Susah sangat nak ajar anak kita makan sayur. Kalau disuap bersama nasi, pasti anak tolak mentah-mentah. Terpaksalah mama bertambah kreatif dengan buat trik sembunyikan sayur dalam makanan yang dimasak.

Tapi jenis makanan bagaimana yang mampu tarik perhatian anak kita untuk masak. Tak kisahlah jenis makanan apa asalkan penuh dengan nutrisi dan paling penting berkhasiat.

Resipi Sosej Ayam Sayur yang dikongsikan oleh Puan Norazlin Abd Rahman di facebooknya ini boleh juga kita jadikan panduan. Nampak sedap dan paling penting lebih selamat dan jimat. Jadi jom cuba.


RESEPI SOSEJ AYAM+SAYUR

Makanan sihat untuk anak-anak. Bukan senang nak bagi anak-anak makan sihat yang lengkap dengan happy, terutama sayur. Ini cara paling mudah dan membuatkan anak anda bertambah makan!

Anak Tak Mahu Makan Sayur,  Buat Trik Kreatif Dengan Sosej Ayam Sayur Homemade, Superb!

IKLAN

Bahan-bahan :-

4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Lobak merah dan daun sup (boleh guna apa-apa sayuran)
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
4 sudu makan tepung ubi

Caranya:

Anak Tak Mahu Makan Sayur,  Buat Trik Kreatif Dengan Sosej Ayam Sayur Homemade, Superb!

IKLAN

1. Campurkan kesemua dan kisar hingga sebati.

Anak Tak Mahu Makan Sayur,  Buat Trik Kreatif Dengan Sosej Ayam Sayur Homemade, Superb!

2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim dan ikat dihujung kiri dan kanan.

Anak Tak Mahu Makan Sayur,  Buat Trik Kreatif Dengan Sosej Ayam Sayur Homemade, Superb!

IKLAN

3. Kemudian rebus dalam 10 hingga 15 minit.

4. Goreng jika nak makan, yang lebih boleh simpan.

Anak Tak Mahu Makan Sayur,  Buat Trik Kreatif Dengan Sosej Ayam Sayur Homemade, Superb! Anak Tak Mahu Makan Sayur,  Buat Trik Kreatif Dengan Sosej Ayam Sayur Homemade, Superb!

Siap!

Kredit: Norazlin Abd Rahman

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI