Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi, dan kadang-kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita!
Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Dari segi kesihatan, adalah lebih baik bagi seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.
Ads
Ulasan daripada beberapa kajian mengenai hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat risiko yang lebih tinggi untuk kelahiran pra matang, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil berbanding usia bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan daripada kelahiran sebelumnya, berbanding bayi yang disenyawakan dalam tempoh 18 hingga 23 bulan daripada kelahiran sebelumnya.
Risiko ini masih kelihatan bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh tujuh hingga 17 bulan daripada kelahiran sebelumnya, tetapi pada tahap yang lebih rendah berbanding yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan.
Jika anda mensasarkan jarak di antara 18 hingga 23 bulan di antara dua kehamilan, anda mempunyai masa untuk mengembalikan tenaga dan sumber-sumber badan anda yang telah digunakan.
Jarak yang lebih dekat di antara dua bayi membolehkan saat-saat yang paling sukar berlalu lebih cepat, tetapi ini juga bermakna lebih banyak wang perlu dibelanjakan dalam tempoh masa yang dekat dan masalah ini mungkin berlanjutan apabila kepentingan setiap anak bertindan.
Ads
Jarak yang lebih jauh memberi peluang kepada anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada setiap anak untuk beberapa tahun yang pertama. Ini juga bermakna anda dapat mengagihkan perbelanjaan membesarkan anak dalam tempoh masa yang lebih lama.
Secara amnya, lebih baik jika anda tunggu sekurang-kurangnya setahun ke atas sebelum cuba untuk hamil semula untuk memberi permulaan yang sihat kepada bayi yang seterusnya.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan mencecah 6 bulan, pelakon Elfira Loy mengakui diri gerun memikirkan detik kelahiran anak sulungnya nanti.
Elfira Loy juga turut berkongsi tentang pemeriksaan antenatal yang dilakukannya di klinik swasta.
“Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital swasta mana untuk bersalin annti, saya tak pilih lagi sebab takut,” kata Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
TAK AKAN ADA MAJLIS UMUMKAN JANTINA BAYI
Pelakon ini juga turut memberitahu belum ada sebarang persediaan dilakukan. “Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan,” kata Elfira.
Dalam teruja menyambut orang baru dalam keluarga, Elfira masih mahu mengekalkan kesederhanaan. Katanya bersederhana itu lebih baik.
“Buat masa ini kami belum membeli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tidak akan ada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan,” terang Elfira tentang debaran menyambut anak sulung.
Aktres ini turut menyatakan yang dia mengidamkan anak perempuan manakala suaminya pula mengidamkan anak lelaki.
Selain itu, ibu hamil ini teruja untuk menyandang tugas sebagai seorang ibu.
“Orang kata macam-macam bila ada anak nanti. Namun saya tak bimbangkan sangat bab itu. Saya lebih teruja sebab pengalaman itu yang buat kita rasa lebih seronok,” kata El.
KALAU BOLEH MAHU BERSALIN NORMAL
Menjadi ibu kali pertama dan pelakon ini turut berkongsi ada rasa gerun apabila memikirkan situasi kelahiran yang bakal dihadapi nanti.
“Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
“Akan tetapi, ada yang kata ada cara untuk kurangkan kesakitan waktu bersalin, itu yang buat saya lebih berdebar. Tak boleh nak bayangkan,” kata Elfira.
Menjadi lumrah bila ibu hamil mengidam untuk memakan sesuatu yang kadang kala di luar kebiasaan. Namun bukan semua yang diidamkan dapat dimakan mungkin kerana beberapa faktor untuk kesihatan dan kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan.
Pelakon, Farah Nabilah dalam satu temubual oleh Bharian menyatakan bahawa dirinya mengidam nak makan ikan Salmon, namun hasratnya itu tidak kesampaian berikutan ikan berkenaan jarang dimasak dengan betul.
Isteri kepada Mohammed Amirul Yunus itu berkata, selera makan semakin bertambah apabila memasuki memasuki trimester kedua.
Pelakon yang meledak menerusi drama Titian Cinta itu kini hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan anak sulung pada awal November depan.
“Semuanya saya nak makan terutamanya pada trimester kedua. Sekarang, selera makin berkurang pula apabila usia kandungan mencecah lapan bulan.
“Saya tidaklah mengidam makanan pelik. Boleh dikatakan, hanya ikan Salmon sahaja yang diinginkan, tetapi tak dapat makan. Lagipun, kebanyakan menu makanan ikan Salmon selalunya tidak dimasak dengan betul. Jadi, saya memang tak digalakkan memakannya,” katanya.
Pemegang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, dirinya tidak betah duduk diam dalam tempoh kehamilan.
“Kalau diam saya akan rasa penat. Jadi, saya selalu bergerak dan membiasakan diri sibuk.
“Saya akan melancarkan makanan nutrisi dan detoks jika tiada aral melintang dalam masa terdekat ini,” katanya.
Setakat ini, Farah berkata, semuanya dalam keadaan terkawal.
“Cuma, saya gementar setiap kali memikirkan saat melahirkan cahaya mata, maklumlah tiada pengalaman. Saya tahu perasaan itu biasa bagi mereka kali pertama melahirkan anak,” katanya.
Farah berkata, dia juga selesa membiarkan jantina anaknya menjadi kejutan. Apa yang lebih utama, bayi yang bakal dilahirkan sihat dan selamat.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ramai diantara kita yang mula bimbang untuk menjalani rawatan ketidaksuburan dan lebih risau lagi bila terpaksa melakukan rawatan IVF kerana kosnya yang mahal.
Tak perlu risau kerana tidak semua disyorkan untuk menjalani rawatan ini jika tahu puncanya. Ikuti perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding ObGyn & Fertiliti dari Prince Court Medical Centre.
Untuk wanita yang berumur 35 tahun ke bawah dah berkahwin selama setahun tapi selepas mencuba masih lagi gagal hamil, maka jumpalah doktor.
Ada beberapa ujian yang doktor boleh lakukan dan pemeriksaan untuk pastikan punca sebenar ketidaksuburan.
Manakala untuk wanita yang telah berusia 35 tahun ke atas pula, dah kahwin enam bulan dan masih gagal untuk hamil, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Apa yang perlu TTC sediakan adalah untuk menyiasat apakah punca ketidaksuburan berlaku.
Tapi sebelum itu pastikan dah catat hari pertama datang haid, sekurang-kurangnya ada tiga atau enam kitaran haid supaya doktor dapat memeriksa sama ada normal atau bercelaru.
Pastikan juga tulis tarikh akhir haid dan perlu tahu latar belakang kesihatan diri sendiri. Kalau boleh tolong kira sekali berapa BMI tapi kalau tak pandai, doktor akan bantu kirakan.
Periksa juga sama ada pernah mengalami alahan atau pembedahan. Ini antara yang doktor akan tanya dan kemudiannya doktor akan tanya lebih terperinci lagi contohnya berapa kerap bersama, jika bersama bolehkah berlaku penetrasi dan adakah ejakulasi berlaku di dalam vagina atau sebaliknya.
Dari situ barulah diaturkan apakah perawatan sebaiknya dan cari punca kenapa tak subur kemudian lakukan pemeriksaan yang berkaitan.
Lelaki senang sahaja hanya perlu periksa air mani dan untuk isteri pula ada beberapa siri ujian termasuklah ujian darah dan scan vagina kerana cara ini lebih tepat dapat mengesan perubahan dinding rahim dan juga kilang telur.
Jangan lupa juga untuk senaraikan jenis suplemen yang pernah diambil dan ceritakan sejarah kesihatan anda pada doktor.
Tidak semestinya bila periksa kesuburan terus kena buat rawatan IVF, ada pasangan yang berjaya hanya dengan bantuan doktor menyusun bila waktu subur isteri dan itulah yang paling sesuai untuk bersama.
Jadi wanita di luar sana, semakin lama menunggu lagi susah nak hamil. Bila usia makin meningkat makin kuranglah kadar kesuburan kerana kualiti dan kuantiti telur akan berkurangan. Begitu juga dengan lelaki. Jadi jumpalah doktor cepat-cepat, jangan tunggu lama-lama.
Ini pula check list rawatan yang perlu dilakukan
1. Pada konsultasi pertama:
• Temubual sejarah kesihatan & kesuburan kedua suami & isteri
• Pemeriksaan fizikal wanita
• Pemeriksaan Pap smear*
• Imbasan / scan pelvis – lazimnya scan vagina (TVS), boleh juga scan abdomen sekiranya belum bersedia untuk TVS
• Ujian darah yang berkaitan – FSH, LH, Testosteron, Prolaktin, AMH, Thyroid, Progesteron
2. Untuk analisis air mani (SA) suami, pasangan perlu berehat dari berhubungan seksual selama 3 hari sebelum melakukan SA.
3. Ujian HSG dilakukan sehari selepas tamat haid. Bagi isteri yang mempunyai masalah tiada haid berbulan-bulan, doktor perlu pastikan isteri tidak hamil sebelum melakukan ujian HSG.
4. Selain dari HSG, ujian lain yang boleh menentukan tiub fallopio tidak tersumbat :
• HyFoSy atau Hysterosalpingo-Foam Sonography
• Laparoscopy & Dye
5. Jika pasangan telah membuat keputusan untuk membuat IVF sebelum hadir konsultasi, isteri tidak perlu melakukan ujian HSG.
6. Bagi pasangan yang ingin menjalani prosedur IUI atau IVF, saringan penyakit berjangkit seperti HIV, VDRL & Hepatitis B perlu dilakukan.
7. Adalah penting untuk suami & isteri hadir bersama semasa konsultasi agar tahap kesihatan kedua-duamya dapat dianalisa disamping memahami penerangan doktor mengenai proses rawatan kesuburan. (It takes 2 to tango!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan negara dari 29 hingga 31 Disember.Dalam kenyataan...