Ada waktunya anak tidak selera untuk makan, lebih-lebih lagi selepas baik daripada demam. Baik nasi atau makanan kegemaran anak biasanya ditolak tepi mentah-mentah. Usahakan untuk anak kembali seleranya dengan menyediakan resipi yang berbeza dan unik.

Salah satu resipi istimewa yang boleh dicuba mama untuk hujung minggu ini adalah Golden Corndog. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Haslinda Sharuddin ini memang menyelerakan. Katanya resipi yang satu ini paling sesuai untuk jumlah anak yang ramai. Sekali makan anak dah kenyang. Jadi jom cuba buatkan pada anak untuk kembalikan selera mereka. Mana tahu menjadi.

Resepi Golden Corndog ni paling senang, paling cepat untuk mommy anak ramai ni.

Bahan-bahan:
Sosej
Roti
Mozarella cheese (block @ shredded )
Tepung gandum + air
Breadcrumbs (atau Cornflakes hancur pun boleh)
Lidi

Here we go!

Step 1 : Lenyekkan nipis-nipis, roti satu persatu. Kalau nak buat 10 cucuk, lenyek 10 keping roti naa.

Step 2 : Rebus sosej. Dah masak, tos dan bagi kering dan sejuk (rendam dalam air sejuk sekejap ) sosej tu. Kemudian cucuk guna lidi siap-siap satu persatu.

Step 3 : Letak Mozarella cheese penuh-penuh kat atas roti.( Mommy potong mozarella tu bentuk jejari. ) atau nk guna shredded mozarella pun boleh..lagi senang.

Step 4 : Letak sosej atas roti, dan gulung dengan lemah lembut cantik-cantik. Hujungnya lekat guna air je. Alaa..macam korang buat popia tu.

Step 5 : Bancuh tepung bersama air , buat pekat-pekat, jangan cair sangat. Sebab ni fungsinya nak bagi lekat kat breadcrumbs. Sapu bancuhan tepung tadi pada keliling roti. Lepas tu, golek atas breadcrumbs atau cornflakes hancur.

Step 6 : SIAP!

Dan frozenkan sekejap 1-2 jam. Baru goreng.