Memang masalah bila anak tak mahu makan nasi. Pening juga dibuatnya bila langsung tidak mahu menjamah nasi, lauk dan sebagainya. Jadi bagaimana khasiat nak diperolehi. Tak gitu?
Dalam keadaan yang semacam ni, ada baiknya mama tampil kreatif lebih daripada biasa. Tak mengapa asalkan anak mahu menjamah. Selit-selitkanlah sayuran dan protein buat anak-anak kita.
Boleh juga hasilkan resipi sedap dan kreatif yang dikongsikan oleh Norazlin Abd Rahman ini di facebooknya. Nampak mengiurkan dan paling penting banyak khasiatnya pada anak kita. Jom cuba.
Makanan lengkap sesuai untuk anak-anak yang susah nak makan nasi dan sayur. Semua dah ada dalam sebiji tart ni. Ringkas, cepat, mudah dan sedap.
Bahan-bahan:
Roti buang kulit tepi
Mix vage pasta – rebus dulu
Sosej -jika suka
Telur
Susu
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah dan lada hitam
Slice chesse
Mozzarella
Senang je cara nak membuatnya. Anak-anak kita pun boleh sama-sama sediakan. Bonding pun makin kuat.
Ads
Masukkan roti ke dalam acuan, kemudian tekan-tekan bagi padat.
Tabur mix vege pasta yang telah direbus terlebih dahulu.
Ads
Susun sosej yang telah dipotong.
Ads
Last sekali masukkan susu ke dalam roti tadi. Susun slice chesse dan taburkan mozzarella.
Panaskan oven terlebih dahulu, bila dah panas baru masukkan ke dalam oven untuk di bakar.
Bakar sehingga garing di atas. Jangan lama sangat, nanti inti di dalam akan terlebih masak dan keras.
Tadaaa…dah siap, makan waktu panas-panas memang sedap.
KreditL Norazlin Abd Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resipi milk booster ni datang dari bahan-bahan semulajadi, jadi mama tak perlu risau dan cara penyediaanya pun sangat mudah. Milk booster semulajadi ini dapat membantu menambah susu dan ibu. Tak salah mama cuba dulu. Mana tahu serasi. Jom cuba!
Dah malam ni tak boleh tidur baru teringat nak buat homemade milk booster ni. Mungkin ramai yang dah tahu resepi milk booster ni. Tapi saya kongsikan untuk sesiapa yang tak tahu. Hihi.
InsyaAllah berkesan. Saya dah cuba banyak kali. Rasa pun sedap macam kita minum air laicikong / laicikang.
Bahan-bahan:
Kurma 5biji ( atau berapa sahaja bilangan ganjil )
Longan kering ( ikut suka nak letak berapa banyak )
Halba ( pun ikut suka nk letak banyak mana )
Gula batu ( secukup rasa manis )
Air secukupnya untuk direbus.
Cara penyediaan:
Caranya sangat senang. Campur je semua bahan tu. Rebus sampai longan kembang dan gula batu cair. Gula batu tu kalau taknak manis takyah letak pun takpe sebab longan dan kurma dah rasa manis. Sukatan terpulang nak buat berapa banyak. Boleh minum bila dah suam atau sejuk. Saya buat letak dalam botol dan masuk peti ais. Minum sejuk sejuk sedap hihi.
Bahan bahan boleh didapati;
Gula batu – pasaraya / kedai runcit
Halba – pasaraya / kedai runcit
Kurma – pasaraya
Longan kering – pasaraya / kedai ubat cina
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedapnya kalau tambahkan serbuk cendawan dalam masakan. Rasanya berbeza dari serbuk perasa atau garam. Rasa makanan akan jadi berlemak dan rasanya juga tidak terlalu masin.
Jika mahu dibeli di pasaran, serbuk cendawan dijual dengan harga yang mahal. Untuk jimat, ia boleh dibuat sendiri. Tak susah pun dan boleh juga buat untuk anak. Hasilnya, makanan anak pun akan bertambah enak!
Nawal Yasmin Mat Noh via grup Masak Apa Hari Ni terlah berkongsi cara paling mudah untuk menghasilkan serbuk cendawan ini.
Serbuk cendawan yang dah siap!
Ini caranya;
Pertama kali buat Mushroom Seasoning. Sangat senangg rupanya 😍 Bakar 20min dalam oven/airfryer then blend 1 min dengan TM6. Terus jadi serbuk halus 👏🏻👏🏻
Sekiranya anda mahu buat serbuk cendawan untuk anak, bolehlah gantikan garam dan gula dengan ikan bilis. Serbuk cendawan ini bukan saja boleh dicampurkan dalam bubur anak tetapi masakan lain untuk memberi rasa umami yang enak. Selamat mencuba!
Ayam Percik jika dilihat, ia hanyalah satu hidangan yang ringkas malah mudah disediakan, namun jika seseorang itu tiada kepakaran, hasilnya kurang memuaskan.
Resepi Ayam Percik Simple
Bahan-bahanya:
Seekor Ayam (potong 4 bahagian)
5 ulas Bawang putih
2 biji Bawang besar
2 inci Halia
3 batang Serai
Sedikit Cili kisar
1sudu Serbuk kunyit
1 ketul Gula kerek
Sedikit Garam
Santan kotak
Madu
Cara Penyediaan:
Blender bawang besar, bawang putih, halia dan serai.. Tumis bahan blend tadi..
Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, gula kerek dan garam..
Masak seketika.. Ambil ayam masukkan dalam kuah tadi..
Siram ayam dengan kuah sambil tu kelar-kelar/tikam-tikam ayam tadi supaya kuah meresap ke dalam isi ayam..
Bila ayam sudah separuh masak, angkat dan bakar ayam tersebut..
Terpulanglah la nak bakar menggunakan arang ka, oven ka atau pemanggang ajaib ka.. Bakaq sehingga garing..
Lebihan kuah tadi, masukkan santan dan madu.. Masak sehingga pekat.. Ambil kuah tadi siram ke atas ayam. Taraaa dah siap.. 😋😋
Punya gaya yang tersendiri, lantang bersuara dengan isi yang bernas, dan penuh semangat bila bercakap tentang seni itulah Mimi Fly.Di sebalik personalitinya yang nampak...