Anak Tak Cukup Tidur Jadi Kurang Peka, Boleh Jadi Pemarah, Betulkan Waktu Tidur Anak!

Share

Rungsing dibuatnya apabila si kecil kita yang baru berusia lima tahun masih tidak tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Masih berlegar-legar di ruang tamu dengan gajet di tangan.

Hal sebegini sepatutnya tidak berlaku kepada anak sekecil itu. Waktu tidur yang tidak cukup akan membuatkan anak kurang peka dalam melakukan sesuatu malah banyak kesan lain yang turut dikongsikan oleh Dr Redza Zainol melalui facebooknya. Hal ini mak ayah perlu tahu. Paling penting elakkan anak tidur lewat!


Ada satu orang kawan saya ni mengadu. Anak dia selalu tidur lewat. Pukul 1 pagi pun dia masih duk berjalan ke ruang tamu. Dah serupa burung hantu tak tidur-tidur.

Dia tanya saya kenapa jadi macam tu. Rupanya lepas saya tanya itu ini, dia bagitahu anak dia suka guna handphone sampai ke lewat malam. Dia akan tengok semula video dan gambar sendiri yang mak ayah dia pernah ambil.

Saya pun terangkan pada dia usah biarkan anak kita mengadap gajet satu jam sebelum tidur.

1) Gajet hasilkan cahaya khas dinamakan sebagai Blue Light.

2) Otak anak yang terdedah pada Blue Light akan fikir waktu tu masih siang.

3) Ia akan buatkan paras hormon melatonin jadi rendah dan anak susah nak tidur awal.

4) Paras hormon melatonin (hormon tidur) jadi tinggi bila bilik tidur digelapkan atau suram.

Yang paling saya takutkan adalah kesan daripada tidur lewat tu sendiri. Waktu tidur malam yang terganggu tu akan berterusan hingga ke waktu siang.

Anak akan jadi kurang peka, tak dapat beri perhatian dan tak dapat fokus di rumah dan di sekolah. Boleh juga anak jadi hyperaktif, impulsif, pemarah dan sampai jadi malas.

Bantu saya #sebarkan supaya anak-anak kita semua dapat tidur yang cukup dan berkualiti.


EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM