Apabila anak tak lalu makan nasi, mama akan susah hati. Sebab nasi ialah karbohidrat yang penting untuk membekalkan tenaga manakala sumber protein juga diperlukan untuk perkembangan otot dan saraf. Mama boleh cuba resepi bebola nasi berlauk dan sayur ini, mungkin boleh tarik seleranya semula.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Ily Ilyana ini, bebola nasi atau dipanggil rice ball ini dikongsikan beliau di grup Geng Memasak Untuk Anak.
“Saya buat rice ball tu sebagai main dish bila anak memang tak nak mkn nasi langsung. Maybe sebab nak tumbuh gigi atau dia banyak nak main
Alhamdulillah bila buat rice ball tu dia makan jugak. Jadi takde la kita susah hati bila anak tak nak mkn kan sbb dalam rice ball tu semua ada..karbohidrat, protein dan sayur,” kata Puan Ily ketika dihubungi Pa&Ma.
Ads
Puan Ily telah menyediakannya untuk anaknya yang berusia 1 tahun sebulan. Nampak sedap dan menyelerakan dan bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak.
Ada waktunya anak tidak selera untuk makan, lebih-lebih lagi selepas baik daripada demam. Baik nasi atau makanan kegemaran anak biasanya ditolak tepi mentah-mentah. Usahakan untuk anak kembali seleranya dengan menyediakan resipi yang berbeza dan unik.
Salah satu resipi istimewa yang boleh dicuba mama untuk hujung minggu ini adalah Golden Corndog. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Haslinda Sharuddin ini memang menyelerakan. Katanya resipi yang satu ini paling sesuai untuk jumlah anak yang ramai. Sekali makan anak dah kenyang. Jadi jom cuba buatkan pada anak untuk kembalikan selera mereka. Mana tahu menjadi.
Resepi Golden Corndog ni paling senang, paling cepat untuk mommy anak ramai ni.
Bahan-bahan:
Sosej
Roti
Mozarella cheese (block @ shredded )
Tepung gandum + air
Breadcrumbs (atau Cornflakes hancur pun boleh)
Lidi
Here we go!
Step 1 : Lenyekkan nipis-nipis, roti satu persatu. Kalau nak buat 10 cucuk, lenyek 10 keping roti naa.
Step 2 : Rebus sosej. Dah masak, tos dan bagi kering dan sejuk (rendam dalam air sejuk sekejap ) sosej tu. Kemudian cucuk guna lidi siap-siap satu persatu.
Step 3 : Letak Mozarella cheese penuh-penuh kat atas roti.( Mommy potong mozarella tu bentuk jejari. ) atau nk guna shredded mozarella pun boleh..lagi senang.
Step 4 : Letak sosej atas roti, dan gulung dengan lemah lembut cantik-cantik. Hujungnya lekat guna air je. Alaa..macam korang buat popia tu.
Step 5 : Bancuh tepung bersama air , buat pekat-pekat, jangan cair sangat. Sebab ni fungsinya nak bagi lekat kat breadcrumbs. Sapu bancuhan tepung tadi pada keliling roti. Lepas tu, golek atas breadcrumbs atau cornflakes hancur.
Step 6 : SIAP!
Dan frozenkan sekejap 1-2 jam. Baru goreng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu rendah lemak biasa menjadi jenis susu pilihan bagi mereka yang sedang berdiet. Berbanding susu penuh krim, susu jenis rendah lemak mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah.
Namun, tahukah anda bahawa ada kajian yang menyatakan susu penuh krim atau juga dikenali sebagai susu biasa memberi kesan yang lebih positif kepada tubuh badan kanak-kanak berbanding susu rendah lemak.
Tentu anda terfikir, apakah khasiat dan kesan positif susu biasa kepada kanak-kanak. Ikuti jawapannya di bawah ini.
Apakah perbezaan antara susu rendah lemak dan susu penuh krim?
Susu penuh krim
Anda pasti pernah melihat pelbagai jenis susu tersusun di rak pasar raya. Sebenarnya, kepelbagaian jenis susu tersebut ditentukan mengikut kandungan lemak di dalamnya.
Bagi jenis susu penuh krim (full cream/whole milk), ia adalah jenis susu biasa tanpa pengurangan kandungan lemak di dalamnya.
Biasanya kandungan lemak dalam susu penuh krim adalah sebanyak 3.25%.
Susu rendah lemak (low-fat milk) pula adalah jenis susu yang telah dikurangkan kandungan lemaknya sehingga tinggal sekitar 1% lemak sahaja.
Manakala bagi jenis susu skim (skimmed milk), lemak yang terkandung di dalamnya hanyalah sekitar kurang daripada 0.5%.
Mengapa susu biasa dikatakan sebagai jenis susu yang kurang sihat?
Selama berdekad lamanya, susu penuh krim telah disarankan untuk kurang diminum disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi di dalamnya.
Kajian menunjukkan, lemak tepu meningkatkan kandungan kolesterol, dan kandungan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mengalami penyakit jantung.
Oleh sebab itu, ramai pakar berpendapat bahawa lemak tepu seperti yang terdapat di dalam susu biasa ini meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung.
Namun, sejak kebelakangan ini, dakwaan ini mula diragui memandangkan ada beberapa kajian terbaharu yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak menyebabkan penyakit jantung.
Adakah benar susu penuh krim lebih baik daripada susu rendah lemak untuk kanak-kanak?
Ramai daripada kita yang mungkin mengelakkan jenis susu penuh krim disebabkan kandungan lemak dan kalorinya yang tinggi, yang mungkin menyebabkan peningkatan berat badan.
Namun, apa yang kita sangkakan mungkin tidak begitu benar.
Ini kerana, banyak kajian terbaharu menunjukkan bahawa produk tenusu yang tinggi lemak seperti susu biasa mungkin membantu anda mengelakkan pertambahan berat badan. Mengejutkan bukan?
Satu analisis terbaharu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menyatakan, kanak-kanak yang minum susu biasa lebih rendah risiko untuk mengalami obesiti atau memiliki berat badan berlebihan.
Kajian tersebut menyatakan secara terperinci, kanak-kanak yang minum susu biasa ini mempunyai 40% kurang risiko untuk memiliki berat badan berlebihan berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak atau susu skim.
Berdasarkan analisis terbabit, tidak terdapat sebarang kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang minum susu rendah lemak mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti.
Selain itu, 18 daripada keseluruhan 28 kajian juga menyatakan, kanak-kanak yang meminum susu penuh krim kurang berisiko untuk mengalami obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan.
Kajian ini adalah berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas data daripada 28 kajian yang berbeza. Kesemua 28 kajian tersebut telah melibatkan sekitar 21,000 kanak-kanak dan juga remaja.
Bukan kepada kanak-kanak sahaja, malah bermanfaat kepada orang dewasa
susu rendah lemak
Selain daripada kanak-kanak, ada juga kajian berkenaan manfaat susu jenis ini kepada orang dewasa.
Kajian yang dilakukan terdapat 1,782 individu lelaki mendapati, mereka yang mengambil produk tenusu dengan kandungan lemak yang tinggi mempunyai 48% risiko yang lebih rendah untuk mendapat obesiti berbanding lelaki yang mengambilnya dengan kadar sederhana.
Begitu juga dengan golongan wanita, hasil kajian turut menunjukkan dapatan yang sama.
Tidak dinafikan lagi bahawa susu biasa memberikan kandungan nutrisi dan manfaat yang lebih baik berbanding susu jenis rendah lemak atau susu skim.
Susu penuh krim membantu anda menguruskan berat badan selain mengurangkan risiko untuk anda mendapat sindrom metabolisme.
Namun, jika anda inginkan pilihan susu dengan kandungan kalori yang lebih sedikit, pilihlan susu skim.
Susu skim mempunyai kandungan nutrisi yang sama seperti susu biasa, namun dengan kandungan kalori yang lebih sedikit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu lauk lain, menu ayam sambal Bali sudah cukup membuatkan kita makan bertambah-tambah. Rasa bumbunya yang harum amat memikat selera.
Kalau mak-mak nak cuba buat, boleh ikut resipi ini. Sukatan satu ekor ayam, ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Ayam sambal Bali sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Jom lihat cara penyediaannya.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
6 batang serai – dititik
8 tangkai daun kari – dilerai
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang besar (*)
5 ulas bawang putih (*)
Sedikit belacan (*)
Kicap masin
1 senduk gula
1 sudu teh garam
(Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Basuh, tos kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya. Gaul rata.
2. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.
3. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai separa coklat.
5. Masukkan daun kari. Goreng seminit.
6. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
7. Tambahkan garam satu sudu.
8. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap).
9. Bila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon/merah gelap macam dalam gambar.
10. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.
12. Ayam sambal Bali siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Penyakit Buah Pinggang Kronik Tahap 4 tidak menghalang seorang ibu meneruskan kehamilan berisiko tinggi. Kisah Shaa Shidie ini menyentuh hati apabila sanggup mempertaruhkan nyawa demi melahirkan anak yang dinantikan selama empat tahun.