaya, keluarga dan seumpamanya. Kalau nak pergi saja-saja atau holiday, kena fikir 10 kali baru boleh pergi. Susah tau nak travel dengan 4 orang anak yang masih kecil ni.
Dengan bekalan lampinnya termasuklah wet tissues, baju spare, set nak buat susu guna air panas dan sebagainya, kena consider masa dan tempat untuk anak-anak main, berlari dan sebagainya sepanjang perjalanan, you cannot expect perjalanan 5 jam akan jadi betul-betul 5 jam kalau travel dengan anak-anak kecil, tu belum cerita pasal kos lagi, tiket penerbangan tu kena fikir, bilik nak kena ada katil tambahan, bla bla bla. Elok dan molek kau yang kaki travel ni Allah susun sebegini. Heheh…
Kedua, walaupun belum ada anak kau tak adalah stress sangat, dikelilingi keluarga dan orang positif yang baik-baik pun satu nikmat besar. Disebabkan inilah kau boleh fokus kerjaya dan seumpamanya.
Kau boleh develop kerjaya, fokus betul-betul, banyak beza nak compare dengan aku ni. Nak kerja overtime pun fikir nak luang masa dengan anak-anak. Kalau cuti memang aku tak fikir pasal kerja dah sebab nak urus keluarga. Nak aktif di media sosial pun kena fikir banyak kali sebab kekangan nak luang masa berkualiti dengan anak-anak. Kau boleh buat semua ini tanpa fikir hal lain sangat.
Boleh kerja kuat-kuat, simpan duit, bina jawatan dan reputasi hebat. Nanti tiba masa dapat anak, semuanya sudah tersedia. Kau relax je. Duit pun dah ada.
Macam aku sekarang ni, ada jemputan ceramah di luar pun aku tak pergi walaupun ada bayaran yang tinggi kerana fikirkan urusan di rumah, nak kena urus anak sekolah, nak spend masa dengan anak-anak, bla bla bla. Kau pun tahu kan…
Jadi masa yang ada memang sesuai untuk kau develop kemampuan diri. Lagi pula orang sekeliling pun baik-baik walaupun tidaklah baik gilerrr. Sekurang-kurangnya positif.
Ketiga, aku nak sebut pasal hubungan suami isteri. Aku tak couple sebelum nikah, jadi cinta kami berputik selepas ijab kabul. Lepas nikah barulah nak berkenalan sesama suami isteri. Kemudian dapat anak, proses perkenalan masih berjalan. Cumanya bercinta dalam keadaan sudah punya anak tidaklah semudah yang disangka.
Kalau bercinta berdua, lain situasinya. Kau pun sama macam aku tetapi prosesnya tak sama. Kau jaga dia, dia jaga kau. Pasangan yang ada anak ni nak kena jaga anak lagi. Usia ibu bapa muda ni memang banyak tak tahu daripada tahu. Proses nak berkenalan dengan pasangan dan nak bercinta bagai tidaklah terencat atau terhenti tetapi cabarannya berbeza. Kau ingat senang ke nak pujuk isteri merajuk dalam keadaan ada anak kecil yang merengek nak susu atau nak kena basuh berak? Hehehe…. Lebih kurang macam ni la, sebagai contoh, supaya kau boleh bayangkan.
Fuhhhh, panjang aku cerita…. Macam ceramah dah ni,” ulas saya panjang, selamba saja.
“Tiga je?” usik rakan baik saya ini.
Mengerutkan dahi, saya balas dengan jawapan, “Amboiiii. 3 ni pun mujur ada. Kau ingat mudah nak susun ayat nak cerita 3 poin ni? Susah tau. Dah la free tak berbayar… Heheh.”
“Ok, Ok,” jawabnya, ketawa.
“Bukan apa, kau dah berusaha tetapi Allah belum beri zuriat. Jadi tak apa. Aku tahu mudah untuk aku cakap tetapi lebih susah bagi kau yang merasai dan menghadapi. Tapi apa aku cakap ni ikhlas untuk kau terus semangat teruskan kehidupan. Kau dah usahakan dan doa, tetapi Allah belum bagi, bukan salah kau, bukan salah isteri kau. Dan bukan salah aku juga tau. Heheh,” jawab saya.
Masih menyambung, “Kau pun tahu aku dulu belum kerja belum berduit dah dapat anak. Kau ingat mudah nak urus? Masa tu kau seronok travel bawa isteri makan angin keliling Australia, aku dok kerah keringat jual burger di surau universiti untuk cari nafkah.
Tak punya anak adalah ujian, sudah punya anak pun ujian juga. Ujian berbeza bagi orang yang berbeza saja. Kalau semua orang hadapi ujian sama, bosanlah weyyyy….” panjang pula celoteh saya.
Dia mengangguk-angguk. Entah setuju atau tak dengan apa saya kata. Mungkin tak setuju tetapi angguk saja. Heheh…
Bab anak ni bab sensitif. Sangatlah sedikit pasangan yang bernikah yang tak mahukan anak. Hampir semua pasangan mahukan anak tetapi tak semua dikurniakan anak. Jadi perlu berhati-hati apabila berbicara topik ini.
Saya lebih memilih untuk tutup mulut saja. Kecuali dengan orang yang bertanyakan pendapat atau memang super-rapat barulah sembang. Selainnya, I just keep my mouth shut.
Kena ingat, tak ada anak itu ujian, ada anak pun ujian juga. Jangan banding-membanding, tak untung apa pun, bahkan bersengketa dan bersangka-sangka yang tak berbaloi untuk dirasa. Sama-samalah kita saling mendoakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI