Anak Tak Mahu Makan Nasi Jangan Paksa, Trik Guna Lebihan Nasi Semalam, Sediakan Murtabak Nasi Cheese Ni!

Share

Bagi ibu yang mengalami masalah anak tidak suka makan nasi, jangan dipaksa anak-anak kita. Cuba kreatifkan menu sajian setiap hari agar dapat menarik perhatian anak kita. Selain bermain dengan warna dan jadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa yang menarik, ada cara mudah nak tarik perhatian anak kita.

Menu yang dikongsikan oleh Puan Dahlia Kamaruza ini memang hebat dan kreatif. Siapa sangka lebihan nasi semalam boleh dipelbagaikan untuk menu anak. Lebih hebat lagi, tanpa sedar anak makan nasi seperti yang mama ingini. Trik hebat dan licik.

Menu bila ketandusan idea, bila nak cepat or bila anak taknak makan nasi. Semudah Abc gitu kan. Biasa anak mesti tak reject kan kalau bagi yang ni.

Hilman bangun lambat harini. Breakfast harini mummy buatkan dia Murtabak Nasi Cheese je. 3 keping Hilman makan harini. Macam biasalah mummy memang buat extra sebab tahu dah nanti kakak abang mesti nak juga. Lepas makan dia tidur. Harini Hilman dah genap 8month. Alhamdulillah dah boleh intro dah menu baru untuk tambah selera makan dia. Lunch mummy buatkan nasi carrot.

Martabak Nasi Cheese

Bahan-bahan:
Leftover nasi 2 tbs
Telur 2 biji
Sawi parkchoi 1 helai (racik halus)
Carrot 1 inci (rajik halus)
Bayam 1/2 gengam (racik halus)
Bawang holand 1 hiris (dadu)
Cream cheese 1/2 tbs
Sedikit minyak
Serbuk ayam/ bilis homemade (optional)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaulkan sebati.
2. Cream cheese potong kecik-kecik. Nak letak cheese yang stick or slice pun boleh.


3. Lagi senang potong kecik-kecik, just makesure yang baby boleh makan lah.
4. Panaskan kuali leper letak sedikit minyak, tuang adunan dan ratakan.


5. Biar masak dengan api yang perlahan.
6. Bila dah garing baru terbalikkan. Siap!

P/s: Mummy pun tumpang sekali, sedap pulak.

Published by
SRM