Cara setiap ibu mendidik anak-anak berbeza. Ada yang menggunakan pendekatan tegas dan ada juga yang lebih suka berlembut dengan anak-anak. Pendekatan yang ibu lakukan sebenarnya mengikut personaliti anak mereka sendiri. Biasanya ibu mengambil masa untuk mengenali perwatakan anak sebelum memilih cara terbaik untuk membesarkan mereka.  Salah satu cara yang paling berkesan untuk membentuk anak-anak adalah dengan menggunakan skil psikologi.

Tahukah anda bahawa seorang anak tanpa disuruh akan mengambil mainan untuk bermain masak-masak, manakala seorang lagi anak akan ke sudut bacaan memilih buku. Mereka tidak meminta orang dewasa membantu sebaliknya melakukannya sendiri!

Hakikatnya menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah.

Artikel Menarik: [Ibu Manja Pun Anak Tetap Manja Dengannya. Kena Tegas Baru Anak Jadi Orang]

Bagaimana pula dengan anak yang tidak mampu melakukan dengan sendiri? Berikut tujuh tip secara psikologi untuk mendidik anak untuk menjadi seorang yang berdikari.

Berikut 7 Kaedah Yang Boleh Anda Amalkan

1.Tugasan kecil kepada tugasan besar

Mulakan dengan tugasan kecil. Bahagikan tugasan besar kepada bahagian kecil. Semasa anak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak melakukan tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa jika anak berjaya, beri penghargaan kepadanya.

2. Permainan bebas

Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Anak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri dan membina sempadan. Gunakan masa untuk membuat pemerhatian individu semasa anak bermain sendirian atau secara kumpulan.

3.Jadual tugasan harian

Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan. Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.

4. Bantuan menguruskan masa

Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti.

Artikel Menarik: [Betul Pukul Anak Sebab Nak Hukum. Cumanya Jika Setakat Lepaskan Geram Silap Besar!]

5.Pilihan permainan

Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Adik hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.

6. Lakukan tugasan sehingga selesai

Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.

Artikel Menarik: [Doa Mak Ayah Ibarat ‘Emas’ Untuk Dapat Anak Soleh. Selalulah Amalkan 4 Doa Ini]

6. Meletakkan barang di tempat asal

Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.

7. Mempunyai kawan baik

Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.

Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.