Anak Tak Berkembang Kalau Asyik Duduk Rumah, Bawalah Keluar, Rangsang Tubuh Anak Jadi Lebih Kuat!

Share

Bahaya yang mendatang ditambah dengan penyebaran virus membuatkan ramai mak ayah jarang membawa anak-anak keluar rumah. Benar, namun anak-anak juga perlu diberikan vitamin daripada cahaya matahari agar tubuh mereka lebih kuat.

Pilihlah tempat yang sesuai supaya anak-anak diberikan kebebasan untuk bergerak, selamat dan selesa serta paling penting dapat didedahkan dengan aktiviti luar sekaligus depat menyedut udara yang lebih segar disamping terhindar dari jangkitan virus.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, sekali-sekali dedahkanlah mereka dengan dunia luar. Aktiviti fizikal sebenarnya dapat meningkatkan ketahanan tubuh anak serta meningkatkan imun mereka.

Jika dibandingkan dengan generasi sebelum ini, anak anak kini tidak banyak berpeluang bermain di luar. Hanya duduk di rumah dan langsung tidak terdedah dengan cahaya matahari.

Rasa takut terhadap kekotoran dan penyakit telah mendorong ibu bapa enggan mendedahkan anak dengan persekitaran di luar rumah.

Tidak dinafikan kebersihan adalah SANGAT PENTING, tetapi terlampau bersih juga tidak begitu baik untuk perkembangan ketahanan tubuh anak.

Ini mengehadkan atau membantutkan peluang anak untuk didedahkan kepada pelbagai jenis mikrob ‘baik’ untuk melatih sistem imunnnya untuk bertindak sewajarnya kepada rangsangan.

Oleh itu, jangan simpan anak dirumah, sekali sekala dedahkan mereka dengan dunia luar. Tapi jangan pula sampai mengabaikan kebersihan.

Ini yang disarankan oleh Public Health Malaysia.

Pendedahan kepada persekitaran luar akan merangsang ketahanan tubuh yang lebih kuat serta mengimbangi bakteria baik dan jahat.

Apa mak ayah patut lakukan?

1. Bawa anak nikmati alam, taman rekreasi, hutan dan bukit.

2. Biarkan anak bermain dan menyentuh binatang dan haiwan peliharaan.

3. Banyakkan buah dan sayuran dalam menu harian.

4. Kerap bermain di luar rumah.

5. Elakkan penggunaan antibiotik secara kerap.

6. Dedahkan dengan cahaya matahari.

7. Wajib vaksin!

8. Pilih prebiotik dan Probiotik.

Artikel berkaitan: Musim PKPB Kurang Aktiviti Luar, Ramai Kanak-Kanak Terkena Sawan, Kurang Vitamin D Effect Tulang!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM