Doktor anak saya selalu tak nak makan. Saya bagi makan nasi dia tak nak, kejap lagi lepas tu dia makan snek la, makan roti la, macam mana nak buat ni Dr?

Boleh bagi multivitamin tak? Nak bagi tambah selera makan dia?

Selalunya pertanyaan macam ni biasa ditanya ibu bapa. Mesti ramai juga ibu bapa yang ada kemusykilan macam ni kan?

Ok, sebelum menjawab soalan tu, doktor akan bertanya beberapa soalan dulu. Soalan tu nak pastikan baby tu sihat, perkembangan dia ok, pertumbuhan berat, tinggi dia semua okay dan dia tidak mengalami-apa sakit dari segi perubatan/medical illness.

Kalau yang ada masalah pertumbuhan, medical illness, atau developmental delay, nasihat ini tidak sesuai ya? Sebaiknya berjumpa Dr dan berbincang secara personal.

Berikut perkongsian dari doktor di Poliklinik Az-Zaara.

Ini jawapan untuk kanak-kanak yang sihat tapi mak ayah kata anak tak nak makan nasi.

Ok, saya akan tanya lagi, bila awak ajak anak awak? Berapa kali sehari awak bagi anak awak makan?

Jawapan yang paling biasa ialah 3 kali sehari. Pagi, tengah hari dan malam.

Ini sebenarnya salah. Ini time makan orang dewasa. Bukan time makan bayi dan kanak-kanak.

Kanak-kanak ni, perut dia tak sama macam perut orang dewasa. Dia makan pun tak sebanyak orang dewasa makan. Jadi logiklah kalau dia lapar lebih awal dari orang dewasa. Biasa selepas 4 jam, kanak-kanak akan mula rasa lapar. Bila dia lapar, dia akan mula makan apa yang ada atau apa yang dia rasa sedap, macam coklat, makanan ringan dan sebagainya.

Makan sedikit dah mencukupi bagi mereka sebab nak sambung main.

Jadi by the time mak ayah nak makan, kanak-kanak tu masih lagi kenyang sebab baru je lagi makan makanan ringan tadi. Jadi bagi nasi kat anak mesti anak tak nak makan. Mesti nak sambung main, nak sambung tengok tv, nak sambung berlari dan sebagainya.

Lepas tu, ada juga mak ayah yang risau, anak mereka tak nak makan nasi. Asyik makan roti, mee dan lain-lain.

Tak mengapa. Asalkan cukup zat makanan mengikut piramid makanan. Cukup karbohidrat, cukup protein, cukup sayur dan lemak. Tak kisah la nasi ke, roti ke apa ke.

Jadi, pastikan timing makan anak-anak anda betul. Baru la senang nak bagi mereka makan makanan yang berkhasiat.

Selain itu, tips-tips lain untuk menambah selera makan kanak-kanak
– Jadikan makanan lebih ceria dan nampak menyelerakan
– Jadikan waktu makan sebagai waktu berkumpul sesama keluarga.
– Pelbagaikan makanan setiap hari. Jangan berikan makanan yang sama setiap hari.
– Kenalpasti apa makanan kegemaran anak-anak dan berikan makanan tersebut jika ia berkhasiat.

Sumber: Poliklinik Az-Zaara

Tinggalkan Komen