Tak boleh main agak-agak kalau nak anak memperoleh khasiat susu ibu yang sebenar. Malah ada ibu yang bersungguh buat stok simpanan susu tetapi tidak tahu menjaga suhu dan cara menyimpannya dengan tepat. Lebih-lebih lagi pada ibu baru pertama kali menyusu.

Ini panduan untuk mama, seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammat Izzat di facebooknya. Jangan keliru lagi!

Anak Tak Dapat Nutrisi Kalau Salah Simpan Susu Atau Suhu Tak Sesuai, Ini Panduannya!


Ramai ibu dok tanya saya berapa lama susu perahan boleh bertahan. Cerita dia macam ni:

Suhu bilik
23-32 darjah celcius ( susu boleh tahan 3-4 jam )
19-22 darjah celcius ( susu boleh tahan 6-8 jam )

* Pastikan bekas susu tu sentiasa bertutup dan sejuk sejauh mana yang boleh.

Cooler bag/ ada ice pax
15 darjah celcius ( susu boleh tahan 24 jam )
* Kena pastikan bekas susu tu sentiasa bersentuhan dengan ice pax. Jangan kejap-kejap nak buka cooler bag tu.

IKLAN

Deep freezer
Suhu < -20 darjah celcius ( susu perahan boleh tahan 6 hingga 12 bulan lamanya )

* Saya nasihatkan simpan susu dalam bekas-bekas kecil, tulis tarikh bila susu tu disimpan. Susu yang mana masuk dulu, susu tu yang akan pakai dulu bagi kat baby. First in First out.

Anak Tak Dapat Nutrisi Kalau Salah Simpan Susu Atau Suhu Tak Sesuai, Ini Panduannya!

Peti ais 1 pintu – ruang biasa dan freezer sekali
Suhu < 15 darjah celcius ( susu boleh bertahan selama 2 minggu )
* Jangan simpan susu kat pocket frigde

IKLAN

Kalau simpan susu ruang sejuk biasa
Suhu < 4 darjah celcius ( susu boleh tahan 4-8 hari )
Peti ais 2 pintu. Ruang biasa + freezer asing-asing
Suhu < -18 ( susu boleh tahan 3-6 bulan )

Anak Tak Dapat Nutrisi Kalau Salah Simpan Susu Atau Suhu Tak Sesuai, Ini Panduannya!

 

IKLAN

Susu tu untuk baby. Jangan bapaknya pakai susu tu untuk bancuh kopi dah lah. Sebab tu kena label elok-elok masa nak simpan tu.

Ingat, lagi banyak ibu perah susu, lagi banyak susu dihasilkan.

Artikel berkaitan: Jangan Hanya Obese Pam Susu Sampai Berlebihan, Tak Terguna, Faham Dulu Konsep Stok Susu Ibu

Jangan Sampai Susu Ibu Kurang Nutrisinya, Ini Cara Tepat Cairkan Susu Perahan Beku

Anak Tak Dapat Nutrisi Kalau Salah Simpan Susu Atau Suhu Tak Sesuai, Ini Panduannya!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI