Bukan mudah untuk menjaga anak-anak, tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar. Ada saja kerenah yang kadang-kadang tu boleh buat kita jadi nak marah. Sebenarnya anak tak faham pun erti letih, jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah duduk tenang sekejap untuk ‘tarik nafas’ tak pernah ada dalam diri mereka.
Lumrah anak-anak mereka tak pernah rasa penat. Bermain, buat perangai dan macam-macam hal! Oleh itu, kita sebagai ibu ayah perlu bijak untuk mengawal keadaan nak buat anak faham kalau kita perlukan rehat sebentar.
Dr. Redza Zainol berkongsi tentang situasi dia menjaga anak-anaknya sendirian kerana isteri mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Turut mengakui situasi ini tidak mudah dan terfikir bagaimana isteri boleh melaluinya.
Berikut perkongsian yang boleh kita guna pakai untuk mengendalikan situasi begini dengan anak;
Ads
Ads
Semoga dengan perkongsian dari doktor ini dapat membantu kita untuk lebih mengawal emosi sendiri dan juga anak-anak. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil dengan pendekatan yang tepat mereka akan memahami situasi kita tanpa perlu ibu ayah marah-marah.
Kasih datuk pada cucu! Itulah yang boleh disimpulkan sebaik melihat video yang dikongsikan oleh Zahirah MacWilson apabila dia membawa pulang anak sulungnya yang juga cucu pertama berjumpa dengan bapanya Zainol MacWilson.
Sebak dapat jumpa cucu sulung
Sejak kelahiran Isaac Raees pada 5 Januari 2021, ini kali pertama Zahirah dapat bertemu dengan bapanya. Isteri kepada Aiman Hakim Ridza ini mengakui detik pertemuan ini sangat dinanti-nantikan oleh mereka sekeluarga kerana selepas Isaac Raees 10 bulan baru dapat balik ke kampung halaman di utara semenanjung itu.
Sebelum ini, beberapa bulan sebelum melahirkan cahaya matanya, pasangan berkenaan telah terbang ke Perth, Australia iaitu kediaman ibu Zahirah untuk menyambut orang baru disana.
Selepas Isaac Raees berusia tiga bulan, mereka sepakat untuk pulang semula ke Malaysia kerana masing-masing harus meneruskan kerja-kerja yang sudah dijadualkan sebelum ini.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tidak dapat ke mana-mana dan hanya berada di ibu kota sahaja.
Namun setelah Perdana Menteri membuat pengumuman rentas negeri dibolehkan, Zahirah dan Aiman tak melepaskan peluang untuk membawa Isaac Raees bertemu datuknya. Ternyata reaksi mereka berdua sungguh mesra dan sesiapa melihatnya boleh jatuh air mata.
Pertama kali sampai ke rumah, Zahirah menghulurkan Isaac kepada Zainol dan tak semena-mena air mata menitis sambil mencium cucu. Ternyata kerinduan itu sudah lama dipendam.
Isaac pun seolah-olah faham dan tak menangis walaupun itu adalah kali pertama berjumpa. Nampak reaksi Isaac pun manja dengan datuknya.
Zahirah sempat mengabadikan momen istimewa itu di ruangan Instagram dan rata-rata warganet berasa sebak melihat situasi tersebut.
Manja sangat dengan grandpa
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata berasa gembira melihat situasi itu lebih-lebih lagi Isaac yang sangat manja dan tidak takut berjumpa dengan orang baru.
Sebelum ini, ibu dan bapa kandung Zahirah sudah berpisah dan masing-masing telah mempunyai keluarga sendiri. Ibunya mengambil keputusan untuk menetap di Australia manakala bapanya, Zainol MacWilson kini masih berlakon dan menjalankan perniagaan serta menetap di Perlis.
Kredit: Instagram Zahirah MacWilson
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mulai Januari 2019, KKM akan mengisytiharkan semua restoran sebagai kawasan larangan merokok. Ini merupakan berita gembira untuk semua yang terkesan akibat asap rokok ketika menjamu selera di kedai makan terutama ibu hamil dan bayi. Selain membahayakan kesihatan orang awam, bau asap rokok juga sangat menggangu!
(Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type kanak-kanak di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.)
Gambar Hiasan
SUNGAI PETANI – [DIKEMASKINI] Mulai 1 Januari 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, setakat ini, larangan itu hanya berkuat kuasa untuk restoran makanan yang berhawa dingin, bangunan kerajaan, taman awam, lif termasuk kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, semua restoran sama ada tidak berhawa dingin dan tidak terkecuali gerai mahupun warung makanan di tepi jalan turut akan diisytiharkan kawasan larangan merokok.
“Larangan ini akan dikuatkuasakan mengikut sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 digubal di bawah Seksyen 36 Akta Makanan 1983,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Conference on Lifestyle Diseases anjuran Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Universiti AIMST) dan AIMST Medical Student Alumni Association (AMSAA), di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Canselor Universiti AIMST Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sidhu.
Menurutnya, individu yang gagal mematuhi peraturan di zon larangan merokok boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
“Pemilik premis makanan turut berdepan tindakan penguatkuasaan yang membawa denda RM2,500 sekiranya mematuhi peraturan seperti termaktub dalam larangan merokok,” katanya.
Dr Boon Chye berkata, walaupun larangan tidak mendapat persetujuan semua pihak terutama pemilik perniagaan yang mendakwa akan menjejaskan perniagaan mereka, namun budaya merokok yang dibiarkan berleluasa akan meningkatkan kos rawatan perubatan.
“Untuk jangka masa panjang, larangan merokok akan memberi impak yang positif terutamanya menerusi larangan ini, kita dapat menghormati hak individu tidak merokok supaya ketika menikmati makanan dengan persekitaran tanpa asap rokok.
“Dengan larangan ini, pihak KKM yakin lebih ramai orang boleh memilih mana-mana restoran atau gerai mahupun warung untuk menikmati makanan dengan keadaan yang selesa,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya tiada larangan untuk menjual rokok di premis makanan sekiranya pengusaha terbabit memiliki lesen
“Merokok dan menjual rokok adalah dua perkara yang berbeza,” katanya.
Sementara itu, Dr Boon Chye berkata, KKM masih belum mendapat keputusan muktamad mengenai punca kematian mangsa keracunan dikaitkan dengan laksa yang dipercayai dibeli di Baling.
“KKM sedang membuat siasatan mengenai punca dan apakah jenis racun yang mencemari makanan berkenaan,” katanya.
Adakalanya beras yang tersimpan lama akan membuatkan beras jadi tidak elok. Beberapa petua boleh dicuba untuk menyimpan beras lebih lama, namun tip yang satu ini anda wajib cuba. Boleh tahan sampai enam bulan hingga satu tahun!
Tak perlu dijemur atau disimpan dalam peti ais sebaliknya hanya gunakan bawang putih dan bekas kecil. Jom ikuti tip perkongsian Pn Sha Ramson Abdullah.
Nak simpan sini gambar-gambar ni. Prep beras cara sendiri. Takde jemur-jemur beras. Takde simpan dalam peti ais. Takde sangai beras. Hanya guna bawang putih. Masuk dalam bekas. La hawla wala quwwata illa billah.
1 bekas : 400 gram 10 kilo beras : 25 bekas FIFO (first in first out) Tempoh penyimpanan : 6 bulan – 1 tahun
Tak perlu buang kulit.
Masukkan beras dalam bekas secara berperingkat. Lapisan pertama : Masukkan beras separuh bekas. Masukkan 3-4 potongan kecil bawang putih.
Lapisan kedua : Masukkan beras sampai penuh bekas. Masukkan 2 potongan kecil bawang putih. Pastikan beras betul-betul penuh. Kalau goncang bekas tu masih berbunyi, maksudnya ada ruang kosong dalam bekas tu. Penuhkan bekas dengan beras sampai takde bunyi bila digoncang.
Eksperimen simpanan beras. #PrepBeras
Kenapa guna bawang putih? Alhamdulillah selama kami guna cara masukkan potongan bawang putih ke dalam tong simpanan beras selama DUA TAHUN, kutu beras langsung takde dalam tong beras kami. Jadi, ini jalan ikhtiar dan usaha kami dengan izinNya.
Saya share dalam Facebook saya ni sebab saya tak nak kacau cara orang lain prep beras. Lain orang, lain caranya.
UPDATE dari ruangan komen : Pengalaman kawan-kawan saya, letak cengkih, cili kering dan kayu manis beras berkutu. Letak dalam grain pro pun sama berkutu. Ada yang simpan dalam peti ais. Ada yang jemur. Ada yang siap sangai pun tetap sama. Rezeki masing-masing ni.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemandu wanita ditumbuk anggota tentera, keluarga mohon saksi kejadian tampil beri keterangan. Keluarga kepada wanita yang memandu Perodua Axia dan menjadi mangsa serangan oleh seorang anggota tentera dalam kejadian di Senawang pada 29 Mac lalu, menyeru agar individu yang menyaksikan insiden itu tampil memberikan keterangan.