Setiap ibu yang sedang hamil pasti memasang impian untuk menyusukan bayinya secara ekslusif apabila dilahirkan. Banyak ilmu penyusuan akan dipelajari serta ibu-ibu ini tidak segan bertanyakan pengalaman orang lain yang menyusukan anak.
Namun tidak dinafikan, ada masanya ibu yang menyusu akan mengalami rasa ‘down’ apabila proses penyusuan tidak berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan.
Perkongsian dari Nad Masrom yang merupakan seorang Kaunselor Laktasi, sememangnya proses menyusukan anak tidak mudah. Perlu banyak berdoa supaya kekal kuat untuk meneruskan usaha murni ini.
Selain persiapan mental dan fizikal untuk melalui proses kehamilan, kelahiran dan penyusuan, persiapan rohani tidak boleh diketepikan.
Sepanjang saya mengendalikan ibu-ibu menyusu, jelas kelihatan ibu yang mempunyai persiapan rohani sedari awal kehamilan lebih bersedia menghadapi cabaran penyusuan dengan lebih positif.
Ibu-ibu ini juga lebih optimis menerima cadangan penambahbaikan dan sentiasa bergantung kepada Allah setiap kali buntu mencari penyelesaian. Susu ibu adalah anugerah dan rezeki Allah. Sangat menyedihkan jika sedari awal ibu terus menyalahkan rezeki dengan mengatakan, “Bayi aku tak dapat menyusu sebab tak ada rezeki…”
Sedangkan jika kita faham konsep rezeki itu, kita takkan sewenangkan mengeluarkan ayat itu tanpa melalui satu proses usaha yang panjang dan menuntut air mata ibu-ibu menyusu untuk sampai ke garisan penamat.
Ads
Sememangnya penyusuan susu ibu itu tidak mudah. Namun bukanlah boleh kita terus mengalah tanpa berusaha mencari bantuan terlebih dahulu. Solat hajat, doa yang tak pernah putus, malah ketika hasil perahan alami kemeruduman sekali pun, setelah berusaha, kita kembalikan semua dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.
Allah SWT juga yang memberikan rezeki kita untuk mendapat PENJAGA yang baik yang sanggup mengendalikan susu perahan buat anak kita dan sudi untuk belajar mengendalikan susu ibu.
Setelah anak yang kita sayangi ditinggalkan kepada pengasuh, hanya Allah jua tempat kita bergantung agar bayi dilindungi dari segala musibah.
Ads
BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH IBU DAN MINTALAH APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI DENGAN SPESIFIK.
Kerana sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijab dan mintalah supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah bagi perkembangan bayi kita. Nyatakanlah keinginanmu ibu untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun seperti saranan Al-Qur’an. In shaa Allah, walaupun mengais untuk hari esok, rezeki susu buat anak kita tidak pernah putus.
Ibu-ibu juga boleh praktiskan zikir YA MATIN atau doa seperti dalam gambar ini untuk memperbanyakkan susu. Yakinlah yang kita mampu untuk menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi kita.
Buat ibu-ibu yang sedang berusaha mencari ilmu penyusuan, minggu depan in shaa Allah akan diadakan webinar The Art of Breastfeeding Online 7. Daftarlah bersama team kami di komen sekarang. Semoga rezeki menyusukan bayi kalian tidak pernah putus.
Nad Masrom Kaunselor Laktasi Bertauliah #nadbreastfeedinginfo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Kaka Azraf yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor.
Menerusi Insta Storynya, Kaka yang menyambut kelahiran seorang lagi bayi lelaki meluahkan rasa syukurnya yang tidak terhingga di atas kurniaan itu.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah,” tulisnya di Insta Story.
Malah akui Kaka lagi, proses kelahiran bayi lelaki seberat 2.75kg itu berjalan dalam keadaan lancar dan kini dia dan bayi dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah subuh tadi (Isnin) saya selamat melahirkan anak ketiga secara normal pada pukul 6.03 pagi.
“Syukur semuanya selamat, bayi dan saya juga berada dalam keadaan sihat cuma saya berasa sedikit letih selepas melahirkan.
Sempat makan durian
Berkongsi kisah kelahirannya kali ini, akui Kaka lagi, tiga hari sebelum kelahiran dia sudah mengalami kontraksi namun masih lagi melakukan aktiviti seperti biasa dan bertahan.
Namun ibu kepada tiga orang cahaya mata lelaki itu akhirnya menyerah diri di hospital selepas tidak tahan sakit kontrasi semalam.
“Sebenarnya saya sudah merasa sakit kontrasi ini selama tiga hari tetapi saya layankan saja. Saya sempat pergi makan durian lagi.
“Tapi pada pukul 12 tengah malam tadi saya terus ke hospital kerana dah tak tahan sakit lagi.
“Saya rasa bersyukur sangat, macam tak sangka. Sejak arwah meninggal masa umur 10 tahun, saya tak banyak dikelilingi lelaki sewaktu membesar. Jadi bila dah kahwin dan dapat pulak tiga anak lelaki, saya rasa ini anugerah Allah untuk saya.
“Insyallah merekalah yang akan menjaga saya tapi buat masa ini, mereka adalah amanah untuk saya jaga dan besarkan untuk menjadi lelaki yang soleh dan berguna kepada masyarakat,” luahnya.
Terdahulu, Kaka dan suaminya, Adam Adzriff dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4 dan Aryan yang kini berusia setahun.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Sudah menjadi amalan masyarakat melayu mengamalkan jamu sebelum atau selepas bersalin. Rata-rata beranggapan bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan berbanding ubat-ubatan.
Malangnya, tanggapan itu salah sama sekali. Ini kerana bahan yang terkadung dalam kebanyakkan jamu yang dijual secara bebas di laman sosial kini tidak disahkan kesahihan semulajadinya dan keberkesananya. Pelbagai risiko boleh terjadi kepada ibu dan anak yang baru lahir akibat mengamalkan jamu. Ikuti perkongsian dari Doktor Amirul Amzar;
Seorang wanita datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan dengan simptom muntah-muntah dan sakit perut yang amat sangat. Beliau baru 6 minggu melahirkan anak pertamanya.
Di Jabatan Kecemasan, ujian darah yang diambil menunjukkan kerosakan fungsi hati. Enzim hatinya meningkat hampir 10 kali ganda dari bacaan normal!
Selepas ditanya lebih lanjut, rupa-rupanya beliau mengambil jamu untuk berpantang. Malah, lebih menyedihkan lagi, anaknya yang sedang disusukan juga mengalami masalah kuning.
Si ibu diberi rawatan dan dinasihatkan agar berhenti mengambil jamu. Beliau diberi temujanji untuk pemeriksaan semula fungsi hati.
Dengan kebenaran beliau, kes ini dikongsikan buat tauladan pada umum.
Hasil carian di google mendapati terlalu banyak promosi set bersalin jamu dijual. Malah platform Lazada dan facebook juga digunakan bagi penjualan produk sebegini
Aduan rasmi telah dilakukan kepada pihak NPRA.
Diharapkan masyarakat berhenti menggunakan jamu selepas bersalin bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi.
Elakkan pengambilan jamu selepas bersalin.
Sebarang aduan berkaitan produk farmaseutikal atau tradisional boleh diemailkan di aduanproduk@moh.gov.my
Difteria ternyata semakin membimbangkan kita. Mama papa kena buka mata dan elakkan risiko pada anak kita. Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin, anak kita jadi mangsa.
Perkongsian Dr Ezairy M Sallih, Doktor Otorinolaringologi Telinga, Hidung & Tekak ini mama papa perlu baca.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa satu kejadian kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari 2019.
Ia melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan. Kanak-kanak ini tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir!
Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019. Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.
Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.
Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.
Tuan-tuan, jika ini berlaku kepada anak-anak kita bagaimana? Lebih membimbangkan jika jangkitan ini menular dan berjangkit kepada anak-anak lain yang tidak berdosa. Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin ini.
Mengapa Difteria Amat Berbahaya!
Malah Dr Ezairy M Sallih juga turut berkongsi betapa bahayanya difteria ini. Mama papa perlu tahu ni. Tambahkan ilmu dan jangan sekali-kali elakkan vaksin pada anak.
❗️Penyakit berjangkit yang serius dan boleh mengancam nyawa.
❗️Sangat mudah menular dan boleh disebarkan dengan mudah antara orang.
❗️Walaupun dengan rawatan perubatan penuh, ia boleh sebabkan kematian sehingga 1 dalam 10 orang!
❗️Berbahaya kerana bakteria yang menyebabkan penyakit ini menghasilkan toksin yang kuat (racun).
❗️Toksin ini akan membunuh sel-sel di dalam mulut, hidung dan tekak.
❗️Sel-sel mati dengan cepat terbina, terkumpul dan membentuk membran yang boleh melekat pada tekak dan menyebabkan kematian akibat tersedak ‘chocking’!
❗️Difteria boleh menjejaskan jantung (menyebabkan kegagalan jantung dan kematian) dan saraf (menyebabkan kerosakan neurologi termasuk kelemahan dan kebas kelamin anggota).
Jangkitan disebarkan oleh titisan air yang terbatuk atau bersin ke udara oleh orang yang dijangkiti.
Ia juga boleh diperoleh dari barang-barang seperti pakaian, tempat tidur atau mainan yang bersentuhan dengan seseorang yang mempunyai difteria. Orang yang mempunyai difteria boleh berjangkit sehingga 4 minggu atau kadang-kadang lebih lama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...