Perasan tak anak-anak bila besar, cakapnya mengalahkan kita. Kadang tu ibu ayah sendiri terkejut macam mana anak boleh cakap macam tu. Ingat anak adalah peniru nombor satu.
Dari mana anak pandai cakap, melalui apa yang dia dengar di sekelilingnya. Jika ibu bapa terlepas cakap depan anak masa marah pun, anak boleh ingat dan tak hairanlah bila dia terkeluar juga perkataan yang dianggap kasar oleh kita.
Sebab itulah jangan salahkan anak semata-mata. Kita pun kena beringat dan tak terlalu ikut emosi seperti yang dipesan oleh seorang ayah ini, Mohd Fhais yang berkongsi mengenai anaknya sendiri.
Anak tak pernah salah !
Malam semalam saya terpaksa tegur isteri supaya jaga mulut bila bercakap dengan anak.
2 hari yang lepas, selepas selesai solat isyak saya dengar rania dah menangis. Bila di tanya kenapa rania menangis.
Isteri saya dengan muka berkerut jawab,
“Abg tengok rania dia dah pandai cakap KAU DIAMLAH dekat jaja ( mak ngah rania )”
Saya dengar dan noted. Tengok rania dekat atuk dan nenek, jadi saya biarkan. Nanti kalau dia perlukan saya dia sendiri akan datang mengadu.
Semalam, tepat jam 10.30 malam aisy tiba-tiba bangun dari tidur. Aduh, kelam kabut semua orang bila dia bangun tidur tengah-tengah malam. Orang lain baru nak landing tidur, dia pula bangun.
Dalam kelam kabut isteri cuba tidurkan semula aisy tu rania pun masuk dalam bilik. Aisy tak boleh nampak atau dengar suara rania, comfirm dia akan bangun duduk dan ajak main.
Masuk je rania terus sebut,
“Yeah! Aisy dah bangun”
Isteri dengan spontan cakap pada rania,
“Diamlah!”
Hah, ini la yang saya nak tegur.
Rania ni dia jenis AUDITORY. Maknanya telinga dia sensetif ya amat!
Apa sahaja yang dia dengar dia akan ikut. Budak 5 tahun mana la tahu beza “bad word” dan “good word”. Semua dia hentam cakap.
Kalau dengan budak auditory sebaiknya guna “hand sign” kalau nak tegur suruh diam. Cukup sekadar letak jari di mulut. Lama-lama nanti dia faham.
Tak boleh cakap sebarangan, silap haribulan dia akan cakap balik kat kita. Masa ni kita nak berkerut dahi pun tak guna, perkataan tu dah pun melekat kat otak dia.
Semakin kita marah, semakin banyak “bad word” yang keluar.
Tapi sebenarnya budak 4-6 tahun Potty Talk (bahasa kesat) tu normal. Sebab mereka masih lagi dalam proses experimentasi dengan bahasa.
Kalau anak pandai cakap kau diam, bodoh atau giler tu bukan kurang ajar ye tuan puan, tapi tu terlebih belajar namanya..
Ada 3 benda kita boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka Potty Talk supaya gejala negatif ni tak berterusan sehingga dewasa.
1 – Jangan Sentap!
Pertama sekali tak boleh sentap! Anak tu tak ada niat pun sebenarnya. Malah dia tak faham pun apa yang dia cakap. Dia main hentam je, kan anak masih dalam fasa experimentasi bahasa lagi.
Daripada sentap lepas tu marah atau jentik mulut anak baik peluk dan cium dahi dia. Dapat juga pahala sebab sabar dan serotonin meningkat jadi gembira anak beranak.
2 – Bertenang
Bawa bertenang. Bila kita mampu bertenang baru kita mampu untuk kawal mulut supaya tak terkeluar lebih banyak lagi “bad word”.
Dan hanya dalam keadaan tenang sahaja otak kita boleh berfikir secara rasional. Kalau tak memang otak emosi la yang berkuasa. Habis semua sumpah seranah nenek moyang kita semua keluar.
3 – Jangan gelabah atau terkejut
Dan yang terakhir kena buat buat “cool” bila depan anak. Anak cakap bodoh kita senyum, anak cakap giler kita senyum. Barulah anak kita tak cepat mengamuk bila orang mengata dia nanti.
Awas! Sekali anak “detect” potty talk tu beri kesan pada kita, anak akan anggap ia sebagai “powerful word”. Dia akan guna lagi dan lagi powerful word tu untuk hukum kita. Tak mustahil dia akan guna juga dekat kawan-kawan dia nanti.
Rumah ni ibarat makmal untuk anak-anak buat experimen. Apa sahaja yang dia nampak dan belajar dari luar rumah dia akan uji kat dalam rumah.
Mak ayah la selalu jadi mangsa ujikaji anak-anak. Itu sebab mak ayah kena beri hasil yang baik supaya anak-anak tak tersalah belajar.
Ingat! Anak adalah bayangan mak ayah.
Sumber: Mohd Fhais
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI