Setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak mereka. Terutamanya dalam menyusukan anak. Pelbagai rintangan yang perlu seorang ibu hadapi untuk menyusukan anak hingga usia dua tahun.
Salah satunya bila ibu perlu berdepan dengan masalah puting tenggelam. Puting tenggelam ialah masalah yang lazimnya berlaku kepada ibu menyusu kerana bentuk puting berbeza bagi setiap wanita. Tiada saiz standard khas puting bagi penyusuan kerana setiap wanita berbeza fizikalnya.
Ibu kepada dua anak comel Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa, Tya Arrifin dalam laman instagram khusus untuk perkongsian tentang dirinya berkongsi cara yag boleh ibu ambil jika mengalami masalah seperti ini.
IKLAN
1. Kerapkan menyusu badan, direct feeding.
Kita kena buat kalau tak takut nanti lagi kedalam, dan payudara akan bengkak kalau x bf.
2. Buat urutan pada puting.
Sebelum nak direct feeding, boleh massage puting, untuk rangsang susu supaya keluar.
3. Gunakan Pump.
So kalaulah baby memang tak boleh nak direct , moms boleh pump. Utk rangsang puting kt keluar, pump ada sedotan or suction boleh adjust.
IKLAN
4. Boleh guna Nipple Shield
Nipple shields adalah pelindung sekaligus penyambung puting untuk ibu menyusui. Bentuknya macam lapisan plastik bening dengan bentuk mirip seperti puting.
Penggunaan nipple shields boleb melatih kemampuan bayi untuk menyusui dari puting. Jangan lupa bersihkan dan sterilkan dulu ye, Pasang pada bagian areola dan puting, kemudian susui baby.
IKLAN
Tekanan pada areola akan membantu puting susu lebih menonjol. Lama-kelamaan puting susu akan lebih terlatih untuk tetap menonjol keluar. Gunakan secara teratur saat menyusui untuk mendapatkan efek yang lebih maksimal.
5. Konsultasi ke Ahli/ Pakar
Kalauulah dan try semua dan tak menjadi, boleh konsultasi pada yang ahli.
Mendidik anak mempunyai sikap positif sudah pastinya bermula di rumah. Anak yang diasuh dengan baik akan mempunyai jiwa yang halus iaitu jiwa yang peka akan perasaan orang lain dan persekitaran.
Justeru, Islam menggalakkan ibu bapa mendidik anak yang masih kecil dengan penuh kasih sayang dan kesabaran tanpa memerlukan kekerasan.
Ikuti perkongsian, Pakar Motivasi, Dr Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai cara didikan positif kepada anak-anak.
PERKUKUHKAN TAUHID DALAM DIRI ANAK-ANAK
Dalam mendidik anak-anak, perkara paling utama dalam Islam ialah pastikan mereka mengenal Allah dan menyembah Allah. Sebab itulah penting ibu bapa memperkukuhkan tauhid anak-anak sejak daripada bayi lagi.
Sejak kecil lagi anak-anak perlu didedahkan bahawa setiap ciptaan itu adalah penciptanya iaitu Allah SWT. Apabila anak bertanya kenapa hujan turun? Ibu bapa perlu terangkan dahulu dari aspek ketuhanan sebelum aspek sains. Jawablah, “Hujan itu turun kerana Allah yang menciptakan hujan. Ia turun sebagai rahmat Allah kepada manusia. Allah boleh turunkan hujan di bumi mana sahaja yang Allah mahukan.
Cuba fikirkan apa yang berlaku sekiranya Allah murka lalu tidak diturunkan hujan? Tiada air untuk diminum, mandi, dan sebagainya.” Bukan setakat faham sahaja, apabila anak sudah tahu dan faham maka Allah sahajanya tempat untuk dia meminta dan menyembah. Allahlah yang patut sentiasa dipuji melalui fikir dan zikir. Oleh itu jadilah ibu bapa yang bertanggung jawab memperkukuhkan tauhid anak-anak sebelum mereka diserahkan kepada guru-guru di sekolah.
BENTUK ADAB DAN AKHLAK ANAK YANG BAIK
Anak-anak yang terbentuk akhlak dan sikap positif juga akan lebih berjaya apabila masuk alam persekolahan dan pekerjaan. Sikap dan akhlak ini akan mudah terbentuk apabila ibu bapa menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.
IQ yang tinggi dan cerdik tidak mencukupi jika tidak diiringi dengan hikmah dan kebijaksaanan. Ilmu yang tinggi tidak bermakna jika tidak seiring dengan adab. Sebab itulah membentuk adab dan akhlak perlu diberikan keutamaan dalam mendidik anak-anak.
Disamping menggalakkan anak-anak menghidupkan sunnah, didik juga mereka dengan adat orang Melayu dulu-dulu yang penuh dengan sopan dan santun. Misalnya, bongkokkan badan meminta izin ketika melintas depan orang, tidak duduk sekali dalam kelompok orang-orang tua yang sedang bercakap, ringankan mulut dengan ucapan salam dan terima kasih, dan banyak lagi. Ia membina rasa hormat dalam diri anak terhadap orang lain.
BETULKAN TUTUR BICARA MEREKA
Dengar percakapan anak-anak dengan teliti. Ada ketikanya mereka bercakap secara kasar atau menggunakan intonasi suara yang tidak sesuai. Didik anak untuk bercakap dengan nada yang lembut terutamanya dengan orang yang lebih dewasa. Anak-anak seawal usia tiga tahun sudah mula pandai bercakap bohong bagi mengelakkan dirinya daripada dimarahi oleh ibu bapanya.
Sebab itulah apabila kita tahu bahawa anak telah melakukan kesalahan maka usah bertanya saya ada dia lakukan atau tidak, sebab ia akan mendorong anak berbohong. Misalnya, kita tahu yang adik telah mengambil mainan abangnya laku disorokkan. Kita pula bertanya, “Adik ada ambil barang abang ker?”. Agaknya apa jawapan adik? secara logiknya dia tidak akan mengaku lantar menjawab, “Tidak”.
Secara tidak langsung ibu bapa telah mendorong anaknya untuk berbohong. Sepatutnya, ibu terus sahaja mendekati anaknya lalu berkata, “Adik, mak tahu adik ambil barang abang. Sekarang mak cuma nak tahu kenapa adik ambil?”.
PENTING ANAK JAGA SOLAT
Tiada ibadah yang lebih penting daripada ibadah solat. Solat adalah tiang agama dan amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti adalah solat. Adalah satu kesilapan apabila masuk sahaja bulan Ramadan ibu bapa lebih utamakan puasa berbanding solat anak-anak mereka.
Dalam satu hadis, daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.” Jelas sekali Allah mahukan ibu bapa menjadi contoh dalam bab solat ini dan mesti bertegas apabila usianya masuk 10 tahun.
Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan mengajak anak bersolat bersama mereka meski pun anak sekadar main-main.
Malah jika anak duduk di tepi memerhati pun sudah memadai. Anak-anak perlu dipaksa untuk solat dan usah ragu-ragu untuk bertegas dalam mendisiplinkan anak-anak pada usia ini.
GUNAKAN BAHASA YANG LEMBUT, POSITIF DAN BANYAKKAN BERCERITA
Dalam mendidik anak-anak bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang lembut. Bercakaplah dengan anak dengan nada yang sederhana dan tidak meninggikan suara tanpa sebab. Dalam percakapan itu pula lebihkan kata-kata positif, fokus kepada kebaikan dan kekuatan anak dan bukannya menyebut akan kelemahan dan kekurangan mereka.
Sebahagian besar daripada didikan dan pengajaran dalam al-quran disampaikan dalam bentuk cerita-cerita. Maka ambillah iktibar dari al-quran ini dengan mendidik anak-anak melalui cerita.
Ceritakan kepada anak-anak kisah-kisah para nabi dan para sahabat. Ceritakan juga tentang pemimpin-pemimpin Islam yang hebat, para huffaz dan ulamak.
Ceritakan juga kisah-kisah kejayaan orang lain untuk anak-anak jadikan ikutan. Dengan selalu bercerita, jiwa anak-anak terbentuk secara positif. Tanpa disedari cerita-cerita ini membentuk watak, karakter dan mindset anak-anak dan menjadi panduan hidup mereka dalam menjalani setiap ujian dan cabaran.
BERIKAN ANAK-ANAK SEPENUH KASIH SAYANG
Tiada perkara yang lebih utama kepada anak-anak selain daripada mereka sedar bahawa ibu bapa memang menyayangi mereka tanpa syarat. Oleh itu usah membanding-banding anak-anak sebab setiap anak itu punya rezekinya masing-masing.
Keupayaan dan bakat mereka juga berbeza. Jika ada anak yang kurang menyerlah dalam pelajaran maka tidak mengapa. Ingatkan anak itu untuk berikan yang terbaik dalam hidupnya. Yang penting dia menjadi anak yang baik, beriman dan sentiasa doakan kita sebagai ibu bapa. Sebab, semasa hidup anak-anak perlukan doa ibu bapanya untuk berjaya dan setelah kita meninggalkan dunia ini kita perlukan pula doa anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini genap setahun pemergian allahyarhamah Siti Sarah, isteri tersayang usahawan dan pelawak, Shuib yang dijemput Ilahi selepas tewas dengan serangan Covid-19.
Mengenang memori indah bersama, Shuib turut memuat naik video terakhir ketika arwah isteri tersayangnya itu hamil lima bulan di Instagramnya.
Kongsi Shuib menerusi video itu, arwah Sarah ketika itu mengidam untuk makan di restoran kesukaannya dan ketika itulah Shuib menjemput Sarah untuk ke restoran berkenaan.
Menurut kata Shuib lagi, video inilah yang sering membuatkan dirinya bersedih bila begitu merindui isterinya.
“9.8.2022. Genap setahun sayang pemergian You. Inilah video yang selalu buat i sedih yang teramat.
“Masa ni pregnant 5 bulan, You nak sangat makan dekat tempat favourite You. Berkali kali call sebab nak ajak pergi makan,” kongsi Shuib.
Malah menurut Shuib lagi, paling dirindukan pastinya riak wajah comel dan manja arwah Sarah yang merajuk kerana Shuib tidak menunaikan permintaannya untuk makan di restoran kegemarannya.
Pun begitu kata Shuib, dia berasa lega kerana dapat menunaikan permintaan arwah isterinya itu.
Tak lupa, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut meninggalkan pesan buat para suami agar sedaya upaya menunaikan apa jua permintaan isteri selagi masih ada.
Malah Shuib turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa terus mendoakan arwah isterinya itu biarpun pun kini genap setahun pemergiannya.
“Bila i pegi amik, buat pulak muka comel dengan manjanya sekali. Alhamdulillah dapat you makan kat tempat yang You nak.
“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cuba lah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.
“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan di rahmati dunia dan akhirat. Amin, Al Fatihah buat SITI SARAH BT RAISSUDDIN,” tulisnya lagi.
Pemergian adik lelaki tunggal dalam keluarga sememangnya memberi kesan yang begitu mendalam buat pelakon popular Yana Samsudin.
Dalam entri sebelum ini, Yana telah memaklumkan bahawa adiknya, Muhammad Fahmi Harith telah meninggal dunia ketika dalam tidur seorang diri.
Adik meninggal dalam tidur
Dia yang nyata terkejut dengan keadaan tersebut sempat memaklumkan kepada semua dan memohon agar orang ramai menyedekahkan al-Fatihah buat adiknya itu.
Namun begitu, menerusi posting terbaru Yana di Instagram, dia telah memuat naik kembali penulisan seseorang yang menjadi orang terawal yang menemui jenazah adiknya.
Ternyata apa yang ditemui oleh Ustaz Faizal, (individu yang menemui arwah dirumah) di pintu bilik allahyarham adiknya sangat menyentuh hati. Nota yang ditampal dipintu bilik adalah pesanan dari isteri yang sedang berpantang di kampung buat suaminya yang berada seorang diri di rumah.
Menerusi perkongsian Ustaz Faizal lagi, terdapat sepasang baju bayi dibahu arwah ketika jenazahnya ditemui diatas katil dalam keadaan seakan sedang tidur itu.
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Perkongsian yang dibuat oleh Yana Samsudin di Instagram miliknya telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Mereka juga berasa pilu membaca perkongsian tersebut kerana mengenangkan keadaan allahyarham yang baru saja bergelar bapa 37 hari lepas.
Ucapan takziah turut tidak putus diterima dan masing-masing mendoakan agar allahyarham adik kepada Yana Samsudin itu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Belum sempat rasa kasih sayang ayah
Sumber: IGYana Samsudin & OMM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!