
Susah sangat nak ajar anak kita makan sayur. Kalau disuap bersama nasi, pasti anak tolak mentah-mentah. Terpaksalah mama bertambah kreatif dengan buat trik sembunyikan sayur dalam makanan yang dimasak.
Tapi jenis makanan bagaimana yang mampu tarik perhatian anak kita untuk masak. Tak kisahlah jenis makanan apa asalkan penuh dengan nutrisi dan paling penting berkhasiat.
Resipi Sosej Ayam Sayur yang dikongsikan oleh Puan Norazlin Abd Rahman di facebooknya ini boleh juga kita jadikan panduan. Nampak sedap dan paling penting lebih selamat dan jimat. Jadi jom cuba.
RESEPI SOSEJ AYAM+SAYUR
Makanan sihat untuk anak-anak. Bukan senang nak bagi anak-anak makan sihat yang lengkap dengan happy, terutama sayur. Ini cara paling mudah dan membuatkan anak anda bertambah makan!
Bahan-bahan :-
4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Lobak merah dan daun sup (boleh guna apa-apa sayuran)
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
4 sudu makan tepung ubi
Caranya:
1. Campurkan kesemua dan kisar hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim dan ikat dihujung kiri dan kanan.
3. Kemudian rebus dalam 10 hingga 15 minit.
4. Goreng jika nak makan, yang lebih boleh simpan.
Siap!
Kredit: Norazlin Abd Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Fuhh Berdesup Suap!” Masak Lemak Cili Api Daging Salai & Kulat Sisir Paling Mudah, Resipi Daddy.

Bila bercakap tentang masak lemak cili api daging salai pastinya kita terbayang keenakan masakan ini. Lebih enak jika dapat merasai sendiri air tangan orang negeri sembilan. Memang tak akan dilupakan sampai bila-bila.
Bagi yang tercari-cari resipi mudah untuk menu ini, anda boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Super Daddy ini
Hari ni aku nak berbuka dengan hidangan istimewa sikit.
Daging Salai & Kulat Sisir Masak Lomak gaiss. Fuhhh berdesup suapnya nanti dan berdentum dia kat dalam perut. Semoga perut aku tahan lah. Aku bajet pedas dia manja-manja jer ni.
Nah resipi Masak Lemak Cili Api Daging Salai & Kulat Sisir paling mudah yakmat. Sesuai untuk nubis yan nak belajar memasak. Kulat sisir tu boleh ganti belimbing buluh atau pucuk ubi pun sodap.
Bahan diperlukan untuk projek hari ini.
500gm daging salai
1-2 cawan kulat sisir/cendawan kukur direndam dan toskan.
3 batang serai dititik
1 kotak santan. Ada santan segar lagi best.
1-3 keping asam gelugor, ikut kau lah.
1 helai daun kunyit jika ada. Hiris kecil.
4 ulas bawang merah*
1 genggam cili padi atau cili apa sahaja yang ada.*
1 inci belacan (optional)* boleh ganti ikan bilis.
1 inci halia*
2 inci kunyit hidup*
Cara melaksanakannya:
1. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau sekejap dan masukkan daging salai dan renih sambil sentiasa kacau.
2. Masukkan santan bersama serai dan asam keping dan terus kacau lagi dan lagi dan lagi. Tambah air dalam 1-2 cawan. Masukkan garam, serbuk perasa jika mahu dan kacau lagi sehingga mendidih.
3. Dah mendidih, masukkan pula kulat sisir/cendawan kukur tadi bersama hirisan daun kunyit jika ada dan kacau rata. Perlahankan api dan kacau sentiasa sehingga cendawan lembut.
Siappp.
Wajib makan dengan nasi panas okeh.
Dan lebih sedap jika makan Bersamamu.
#superdaddy
#ResepiSuperDaddy
#masaklemakdagingsalai
Kredit: Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat, Ini Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku

Isi Kandungan
ToggleSalah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Ini Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Cara Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Dan Ruang Sejuk Beku:
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Kredit: Suzana Zainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Apam Solo Ringkas Dengan Inti Kelapa Penyedap Rasa, Memang Sedap!

Kuih apam antara kuih-muih yang cukup mudah disediakan. Ia ringkas malah menggunakan bahan yang tidak banyak untuk disediakan kepada anak-anak. Jika si kecil anda sukakan apam, Apam Solo ini wajib ada cuba.
Tambahan inti kelapa di dalamnya sememangnya menyedapkan lagi rasa apam. Lebih laju suapan. Apatah lagi kala digandingkan bersama secawan teh panas di petang hari. Resipi ringkas yang disediakan oleh Pn Zura Zul ini wajib ada cuba. Memang sedap!
Apam Solo. Apam berintikan kelapa dalam dia, memang sedap.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1/4 cawan minyak
1 paket yis mauripan
Secubit garam
2 1/2 cawan air
Pewarna ikut suka
1) Kecuali pewarna, campurkan kesemua bahan-bahan di atas. Kacau rata/sebati.
2) Perap adunan dalam bekas bertutup 1/2 jam atau sehingga naik.
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih. Acuan sapu minyak. Susun acuan dalam pengukus.
4) Adunan perap yang dah naik tadi dikacau rata.
5) Tuang sesudu adunan apam dalam acuan tadi. Masukkan inti kelapa (buat bulat-bulat dulu inti kelapa). Tutup inti dengan adunan tadi. Jangan tuang penuh acuan.
6) Lebihan adunan bahagikan sikit-sikit. Warnakan dengan warna pilihan. Guna sudu kecil ambil sedikit adunan letak atas apam tadi. Buat dengan cepat ye sebab adunan apam naik cepat. Boleh lorekkan guna lidi.
6) Kukus selama 15 minit. Guna api sedehana besar.
P/s: **Untuk adunan warna boleh juga masukkan dalam plastik kecil. Paipkan atas apam. Kemudian lorek dengan lidi **Adunan dia sedikit pekat/kental. Jangan tambah air.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Wajib cuba: Kering Idea Nak Masak Boleh Cuba Ayam Perap Mayo Ni, Sedap Hingga Menjilat Jari!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI