
Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Kadang-kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam.
Baca Selanjutnya:
“Tak Kuat & Terlalu Rindukan Mamajee” Selepas Beberapa Hari Menyepi, Ini Luahan Keluarga Fatimah
Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran, beliau telah berkongsi tip bagaimana anaknya dari seawal umur sebulan tak pernah meragam pada waktu malam.
Kawan-kawan yang baru dapat baby & bakal dapat baby korang boleh cuba tips ni In Sha Allah berkesan & tido malam korang tak terganggu;
1. sebelum tido malam tuka pampers baby siap2 bg dia selesa
2. lebih kan 1oz susu sebelum tido, contoh kalo selalu baby minum 3oz buat 4oz sblum tido
3. kalo baby bagun menagis malam biarkn dulu dia menangis 5-10 minit baru bagi susu jgn biasakn bila menangis terus bagi susu sbb nk tuka mind set baby, yg ni perit ckit tp kene kental, tgk mcm kesian, try seminggu
ALHAMDULILLAH DARI UMUR RAIESYA 1 BULAN SAMPAI LAH SEKARANG DIA TAK PERNAH BAGUN MALAM,
Tips ni ak belajar dari Consultant Paediatric Dr.Tan Eng Kian dari salam hospital shah alam masa ak check up anak ak Raiesya, apa2 hal korang bole rujuk dia bnyk lg tips2 berguna korang boleh belajar dr dia, ok good luck!
Sumber: Facebook Ahmad Syakir Amran
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Susah Dan Senang Sama-Sama”. Respek Cara Shuib Dan Sarah Kekalkan Kebahagiaan Demi Anak-Anak

Penyanyi, Siti Sarah berkongsi memori bersama suaminya, Shuib Sepahtu sebelum mereka bernikah.
Kini setelah dikurniakan tiga cahaya mata, kasih sayang mereka tetap utuh dan pasangan ini sentiasa menjadi perhatian peminat kerana keharmonian dalam rumah tangga dan mendidik anak.
Sarah menceritakan memori tersebut menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on
“Saya teringat sebelum kami menikah.. @shuibsepahtu pernah tanya.. Sanggup ke you nak bersusah-susah hidup dengan I?
“Jawapan saya… TIDAK! Sekiranya you sayang dengan I, you takkan sanggup tengok isteri dan anak-anak you susah.. You akan lakukan sedaya upaya untuk bagi keluarga you senang terutama ibu you, isteri dan anak-anak… (jawapan gertak je tu)
“Tapi pada hakikatnya, I’m the one yang berada dengan dia disaat dia susah.. Kalau you jatuh I akan cuba angkat you ke atas.
“Disaat dia tak yakin melakukan sesuatu.. Saya akan buat dia percaya benda yang tak mungkin dia capai akan tercapai bila kita percaya pada diri sendiri disamping sokongan insan yang tersayang…” tulis Sarah.
Di ruangan komen, peminat Sarah memuji tindakan yang dilakukan oleh pelantun lagu Jangan Kau Mimpi itu yang sangat setia menyokong Shuib.
Peminat juga mendoakan agar perkahwinan Sarah dan Shuib kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan terus bahagia dengan anak-anak.
Sumber: astro gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingatan Buat Suami, Mental Isteri Tak Tertekan Jika Suami Faham & Bertolak Ansur

Dalam berumah tangga, pentingnya kesefahaman antara pasangan. Suami tak boleh expect isteri hari-hari senyum, hari-hari ceria. Kadang ada ketikanya moodnya tak berapa ok atas sebab tertentu.
Namun, sebagai orang yang paling dekat dengan isteri, suami harus faham kenapa ada ketikanya seperti ada sesuatu tak kena pada isteri. Pernah tak suami tanya dan cuba faham isteri? Kadang orang perempuan ni dia cuma mahu sedikit perhatian.
Sebab itu, dalam rumah tangga, pegang kunci ini. Suami harus faham isteri dan isteri pula mesti tahu apa keperluan yang suami mahukan. Moga perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini boleh buatkan rumah tangga kekal harmoni.
Mental isteri tak tertekan…Jika setiap bulan suami peka dengan keperluan harian…apa yg dah habis, apa yg kena tambah, apa nak kena beli…
Mental isteri tak tertekan jika setiap minggu suami mampu duduk rumah, menghabiskan masa dengan keluarga, buat aktiviti bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika setiap hari suami tanya keadaan dia, perasaan dia, apa yang dia lalui, apa yang dia alami…
Mental isteri tak tertekan jika bebanan kewajipan dan urusan rumah itu digalas sama rata, dilakukan bersama-sama…
Mental isteri tak tertekan jika suami jaga pergaulan, dgn siapa dia berhubung, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia bergaul…
Mental isteri tak tertekan jika suami solat on time…tak perlu disuruh, tak perlu ditegur, tak perlu dinasihatkan…
Mental isteri tak tertekan jika suami sedar status hubungan, bersifat setia terhadap pasangan dan tak mengkhianati kepercayaan.
Mental isteri tak tertekan jika suami dengar apa yang isteri mahukan dan tak buat apa yang dah dilarang…
Mental isteri tak tertekan jika suami selalu bawa keluar makan, selalu ajak jalan-jalan.
Mental isteri tak tertekan jika suami buat semua yang dinyatakan.
Kredit : Firdaus Shakirin
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Yang Tak Tahu, Bila Isteri Meninggal Harta Bukan Hak Suami Semata. Ada Hak Waris Asobah

Bila bercakap tentang ilmu Faraid pasti ramai yang bertanya tentang harta peninggalan suami. Tak ramai yang tahu tentang harta faraid jika berlaku kematian pada si isteri. Ada juga yang menyangka semua harta isteri akan jatuh pada suami walhal harta isteri perlu difaraidkan.
Sama seperti perkongsian dari Roslina Sabiyah & Co. dimana ada yang datang mengadu tentang suami si mati ingin mengambil semua harta si mati tanpa mengetahui tentang hukum faraid. Sama-sama kita baca perkongsian ini.

Soalan:
Puan, arwah kakak saya baru meninggal. Beliau meninggalkan seorang suami, ibu ayah masih ada dan beliau tidak ada anak. Kakak ada 5 adik-beradik termasuk saya (3 lelaki dan 2 perempuan). Kakak seorang yang bekerjaya dan mempunyai beberapa harta peninggalan berbentuk rumah, tanah dan beberapa simpanan di kwsp, tabung haji dan bank.
Masalahnya puan, suami kakak mengatakan harta2 tu semua akan jadi 100% hak suami semuanya kerana beliau ialah waris asobah kepada isteri. Bukankah kami adik-beradik si mati pun ada bahagian puan? Mohon pencerahan.
Jawapan:
Suami bukan waris asobah!
Apa maksudnya? Jika isteri meninggal dunia, harta2 isteri bukanlah automatik akan jadi milik suami semuanya. Rumah yang atas nama isteri, akaun bank, kwsp, tabung haji, asb, barang kemas dan lain2.. akan kena difaraidkan kepada waris2 faraid isteri.
Siapa waris faraid isteri tu tadi?
Suami: 3/6 (suami dapat 1/2 kerana si mati tiada anak)
Ibu: 1/6 (ibu dapat 1/6 kerana si mati meninggalkan saudara lebih dari seorang)
Bapa: 2/6 (bapa dapat 1/6 dan baki)
5 adik beradik (3L&2P): tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.
Waris asobah hanyalah anak lelaki, bapa, bapa saudara, datuk, cucu lelaki dan adik-beradik lelaki. Tapi perlu diingat, dalam 1 situasi kematian, hanya ada 1 kategori asobah sahaja yang boleh wujud dalam 1 masa. Contohnya, kalau si mati ada anak lelaki, maka bapa atau datuk atau adik-beradik dah tak boleh jadi waris asobah. Waris asobah hanya akan dapat bahagian faraid selepas ditolak bahagian faraid waris fardhu dahulu. Kadang2 waris asobah akan dapat bahagian yang paling banyak dan kadang2 ada juga keadaan yang waris asobah langsung tak dapat bahagian kerana tiada lagi baki faraid.
Berapa bahagian suami? Jika si isteri meninggal dunia dan dia tak ada anak, suami akan dapat 1/2. Tapi kalau si mati ada anak, maka suami akan dapat 1/4. Walaupun si isteri tu baru kahwin dengan suami tu beberapa bulan. Si suami tetap ada hak faraid ke atas harta isteri walaupun harta2 isteri tu diperolehi dari harta pusaka arwah suami yang sebelumnya.
Selain hak faraid, suami juga boleh mohon harta sepencarian ke atas harta pusaka isteri di mahkamah syariah. Harta sepencarian bukan diperolehi secara automatik tapi perlu dimohon dan diputuskan di mahkamah syariah berapa bahagian yang suami akan layak dapat.
Kesimpulannya: Suami tak dapat 100% kerana suami tertakluk kepada bahagian faraid (1/2 @ 1/4). Adik-beradik si mati juga tak dapat bahagian pusaka kerana telah terhalang oleh bapa yang merupakan waris asobah.
Pengajarannya: semua persoalan perlu diselesaikan dengan secara baik dan berlandaskan ilmu. Kadang2 kita rasa bahagian kita banyak dan kita rasa kita ada hak ke atas sesuatu. Rupa2nya selepas diperhalusi, bahagian kita hanya terhad sahaja ataupun sebenarnya tak ada bahagian langsung rupanya. Sebab itu penting untuk merujuk masalah kepada yang ahlinya dan bukannya selesaikan masalah dengan emosi atau bersangka-sangka. Moga ada manfaatnya.
Biar tahu jangan keliru.
#rancanghartaelaksengketa
#celikfaraid
#celikpusaka
Kredit: Roslina Sabiyah & Co.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI