Anak Tak Mahu Makan Nasi, Gantikan Dengan Tart Roti Super Ekspress, Sedap!

Share

Memang masalah bila anak tak mahu makan nasi. Pening juga dibuatnya bila langsung tidak mahu menjamah nasi, lauk dan sebagainya. Jadi bagaimana khasiat nak diperolehi. Tak gitu?

Dalam keadaan yang semacam ni, ada baiknya mama tampil kreatif lebih daripada biasa. Tak mengapa asalkan anak mahu menjamah. Selit-selitkanlah sayuran dan protein buat anak-anak kita.

Boleh juga hasilkan resipi sedap dan kreatif yang dikongsikan oleh Norazlin Abd Rahman ini di facebooknya. Nampak mengiurkan dan paling penting banyak khasiatnya pada anak kita. Jom cuba.


Makanan lengkap sesuai untuk anak-anak yang susah nak makan nasi dan sayur. Semua dah ada dalam sebiji tart ni. Ringkas, cepat, mudah dan sedap.

Bahan-bahan:
Roti buang kulit tepi
Mix vage pasta – rebus dulu
Sosej -jika suka
Telur
Susu
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah dan lada hitam
Slice chesse
Mozzarella

 

Senang je cara nak membuatnya. Anak-anak kita pun boleh sama-sama sediakan. Bonding pun makin kuat. 

 Masukkan roti ke dalam acuan, kemudian tekan-tekan bagi padat.

Tabur mix vege pasta yang telah direbus terlebih dahulu.

Susun sosej yang telah dipotong.

Last sekali masukkan susu ke dalam roti tadi. Susun slice chesse dan taburkan mozzarella.
Panaskan oven terlebih dahulu, bila dah panas baru masukkan ke dalam oven untuk di bakar.

Bakar sehingga garing di atas. Jangan lama sangat, nanti inti di dalam akan terlebih masak dan keras.

Tadaaa…dah siap, makan waktu panas-panas memang sedap.

KreditL Norazlin Abd Rahman

Published by
SRM