Setiap ibu yang sedang hamil pasti memasang impian untuk menyusukan bayinya secara ekslusif apabila dilahirkan. Banyak ilmu penyusuan akan dipelajari serta ibu-ibu ini tidak segan bertanyakan pengalaman orang lain yang menyusukan anak.
Namun tidak dinafikan, ada masanya ibu yang menyusu akan mengalami rasa ‘down’ apabila proses penyusuan tidak berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan.
Perkongsian dari Nad Masrom yang merupakan seorang Kaunselor Laktasi, sememangnya proses menyusukan anak tidak mudah. Perlu banyak berdoa supaya kekal kuat untuk meneruskan usaha murni ini.
Selain persiapan mental dan fizikal untuk melalui proses kehamilan, kelahiran dan penyusuan, persiapan rohani tidak boleh diketepikan.
Sepanjang saya mengendalikan ibu-ibu menyusu, jelas kelihatan ibu yang mempunyai persiapan rohani sedari awal kehamilan lebih bersedia menghadapi cabaran penyusuan dengan lebih positif.
Baca Juga:
“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah
Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!
“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!
Ibu-ibu ini juga lebih optimis menerima cadangan penambahbaikan dan sentiasa bergantung kepada Allah setiap kali buntu mencari penyelesaian.
Susu ibu adalah anugerah dan rezeki Allah. Sangat menyedihkan jika sedari awal ibu terus menyalahkan rezeki dengan mengatakan, “Bayi aku tak dapat menyusu sebab tak ada rezeki…”
Sedangkan jika kita faham konsep rezeki itu, kita takkan sewenangkan mengeluarkan ayat itu tanpa melalui satu proses usaha yang panjang dan menuntut air mata ibu-ibu menyusu untuk sampai ke garisan penamat.
Sememangnya penyusuan susu ibu itu tidak mudah. Namun bukanlah boleh kita terus mengalah tanpa berusaha mencari bantuan terlebih dahulu.
Solat hajat, doa yang tak pernah putus, malah ketika hasil perahan alami kemeruduman sekali pun, setelah berusaha, kita kembalikan semua dengan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.
Allah SWT juga yang memberikan rezeki kita untuk mendapat PENJAGA yang baik yang sanggup mengendalikan susu perahan buat anak kita dan sudi untuk belajar mengendalikan susu ibu.
Setelah anak yang kita sayangi ditinggalkan kepada pengasuh, hanya Allah jua tempat kita bergantung agar bayi dilindungi dari segala musibah.
BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH IBU DAN MINTALAH APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI DENGAN SPESIFIK.
Kerana sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijab dan mintalah supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah bagi perkembangan bayi kita. Nyatakanlah keinginanmu ibu untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun seperti saranan Al-Qur’an. In shaa Allah, walaupun mengais untuk hari esok, rezeki susu buat anak kita tidak pernah putus.
Ibu-ibu juga boleh praktiskan zikir YA MATIN atau doa seperti dalam gambar ini untuk memperbanyakkan susu. Yakinlah yang kita mampu untuk menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi kita.
Buat ibu-ibu yang sedang berusaha mencari ilmu penyusuan, minggu depan in shaa Allah akan diadakan webinar The Art of Breastfeeding Online 7. Daftarlah bersama team kami di komen sekarang. Semoga rezeki menyusukan bayi kalian tidak pernah putus.
Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Bertauliah
#nadbreastfeedinginfo