Merasa tendangan dan pergerakkan bayi di dalam kandungan buat pertama kali sememangnya nikmat yang paling membahagiakan seorang ibu. Pengalaman yang cukup indah.
Namun pengalaman ini jika dibiarkan tanpa dipantau boleh mengakibatkan kehilangan yang paling menyedihkan. Jangan sekali-kali abaikan pergerakan ini kerana ia cukup penting!
Dr Anisah Latiff, yang kini bertugas di Klinik Dr Alyna berkongsi fakta mengenainya.
Kita sebagai ibu, cara untuk kita kenal pasti baby dalam perut sentiasa sihat adalah dengan cara mengesan pergerakkannya. Dan bila tak ada sebarang pergerakan, sudah tentulah sangat berbahaya.
Ada sesetengah ibu yang rasa baby tak bergerak terutama di hujung-hujung kehamilan perkara biasa dan normal, sedangkan itu tidak patut berlaku.
Biasanya pada minggu ke 28 hamil, ibu sudah boleh merasa pergerakkan bayi dalam kandungan sehinggalah waktu melahirkan iaitu ketika usianya sembilan bulan.
Sepuluh gerakan setiap hari dalam tempoh 12 jam adalah sangat penting untuk diambil kira.
Misalnya dari 9 pagi hingga 9 malam dan gerakan ini ada gerakan lembut, gerakan aktif dan gerakan yang kuat. Semua gerakan ini harus diambil kira.
Ads
Kebiasaannya sekitar jam 3 hingga 4 petang, sepuluh kiraan itu sudah pun selesai dikira oleh ibu. Namun jika anak tak cukup bergerak atau tendangannya kurang aktif, ibu perlu rujuk untuk mendapatkan nasihat doktor dan pemeriksaan.
Rangsang bayi bergerak dengan makanan
Pun begitu, bagi memastikan bayi dalam kandungan terus bergerak dan aktif di dalam perut, sebenarnya ada beberapa daya rangsangan yang ibu boleh lakukan.
1. Ibu banyakkan bergerak 2. Makan benda manis 3. Makan dan minum makanan sejuk seperti aiskrim atau air sejuk. 4. Cuba sentuh perut dan bercakap dengan anak.
Jika kesemua cara ini sudah dilakukan tetapi anak masih tidak mahu bergerak, ada baiknya ibu rujuk kepada doktor untuk rawatan.
Ads
Bila ibu tidak sihat?
Bila keadaan ibu tidak sihat, seperti demam dan sebagainya, anak juga akan turut sama mengalami kesannya. Anak juga kurang aktif seperti selalu.
Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan cara rangsangan yang sama seperti di atas untuk kembali membuatkan anak aktif bergerak. Wajib cuba!
Nasihat untuk ibu, kiraan 10 kali di dalam tempoh 12 jam itu tersangatlah penting. Jangan culas untuk mencatit pergerakan ini di dalam buku pink ibu!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Youtuber terkenal Indonesia, Ria Ricis yang hamil tujuh bulan tampil mendedahkan bakal menimang anak perempuan dalam satu majlis memperkenalkan jantina bayinya.
Malah adik kepada selebriti terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi ini berkata, dia tidak kisah mengenai jantina anak sulungnya itu asalkan sihat dan dipermudahkan kelahirannya kelak.
Ria yang berkongsi video memperkenalkan jantina anaknya itu tampil cantik berbaju rona biru bersama suaminya, Teyku Ryan yang mengenakan sut warna merah jambu.
Pada acara ringkas itu, Ria dan suami menarik tali kotak bewarna putih dan serentak dengan itu, belon kecil warna merah jambu mula berterbangan tanda jantina bayi perempuannya.
Sebak dengan situasi penuh istimewa itu, Ria dilihat mengalirkan airmatanya sambil berseloroh mengatakan anak perempuannya itu kelak pastinya menjadi kesayangan suaminya.
Semoga kehamilan Ria Ricis dipermudahkan Allah SWT malah kelahiran puteri comel pasangan ini dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Ria mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Teuku Ryan pada November tahun lalu dan kini pasangan ini menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Kesukaran untuk anak kedua atau seterusnya sering dihadapi sesetengah pasangan. Anak pertama berupaya hamil dengan mudah, tetapi bila anak kedua, ketiga atau seterusnya, mama jadi sukar untuk hamil. Kenapa ye?
Ada yang mengadu kitaran haid tidak menentu walhal sebelum ini tiada masalah. Ada kala tiada haid, haid yang singkat dan ada waktunya haid keluar berketul-ketul. persoalannya adakah masalah kitaran haid ini yang menjadi punca sukar untuk mendapatkan cahaya mata?
“SECONDARY INFERTILITY” ATAU MASALAH KESUBURAN SEKUNDER
Keadaan ini sebagai “secondary infertility” atau masalah kesuburan sekunder. Ia berlaku apabila seseorang wanita mendapati dirinya sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran.
Bagi mengesan punca, pasangan suami isteri perlu hadir sendiri ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan yang melibatkan ujian asas sebelum memberi ubat subur kepada pasangan yang bermasalah.
Haid yang tidak teratur bukan bermakna seseorang wanita itu tidak menghasilkan telur atau benih. Tetapi haid yang tidak teratur mungkin bererti telur atau benih yang dihasilkan adalah secara rambang sehingga menyebabkan pasangan sukar untuk menentukan bilakah waktu subur untuk mengadakan hubungan intim bersama suami.
Sebanyak 33% pasangan lulus ujian kesuburan tetapi masih belum hamil dikenali sebagai unexplained infertility.
GUNAKAN KIT OVULASI
Wanita yang menghadapi masalah untuk mengira atau menentukan hari subur bolehlah menentukan waktu subur menggunakan kit ovulasi yang asli untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat!
Jika kit menunjukkan anda tidak mempunyai ovulasi (waktu subur), doktor boleh melakukan pemeriksaan imbasan atau “transvaginal ultrasound” untuk memeriksa keadaan ovari dan memantau pengeluaran telur (dominant follicle). Pemeriksaan mungkin kerap jika doktor ingin memastikan telur tadi berkembang dan seterusnya matang.
PERLU JALANI PEMERIKSAAN DARAH
Kegagalan untuk menghasilkan sebiji dominant folliclememerlukan pemeriksaan darah yang dikenali sebagai hormonal assay untuk memastikan pesakit sebegini tidak mengalami masalah-masalah seperti;
Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Hyper atau hypo-thyroidism
Hyperprolactinemia.
Doktor akan juga memastikan wanita terbabit tdiak menghidap kencing manis. Jika ada, ia wajib dirawat dan distabilkan sebelum cuba untuk hamil.
FIBROID, CYST & POLYP PENGHALANG HAMIL
Selain itu, masalah fibroid dan ovarian cyst selalunya menjadi penghalang kehamilan. Lebih-lebih lagi jika ovarian cyst tadi merupakan endometrioma atau endometriosis kerana ianya menurunkan kadar kesuburan kepada 20 hingga 30%!
Manakala endometrial polyp pula menyebabkan dinding rahim tidak sesuai untuk kehamilan. Ujian hysterosalphingogram (HSG) untuk memeriksa salur Fallopian.
Jika kedua -dua salur Fallopian didapati tersumbat, pesakit akan dirujuk ke Unit IVF di Hospital yang mempunyai Unit Infertiliti. Namun sekiranya kedua-dua atau salah satu salur Fallopian normal tersumbat, ujian air maninya akan dilakukan kepada suami.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari-hari ‘Husna’ kena kecam teruk oleh penonton di media sosial gara-gara watak sebagai wanita perampas suami orang dalam drama Jangan Benci Cintaku. Dalam dunia realiti, pelakon Niena Baharun yang memegang watak tersebut sebenarnya seorang isteri yang bahagia dan kini sedang bahagia menanti kelahiran anak pertamanya.
Rata-rata penonton ‘menyerang’ Instagram peribadi pelakon jelita ini yang hakikatnya kini sedang bahagia melalui fasa kehamilan.
Ternyata lakonan Niena yang memegang watak antagonis dalam drama 28 episod itu benar-benar berkesan sehingga meninggalkan kegeraman dan kebencian penonton pada wanita bernama ‘Husna’.
Niena yang faham gelagat majoriti pelakon drama Melayu yang mudah emosional pada watak antagonis sebenarnya gembira dan menghargai kata-kata dan komen membina atau marah dan geram daripada penonton terhadap watak lakonannya. Ini menunjukkan lakonannya sebagai wanita perampas suami orang menjadi!
Tak mudah melatah dengan segala maki hamun dan caci maki pada watak lakonannya, Niena kini hanya mahu menumpukan fokus pada persiapan barangan bayi dalam kandungannya.
Selain dari itu ‘Mek Kelate’ ini turut berkongsi keinginannya yang terpendam sejak awal hamil sampai sekarang untuk melihat air laut. Tanyanya pada para pengikutnya di Instagram, adakah ini dinamakan mengidam?
Niena bagaimanapun masih belum berjaya memujuk suaminya untuk memenuhi keinginan tersebut kerana dia risau keselamatan si isteri yang tengah berbadan dua untuk naik bot di tengah lautan.
Niena yang mendirikan rumah tangga pada 1 Februari lalu dengan Aliff Firdaus Abdul Hadi seorang ahli perniagaan nyata tidak stress atau tertekan dengan segala kecaman terhadap watak Husna yang dilakonkannya dan tidak bimbang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kandungannya.
Semoga Niena dipermudahkan melalui fasa kehamilan sehingga saat melahirkan.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...