Keibubapaan

Anak Tak Mahu Makan, Nak Bagi Makan Nasi Pun Susah, Ini Fakta Mama & Papa Mesti Tahu

Share

Bila anak tak mahu makan, mama dan papa jadi susah hati. Bimbang anak tak cukup zat hingga membantut tumbesaran. Kalau beri nasi, lagilah anak tak mahu makan. Kalau makan pun, anak agak cerewet.

Anak lebih suka makan snek dan roti. Itu sahaja yang membuatkan si kecil berselera nak makan. Mulalah mama dan papa berhajat nak beri anak makan multivitamin tak supaya anak selera nak makan.

Berikut perkongsian dari doktor di Poliklinik Az-Zaara

Ini jawapan untuk kanak-kanak yang sihat tapi mak ayah kata anak tak nak makan nasi.

Ok, saya akan tanya lagi, bila awak ajak anak awak? Berapa kali sehari awak bagi anak awak makan?

Jawapan yang paling biasa ialah 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan malam.

Ini sebenarnya salah. Ini waktu makan orang dewasa. Bukan waktu makan bayi dan kanak-kanak.

Kanak-kanak ini, perut dia tak sama macam perut orang dewasa. Dia makan pun tak sebanyak orang dewasa makan. Jadi logiklah kalau dia lapar lebih awal dari orang dewasa. Biasa selepas 4 jam, kanak-kanak akan mula rasa lapar. Bila dia lapar, dia akan mula makan apa yang ada atau apa yang dia rasa sedap, macam coklat, makanan ringan dan sebagainya.

Makan sedikit dah mencukupi bagi mereka sebab nak sambung main.

Jadi by the time mak ayah nak makan, kanak-kanak tu masih lagi kenyang sebab baru je lagi makan makanan ringan tadi. Jadi bagi nasi kat anak mesti anak tak nak makan. Mesti nak sambung main, nak sambung tengok tv, nak sambung berlari dan sebagainya.

Lepas itu, ada juga mak ayah yang risau, anak mereka tak nak makan nasi. Asyik makan roti, mi dan lain-lain.

Tak mengapa. Asalkan cukup zat makanan mengikut piramid makanan. Cukup karbohidrat, cukup protein, cukup sayur dan lemak. Tak kisahlah nasi, roti atau apa sahaja.

Jadi, pastikan waktu makan anak-anak anda betul. Barulah senang nak bagi mereka makan makanan yang berkhasiat.

Selain itu, tips-tip lain untuk menambah selera makan kanak-kanak

– Jadikan makanan lebih ceria dan nampak menyelerakan
– Jadikan waktu makan sebagai waktu berkumpul sesama keluarga.
– Pelbagaikan makanan setiap hari. Jangan berikan makanan yang sama setiap hari.
– Kenalpasti apa makanan kegemaran anak-anak dan berikan makanan tersebut jika ia berkhasiat.

Sumber: Poliklinik Az-Zaara

Published by
Has