Pasti anda biasa berhadapan dengan kerenah si kecil mengamuk apabila dikejutkan bangun dari tidur. Rasa masih mengantuk menyebabkan anak kecil mudah ‘naik angin’ apabila dikejutkan dari tidur.

Sesetengah ibu bapa kurang menyedari kepentingan tidur yang secukupnya kepada si kecil. Kanak-kanak berusia bawa enam tahun masih memerlukan jumlah tidur yang cukup sekurang-kurangnya sembilan jam sehari.

Anak Tak Cukup Tidur Boleh Jadi Punca Selera Makannya Kurang Dan Berat Badan Susah NaikJangan mengikut kehendak anak yang hendak menonton televisyen sehingga lewat malam atau asyik bermain gajet hingga sukar hendak berhenti. Tetapkan disiplin demi kesejahteraan dan perkembangan positif mereka.

Tidur yang cukup amat baik bagi perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Semasa waktu tidurlah, bayi dan kanak-kanak dapat berehat dan mengumpul kembali tenaga yang telah digunakan pada waktu sebelumnya dan kembali bertenaga setelah bangun dari tidur.

IKLAN

Waktu tidur yang betul akan membantu mencergaskan otak dan tubuh badan anak-anak sebaliknya waktu tidur yang salah iaitu ‘tidur lewat petang’ tidak akan membantu bahkan menjadikan perkembangan otak bayi dan kanak-kanak menjadi lemah.

Anak Tak Cukup Tidur Boleh Jadi Punca Selera Makannya Kurang Dan Berat Badan Susah Naik

IKLAN

Anak-anak hendaklah dimandikan terlebih dahulu selepas bangun dari tidur, di ikuti dengan minum pagi atau minum petang. Ini membantu mengembalikan semula kecergasan anak-anak.

Kanak-kanak yang kurang tidur akan mengalami masalah seperti:

IKLAN
  • Kurang selera makan.
  • Penurunan berat badan.
  • Kurang cergas.
  • Suka merengek dan cepat mengamuk.
  • Perkembangan otak menjadi perlahan.
  • Kerap berkhayal.

Sumber: mamapeduli.blogspot

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI