Rungsing dibuatnya apabila si kecil kita yang baru berusia lima tahun masih tidak tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Masih berlegar-legar di ruang tamu dengan gajet di tangan.
Hal sebegini sepatutnya tidak berlaku kepada anak sekecil itu. Waktu tidur yang tidak cukup akan membuatkan anak kurang peka dalam melakukan sesuatu malah banyak kesan lain yang turut dikongsikan oleh Dr Redza Zainol melalui facebooknya. Hal ini mak ayah perlu tahu. Paling penting elakkan anak tidur lewat!
Ada satu orang kawan saya ni mengadu. Anak dia selalu tidur lewat. Pukul 1 pagi pun dia masih duk berjalan ke ruang tamu. Dah serupa burung hantu tak tidur-tidur.
Dia tanya saya kenapa jadi macam tu. Rupanya lepas saya tanya itu ini, dia bagitahu anak dia suka guna handphone sampai ke lewat malam. Dia akan tengok semula video dan gambar sendiri yang mak ayah dia pernah ambil.
Saya pun terangkan pada dia usah biarkan anak kita mengadap gajet satu jam sebelum tidur.
1) Gajet hasilkan cahaya khas dinamakan sebagai Blue Light.
Ads
2) Otak anak yang terdedah pada Blue Light akan fikir waktu tu masih siang.
3) Ia akan buatkan paras hormon melatonin jadi rendah dan anak susah nak tidur awal.
4) Paras hormon melatonin (hormon tidur) jadi tinggi bila bilik tidur digelapkan atau suram.
Ads
Yang paling saya takutkan adalah kesan daripada tidur lewat tu sendiri. Waktu tidur malam yang terganggu tu akan berterusan hingga ke waktu siang.
Anak akan jadi kurang peka, tak dapat beri perhatian dan tak dapat fokus di rumah dan di sekolah. Boleh juga anak jadi hyperaktif, impulsif, pemarah dan sampai jadi malas.
Bantu saya #sebarkan supaya anak-anak kita semua dapat tidur yang cukup dan berkualiti.
Ads
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Pada enam bulan pertama kehidupan bayi, mereka sudah belajar banyak perkara dari keadaan sekeliling. Bermula daripada kerdipan mata, senyuman pertama, sehingga kemampuan meniarap dan bergolek, bayi anda berkembang menjadi personaliti yang baharu.
Tanpa anda sedari, masa begitu pantas berlalu sehinggakan bayi yang kecil dan hanya tidur sahaja dulu sudah semakin pandai memberikan tindak balas dengan apa yang ditunjukkan. Mari semak kembali kemahiran yang telah diteroka oleh bayi anda pada enam bulan pertama kehidupannya.
1. Mempelajari satu sama lain
Bayi baharu lahir tidak dapat memfokus objek melebihi 25 cm. Oleh itu dekatkan muka kepadanya apabila anda bercakap dan buat mimik muka dan senyuman. Hubungan mata ini membantu bayi belajar menunjukkan erti membina perhubungan kasih sayang dengan ahli keluarga yang rapat.
2. Belajar anggota badan
Beri bayi peluang mengetahui apa yang dapat dilakukan dengan kaki, tangan serta badannya. Dengan meniarap, dia menolak dirinya menggunakan tangan dan menendang keluar kakinya ke belakang. Bayi juga mungkin mengimbangi badannya di atas perut. Mengurutnya dengan lembut menggunakan minyak bayi akan mengajarnya tentang badan.
3. Mengenal objek dan bunyi
Sekiranya anda menunjukkan benda berwarna yang mengeluarkan bunyi, bayi akan menunjukkan minat dengan cara membesarkan matanya, menendangkan kaki dan tangan serta cuba mencapai objek tersebut. Dia juga akan cuba memegang objek yang ringan jika anda meletakkannya di dalam tangannya.
4. Bergolek
Ada bayi yang sudah boleh belajar bergolek pada masa ini. Pada awalnya dia bergolek dari hadapan ke belakang, kemudian dari belakang ke hadapan. Akhirnya dia akan cuba menggerakkan badannya. Jangan biarkan bayi anda bersendirian di atas katil kerana dia berisiko untuk jatuh.
Teruskan menyokong dan merangsang bayi anda supaya dia membesar sebagai anak yang sihat dan cerdas!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mustahil ramai netizen yang geram dengan kegebuan pipi anak Johan dan Ozlynn yang diibaratkan seperti pipi pau.
“Tak ada apa-apa rahsia pun cuma susu ibu sahaja”, kongsi Ozlynn.
Menurut Ozlynn, dia masih menyusukan anaknya yang diberi nama Nur Latifah Moleiq Haninia.
“Saya masih menyusukan Moleiq, jadi saya kini banyak meluangkan masa di rumah menjaga dan bersamanya.
“Bila keluar bekerja pun paling lama dua jam. Lepas tu dah mula rindu pada Moleiq. Ibaratnya macam bantal busuk mama, tak boleh nak berenggang,” selorohnya yang melahirkan anak kelimanya 17 Jun lalu.
Mengenai pemilihan nama Moleiq untuk anak kelimanya ni, Ozylnn memberitahu Astro Gempak pemilihan nama tersebut diberikan sendiri oleh Johan.
“Pada mulanya kita mahu namakan anak kelima ini dengan ‘Cerdik’, tetapi menurut Johan bagi memudahkan saya untuk memanggil anak-anak dia beri nama Moleiq (molek).
“Yelah bila panggil anak keempat Chantiq (cantik) terus sebut Moleiq (molek). Ala macam kita sebut ‘cantik, molek…’
“Sudah tentu kita memilih nama yang baik-baik sahaja untuk anak-anak kita dan semua orang tahu maksud molek iaitu yang baik-baik dan cantik.
“Nur Latifah pula bermaksud cahaya kelembutan.
“Sementara nama Hanania itu merupakan nama keluarga kami yang mana semua anak diberikan nama tersebut. Ia bermaksud dikasihi Allah,” katanya.
Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.
Sumber: ig jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerap bagi anak gajet hanya nak suruh anak duduk diam, akan jejaskan perkembangan pembelajaran anak sejak usia dua tahun lagi. Malah jika anak umur lima tahun masih belum boleh membaca dan belum mahir menulis, antara kesannya ialah akibat penggunaan gajet yang terlalu kerap sehingga menggangu perkembangan mental dan fizikal anak-anak.
Malah ia menghalang anak untuk fokus dan jejas kemahiran motor halus. Ini adalah antara kesannya jika ibu ayah tidak mengawal penggunaan gajet sejak dari kecil lagI.
Isu bahaya gajet kepada kanak-kanak sering dperkatakan dan diberi pendedahan kepada golongan ibu bapa. Namun ada segelintir masih belum bertindak sewajarnya.
Menurut Dekan, Sekolah Sains Sosial, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Dr. Bustam Kamri , gajet biasanya diberikan kepada anak supaya berkelakuan baik dan duduk diam dalam kenderaan. Anak-anak kecil tidak mengganggu ibu yang sedang membuat kerja dan mengemas rumah. Semasa di pasaraya atau kedai makan akan kelihatan kanak-kanak sibuk menumpukan perhatian pada telefon pintar tanpa mengganggu ibu bapa yang sibuk membeli belah atau makan.
Sesetengah pakar keibubapaan mengganggap menggunakan skrin tablet sebagai sogokan atau daya tarikan seperti pertukaran barang dagangan. Anak-anak tidak mengganggu jika diberikan gajet dan ibu bapa dapat menyelesaikan masalah anaknya dari daripada diganggu.
Pakar keibubapaan dan ahli psikologi bimbang tentang kesan iPad, iPhone, Android dan gajet lain menggunakan skren sentuh pada kanak-kanak bawah tiga tahun. Apabila permainan video diperkenalkan pakar-pakar bimbang akan menjadikan kanak-kanak ganas. Sebelumnya televisyen juga pernah dipersalahkan kerana memberi kesan penglihatan kepada kanak-kanak.
Oleh kerana telefon pintar dan tablet masih baru, penyelidikan perubatan belum mendapat data-data untuk menjelaskan dan menjadikan pegangan dalam isu ini. Walau bagaimana pun kajian sains sosial dan psikologi kanak-kanak telah menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan telefon pintar dan skrin tablet.
Keburukkan Pada Kanak-Kanak
Tanpa disedari terdapat kesan buruk kepada kanak-kanak yang menggunakan telefon pintar dan skrin tablet belebihan. Kesannya buruk ini berdasarkan penyelidikan awal dan pandangan para pendidikan kanak-kanak.
Halang perkembangan otak
Pasa awal tahun kelahiran, otak kanak-kanak berkembang secara berterusan. Cara yang terbaik kanak-kanak kecil belajar dengan berinteraksi dengan orang bukan melalui skren. Sewaktu menggunakan skrin kepala kanak-kanak tunduk dan tidak langsung ada perhubungan dan kontek mata dengan orang lain. Keadaan ini akan membahayakan otak yang sedang berkembang.
Tiada interaksi
Jika terlalu asyik menggunakan skrin akan menghalang kanak-kanak berusia 2 tahun atau 3 tahun berinteraksi dengan ibu bapa, adik beradik dan kanak-kanak lain. Secara tidak langsung menghalang perkembangan bahasa, sosial dan emosi. Hal ini juga memberi kesan kepada kanak-kanak terhadap perkembangan pandangan, empati, cara mengenali diri dan perhubungan sosial.
3. Tidak aktif dengan aktiviti fizikal
penggunaan gajet telefon pintar dan skrin tablet kanak-kanak berubah duduk diam asyik dengan gajet dan mendapatkan hampir semua ransangan daripada skrin. Kesannya pergerakan fizikal kanak-kanak tidak digunakan sepenuhnya dan mengganggu perkembangan motor kanak-kanak.
Ganggu perkembangan anggota badan
Rangsangan daripada skrin ini tidak membina perkembangan anggota tubuh menerusi permainan yang menggunakan fizikal. Oleh sebab itu American Academy of Pediatric (AAP) tidak menyarankan penggunaan skrin pada kanak-kanak di bawah umur dua tahun.
Jejas perkembangan pembelajaran
Penggunaan yang kerap boleh menggangu perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Malah terdapat kajian menyatakan bayi dan kanak-kanak tatih lebih baik pembelajarannya menggunakan alatan yang diboleh sentuh dan pegang berbanding dengan melihat atas skrin. Konsep penerokaan tiga dimensi adalah lebih baik daripada dua dimensi untuk menggalakkan perkembangan kognitif.
Kefahaman terjejas
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun di mana ibu bapanya membacakan buku kepada kanak-kanak peringkat umur ini dengan menggunakan buku eletronik mendapat skor rendah dalam kefahaman membaca berbanding ibu bapa yang menggunakan buku sebenar. Sebahagian besar sebab buku eletronik di skrin didapati gangguan bunyi loceng dan bunyi-bunyi lain daripada buku dalam peranti. Kanak-kanak dan ibu bapa terganggu daripada kesan bunyi yang dikeluarkan daripada memberi tumpuan sepenuhnya pada buku. Kajian lain menunjukkan kanak-kanak 2 tahun lebih cepat belajar perkataan menerusi interaktif berbanding cara pasif di skrin.
Kurang selera makan
Para doktor juga turut merasa bimbang jika terlalu terdedah dengan skrin boleh memberi kesan pada masa penumpuan dan kawalan selera makan. Keadaan ini terjadi ekoran terlalu lama pengunaan gajet.
Kesimpulannya, boleh dikatakan telefon pintar dan tablet telah mengambilalih semua aktiviti. Kanak-kanak yang sudah besar sepatutnya menggunakan masa yang lebih dengan aktiviti luar, membaca, menggunakan masa untuk hobi atau menggunakan imaginasi dengan permainan bebas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!