“Anak saya terlalu aktif..tak boleh duduk diam walau seminit..melompat sana, melompat sini. Nak tengok dia duduk diam, waktu dia tidur. Tidur pulak sekejap sahaja. Begitulah antara keluhan ibu-ibu yang anak mereka terlalu aktif.
Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya.
Justeru ibu-ibu setkan minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif bagi mengurangkan stres. Tip berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang sentiasa aktif ataupun hiperaktif.
1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak dan seisi keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini mereka memerlukan peraturan yang jelas.
Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Perlu faham jika anak buat kesalahan kita kena juga menghukum mereka sebagai pengajaran.
2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak, termasuk kanak-kanak hiperaktif. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 9 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya.
Bagi ibu bapa yang memang doktor sahkan anaknya dalam kategori hiperaktif, pastikan buat sesuatu aktiviti tidak lebih dari 30 minit kerana kanak-kanak hiperaktif sukar untuk fokus untuk jangka masa yang lama.
3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak dan meningkatkan daya tumpuannya secara berperingkat.
4) Elakkan anak daripada banyak menonton TV, dan jangan biarkan menonton TV pada waktu malam terlalu lama. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak hiperaktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.
Oleh itu, ibu bapa harus tahu personaliti anak masing-masing. Kadang-kadang anak ini mereka sebenarnya nak perhatian daripada ibu bapa sahaja. Jika terlalu kerap menjerit, membentak atau memukul secara tak langsung perangai mereka boleh jadi semakin melampau.
Sebaiknya kesabaran yang tinggi sangat penting kerana setiap anak personalitinya berbeza-beza. Pendekatan yang berhemah, penuh kasih sayang boleh membantu anak-anak ini berjaya kelak.
Paling penting usah memberi label yang negatif seperti “buas” kepada mereka.
NOVAMIL 1+
Novamil 1+ adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Novamil 1+ mengandungi nutrien yang seimbang seperti asid lemak penting Omega-3 dan Omega-6 dari tumbuhan asal untuk perkembangan mental dan visual serta 26 vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan fizikal anak kecil. Mempunyai rasa vanila yang lazat, tanpa sukrosa untuk mengelakkan masalah gigi dan obesiti. 3 gelas Novamil 1+ melengkapi makanan harian anak anda. – Sihat & Ceria.
NOVAMIL DHA
Novamil DHA adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Diformulasi oleh sekumpulan ahli farmasi, ahli pediatrik, ahli diet dan pakar pemakanan, Novamil DHA mengandungi nutrien yang seimbang dengan DHA dari minyak ikan, GOS Prebiotik dan 5 Nukleotida, tanpa sukrosa dan dengan rasa vanila yang lazat. Pengambilan 3 gelas Novamil DHA dapat melengkapkan makanan harian anak anda.
NOVAMIL IT
Novamil IT adalah susu formula untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun yang diimport sepenuhnya dari Kesatuan Eropah. Dirumuskan oleh sekumpulan ahli farmasi, pakar kanak-kanak, ahli diet dan pakar pemakanan, Novamil IT membantu mengawal najis dan pergerakan usus pada kanak-kanak yang semakin membesar selain memberi mereka nutrien seimbang seperti asid lemak penting dan 26 vitamin serta mineral untuk mental dan fizikal bagi perkembangan sihat. Dengan rasa susu semula jadi tanpa ditambah sukrosa, pengambilan 3 gelas Novamil IT setiap hari dapat melengkapkan makanan harian anak anda.
Jangan lupa saksikan rancangan TV Pa&Ma di Astro Prima dan Astro Maya HD setiap Selasa jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam yang dibawakan oleh Novamil.