Ada waktunya anak tidak selera untuk makan, lebih-lebih lagi selepas baik daripada demam. Baik nasi atau makanan kegemaran anak biasanya ditolak tepi mentah-mentah. Usahakan untuk anak kembali seleranya dengan menyediakan resipi yang berbeza dan unik.
Salah satu resipi istimewa yang boleh dicuba mama untuk hujung minggu ini adalah Golden Corndog. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Haslinda Sharuddin ini memang menyelerakan. Katanya resipi yang satu ini paling sesuai untuk jumlah anak yang ramai. Sekali makan anak dah kenyang. Jadi jom cuba buatkan pada anak untuk kembalikan selera mereka. Mana tahu menjadi.
Resepi Golden Corndog ni paling senang, paling cepat untuk mommy anak ramai ni.
Bahan-bahan:
Sosej
Roti
Mozarella cheese (block @ shredded )
Tepung gandum + air
Breadcrumbs (atau Cornflakes hancur pun boleh)
Lidi
Here we go!
Step 1 : Lenyekkan nipis-nipis, roti satu persatu. Kalau nak buat 10 cucuk, lenyek 10 keping roti naa.
Step 2 : Rebus sosej. Dah masak, tos dan bagi kering dan sejuk (rendam dalam air sejuk sekejap ) sosej tu. Kemudian cucuk guna lidi siap-siap satu persatu.
Step 3 : Letak Mozarella cheese penuh-penuh kat atas roti.( Mommy potong mozarella tu bentuk jejari. ) atau nk guna shredded mozarella pun boleh..lagi senang.
Step 4 : Letak sosej atas roti, dan gulung dengan lemah lembut cantik-cantik. Hujungnya lekat guna air je. Alaa..macam korang buat popia tu.
Step 5 : Bancuh tepung bersama air , buat pekat-pekat, jangan cair sangat. Sebab ni fungsinya nak bagi lekat kat breadcrumbs. Sapu bancuhan tepung tadi pada keliling roti. Lepas tu, golek atas breadcrumbs atau cornflakes hancur.
Step 6 : SIAP!
Dan frozenkan sekejap 1-2 jam. Baru goreng.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dah Boleh Makan, Pelan-pelan Kenalkan Pelbagai Makanan Baru Si Kecil Tak Memilih
Pejam celik kini usia bayi anda sudah menjangkau 6 bulan. Tibalah masanya untuk anda berikan makanan pejal pertama kepada si kecil tersayang. Mungkin tiada masalah untuk ibu yang punya ramai anak, namun untuk ibu bapa yang pertama kali pasti terbit sedikit rasa gementar. Persoalan makanan apa yang sesuai, bagaimana cara penyediaan dan sebagainya tentu ada bermain di akal fikiran. Ikuti kupasan lanjut dalam artikel di bawah.
Makanan bayi yang baik dan sihat adalah makanan yang anda buat sendiri dengan pemilihan daripada bahan-bahan yang segar dan semulajadi. Cara penyediaan dan juga cara penyimpanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan si kecil anda suka dengan makanan yang dibuat.
Bahan makanan yang sesuai
Pemilihan makanan yang segar dan semulajadi adalah penting kerana makanan untuk bayi haruslah daripada sumber yang terbaik. Sayur-sayuran serta buah-buahan adalah sumber makanan yang paling baik untuk anda berikan kepada si kecil.
Sebaiknya pilihlah sayur dan buah yang ditanam secara organik kerana ia bebas daripada risiko tercemarnya dengan racun serangga dan juga lebih segar. Hasil tanaman organik mungkin agak mahal dan susah untuk didapati, oleh itu anda juga boleh menggunakan sayur dan buah-buahan biasa tetapi pastikan makanan tersebut dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.
Peralatan untuk menyediakan makanan bayi
Peralatan yang akan anda gunakan untuk menyediakan makanan bayi anda haruslah yang betul-betul bersih. Anda dicadangkan tidak mencampurkan peralatan untuk penyediaan makanan bayi dengan peralatan yang lain supaya ia lebih terjamin bersih dan tidak melekat rasa yang ada pada peralatan lain. Antara peralatan yang perlu ada untuk menyediakan makanan bayi adalah:
- Pengisar
- Freezer bags
- Pisau atau alat pengupas buah
- Pengukus
- Bekas kecil atau bekas ais batu
- Periuk
- Papan pemotong
Sebagai makanan pertama, buah-buahan yang akan diberikan kepada anak anda perlulah dikupas kerana bimbang organ pencernaan bayi tidak dapat mencernanya dengan baik. Jangan lupa untuk mencucinya terlebih dahulu sebelum dikupas dan dipotong. Ia penting untuk memastikan bacteria pada kulit tidak akan bercampur dengan isi buah ketika anda memotong buah yang telah dikupas dan tidak dicuci.
Cara penyediaan makanan
Biasanya bayi berumur 6 bulan akan makan puri atau bubur yang dikisar halus. Kemudian mereka boleh diperkenalkan dengan makanan jejari (finger food) setelah berumur 9 bulan. Mereka sudah boleh diperkenalkan dengan makanan yang anda makan setelah umur mereka 1 tahun.
Sayuran dan buah-buahan yang akan dikisar menjadi puri sebaiknya direbus atau dikukus terlebih dahulu. Namun perlu anda ingat, semakin lama sayuran berada di dalam air, semakin banyak nutrisi yang hilang. Oleh itu, tunggulah hingga air mendidih sebelum anda memasukkan sayuran ke dalam periuk. Cara lain untuk lembutkan sayuran adalah dengan mengukus.
Jika anda menggunakan kaedah rebusan, jangan dibuang airnya, sebaliknya gunakan air tersebut untuk mengisar sayuran tadi. Dengan cara itu nutrisi daripada sayuran yang akan dimakan bayi anda tidak akan hilang begitu sahaja.
Sebagai makanan pertama bayi, puri yang dibuat perlulah dikisar halus dan cair supaya mudah untuk proses pencernaan si kecil yang sudah biasa dengan susu ibu atau susu formula sahaja. dari masa ke semasa anda boleh mula perkenalkan puri atau bubur yang agak pekat dan kental supaya mereka menjadi biasa.
Untuk membiasakan bayi makan apa yang anda makan, anda juga boleh menambahkan dengan sedikit ramuan yang Selamat seperti bawang putih, jintan dan halia ke dalam puri yang dibuat. Bahkan anda juga boleh mula perkenalkan minyak zaitun kepada si kecil secara berperingkat. Perlu anda ingat jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan anak anda yang berumur kurang dari 1 tahun!
Adik jom makan!
Pelbagaikan makanan yang anda beri kepada si kecil dengan cara memperkenalkan 1 jenis bahan sahaja selama 3 hari. selain membiasakan diri si kecil dengan rasa yang baru, ia juga penting untuk anda melihat kemungkinan si kecil alahan terhadap sesuatu makanan itu. Jika tidak suka dengan rasa tersebut dan tiada alahan yang dialami, jangan mudah putus asa teruskan memberi bahan tersebut sehingga 10 kali supaya mereka benar-benar serasi dengan rasa makanan tersebut.
Bayi yang sudah terbiasa menerima pelbagai rasa dalam makanan sudah boleh anda perkenalkan kepada hidangan lain yang menggabungkan lebih daripada 1 bahan. Selain itu, untuk rasa yang tidak terlalu asing pada makanan pertama bayi, adalah baik untuk anda menambah susu ibu atau susu formula ke dalam puri atau bubur yang anda sediakan. Bayi pasti lebih menyukainya kerana rasa yang sama dengan susu yang pernah mereka minum. Semakin bayi anda membesar, anda juga boleh menambahkan daging ayam yang dicincang dalam makanan mereka.
Cara menyimpan makanan bayi
Makanan yang anda buat boleh juga disimpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku. Anda boleh menggunakan bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas yang banyak dijual di pasaran kini. Bekas ais batu juga boleh anda gunakan tetapi setelah ia mengeras, alihkan ia ke dalam freezer bags dan simpan kembali ke dalam peti ais bahagian sejuk beku. Jangan lupa untuk keluarkan dahulu udara yang ada di dalam plastic tersebut sebelum di meterai.
Bubur sayuran dan buah yang disimpan dengan cara ini dapat bertahan sehingga 4 hingga 6 bulan sementara bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging dapat bertahan sehingga 2 bulan. Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda tak perlu panaskan semula, cukup merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan berada pada suhu bilik selama beberapa ketika. Ini kerana makanan bayi tidak disajikan ketika panas tapi pada suhu normal untuk memudahkan bayi anda makan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jarakkan Susu 3-4 Jam Sebelum Makan. Barulah Anak Berselera & Dapat Nutrisi Cukup
Anak makan banyak tapi berat tak naik? Ini antara persoalan yang sering buat ibu tertanya-tanya apa lagi yang perlu diberi pada anak. Sebenarnya ramai ibu tak sedar gaya pemakanan si kecil sangat mempengaruhi tumbesaran anak.
Jika makan semangkuk bubur pun tapi tak cukup kadar nutrisi tak membantu juga. Ibu-ibu kena buang persepsi anak mesti makan banyak. Sebaliknya kita kena faham cara anak makan iaitu makan sikit-sikit, cukup semua nutrisi dan diberi makan ikut jadual. Ini yang sebetulnya dan perlu difahami.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Herny Hafiz, dia ada berkongsikan info pemakanan anak-anak usia 1 hingga 3 tahun.
Formula yang perlu tahu:
5.5.3.2 ( untuk sehari )
5 serving bijirin/ berkanji
5 serving vege/ fruits
3 dairy (termasuk susu ibu)
2 serving protein.
Tambahan
4-6 sudu lemak baik
900 ml air ( berdasarkan rujukan saya dari pelbagai sumber)
Sebagai panduan senang:
1 serving kita amik 2 -3 sudu besar
untuk susu ialah 100 ml 1 serving ( ada sumber lain mengatakan susu maintain 16-24 oz / 400-700ml)
Susu ni boleh tampung dalam 20-30% je keperluan nutrisi anak-anak.
so mommy tetap kena pastikan anak makan seimbang.
Tolak bahagian susu anak perlukan 12 serving makanan sehari = 24-36 sudu sehari.
so anak makan dalam 5-6 kali sehari.
jadi sekali makan 4-6 sudu sahaja tau.
tak perlu la expect anak makan semangkuk besar.
4-6 sudu makanan solid dah mencukupi. walaupun kuantiti nampak kecik pastikan seimbang dan padat nutrisi terutama bahagian lemak baik.
banyak mommy yg tak cukup bagi lemak baik. lemak sangat penting untuk energy dan juga fungsi otak tak selain sebagai medium untuk serapan vitamin-vitamin tertentu.
so mommy. ingat panduan ni untuk sehari.
5.5.3.2
1 serving 2 -3 sudu.
sekali makan 4-6 sudu
kekerapan makan 6kali sehari
Untuk jadual makan anak saya, Dayyan selalunya
Pagi
pasta 3 sudu
meat group 2 sudu
lemak 1 sudu
vege 1 sudu
Lunch
nasi 4 sudu
daging 2 sudu
vege 1 sudu
lemak 2 sudu
Dinner
nasi 4 sudu
daging 2 sudu
vege 2 sudu
lemak 2 sudu
Snek 2x
buah2 : 1-2 potong x2 (portion ni sebagai panduan ringkas sahaja untuk saya kawal pemakanan seimbang untuk dayyan)
susu 16-24 oz saja “OFFER SELEPAS MAKAN”
PASTIKAN GAP SUSU 3-4 JAM sebelum waktu makan. kalau kenyang susu memang kurang makan.
- kenyang susu tak semestinya cukup zat.
- anak obes tak semestinya cukup zat.
- anak tak temban tak semestinya tak cukup zat.
Sumber: Herny Hafiz
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Tak Sihat Dan Batuk Berkahak, Boleh Cuba Resipi Sup Singo Pear Ni, Ringkas Je!
Ketika di landa musim panas, anak-anak mudah tidak sihat dan demam. Keadaan semakin bertambah teruk bila mana anak mula alami selsema dan batuk berkahak pada tempoh yang lama. Jangan biarkan sahaja sebaliknya cuba usahakan sesuatu agar batuk anak semakin reda.
Salah satu resipi yang boleh disediakan oleh ibu untuk meredakan batuk berkahak ini adalah dengan menyediakan Sup Singo Pear. Jom cuba resipi ringkas yang disediakan oleh Puan Fazrin Shukri ini di facebooknya. Bukan hanya baik untuk redakan kahak anak bahkan ia juga bagus untuk bayi yang mengalami masalah sembelit.
Okay resipi sup singo pear. Musim-musim panas ni elok bagi anak makan sebab ramai anak-anak yang tak sihat, batuk-batuk.
Jom bagi anak Singo pear. Dikenali juga dengan golden pear atau korean pear. Sup ni juga merupakan healing soup (chinese medicine) terutama baby yang sedang batuk dan berkahak. Sup dari singo pear ni adalah salah satu superfood tau, bagus untuk anak batuk berkahak & elak sembelit.
Singo Pear agak mahal berbanding Chinese Pear biasa (Lai Pear). Singo Pear selalu di jual 2 biji sebekas. Boleh diberi pada anak-anak seawal 6 bulan. Sama ada dibuat puri atau sup.
Singo Pear memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh. Buah ini juga dikatakan mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak. Secara tak langsung, ia membantu lendiran kahak untuk keluar melalui najis.
Menurut sumber, para tabib Cina selalu mengesyorkan buah ini sebagai salah satu alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan. Anak umur 2 tahun kan tak elok makan ubat, boleh la cuba cara ni.
Resepi Singo Pear Soup ni mudah saja.
Bahan-bahan:
Buah Singo Pear
Bawang merah
Bawang putih
Rempah tumis
Isi ayam
Potong je bawang-bawang tu. Kalau nak tambah red date pun boleh.
Reneh sampai lembut. Letak kaki ayam lagi bagus, kaki ayam organik ada kat rumah, tapi lupa nak defrost tadi. Pakai ayam bahagian tulang jela. Sedap, manis-manis rasa dia. Habis kara hirup sup, esok boleh buat pakai kaki ayam pulak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI