Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI